Tuesday, January 10, 2012

Lagu terbaru Namewee Hina Polis ?

Sape tak kenal Namewee , pemuda berbangsa Cina Malaysia yang dulunya mencetuskan kontrovesi setelah menerbitkan video klip lagu ciptaan dia sendiri yang terang-terang mengutuk dan menghina Islam , melayu dan macam-macam lagi yang ade kat Malaysia nih . 

Tapi terus-terang die nih macam tak insaf plak apabila Video Klip terbaru yang dikeluarkan oleh die sendiri bersempena Tahun baru Cina akan datang dengan terang mengutuk plak pihak polis . Dalam Video Klip berkenaan terdapat beberapa bukti yang Namewee dah memperlekehkan pihak polis . 


- Seorang lelaki beruniform lengkap polis telah menunjukkan gaya seperti anjing apabila lidahnye terjelir sepangjang video klip tersebut . Ini mungkin melambangkan Polis ini dianggap seperti anjing .

- Yang kedua , Penyanyi lagu tuh kemudiannya menghulurkan angpau yang berisikan duit kepada polis tersebut . 

Agak-agak lah ape mesej si Namewee nih sehingga die mereka video klip sebegitu ?

Rasuah di kalangan polis? Perlu ke disampaikan dengan mesej yang begitu menghina?

Lau betul memang die sengaja buat video klip camtuh tuk mennyampaikan mesej menyindir kepada pihak Polis kat Malaysia , die sesungguhnya memang melampau kerana still tidak bersyukur dengan penerimaan pengampunan yang diberikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia atas kesalahan beliau yang lampau . 

Takde sape yang berani kata rakyat dan kerajaan Malaysia tidak bertolak-ansur dengan Namewee. Sudah terlalu banyak ruang dan peluang diberikan kepada pemuda lulusan Universiti Taiwan tersebut .

Agak nye sebab layanan sebegitu rupa dan kerana juga kerajaan dan polis sendiri terlalu berlembut menyebabkan Si Namewee ni naik kepale kot .

P/s : Ehm , susah tol lau dah aktivis sangat sampai tak nak insaf dengan kesalahan sendiri .

No comments:

Post a Comment