Wednesday, January 30, 2013

Impian dan khayalan #Part12


Mandi sudah,
Sembahyang maghrib sudah.
Termenung seketika,
Apa lagi yang tak settle,

Menjeling mata kearah sebuah beg buruk.
Yang berisi sebuah laptop yg tak berapa elok,
Bertemankan beberapa dokumen penting sepanjang ber-Praktikal for 4 months.

Dibukaknye laptop yang di 'sleep' kan saje,
Shut down? Ehm, jarang sekali laptop nih shut down terus.
No wonder lah kalau rosak2.
No wonder lah berat jer laptop nih dari hari ke hari,

Bukak Running Man dulu,
Habiskan tengok latest episode yg baru jer download kat office siang tadi,
Segala duka lara yang ditanggung hati nih dilupakan sementara,
Berkelana di dunia sendiri dalam mencari ketenangan jiwa,

Habis nya watch running man tuh,
Terus tetikus ini mengajak cursor menuju kearah browser,
Ehh? Tak sangka, dah lama tak update blog rupanye,
Segala janji manis di awal tahun untuk keep update blog kini dikhianati,
Last post pon time awal2 tahun,
Ohh cepatnya masa berlalu,
'Terasa baru semalam aku update new post'

Rajinkan diri menaip sesuatu,
Pujuk hati untuk post something,

Seriously this post got nothing to tell,
But many things happen recently,
And for serious banyak benda yang boleh dicoretkan dalam nih,

Menunggu waktu yang sesuai,
Mungkin diri ini akan rajin menaip lagi,
Tu pon andai masih bernafas di muka bumi tuhan ini.

Wednesday, January 2, 2013

Favorite Variety Shows ever !


Running man !

Dah about 2 Tahun lebih dorang ber-variety.
Dari minggu terus ke minggu seterusnya,
Dengan pelbagai game2 baru,
Dengan pelbagai tempat2 baru,
Dengan pelbagai artis-artis yang tetap mahupon jemputan,
 

Aku tak bosan dengan cerita nih,
Biar lah orang lain nak cakap pape pon,
 
"Alahh minat sngat kat korea tuh watpe?"
"Perasan nak jadi korea same lah tuh"

Whatt?! 
Just watching their show totally not mean we want to be like them too right?
I'm not a super maniac,
But i used to watch this show even i need to hit the button replay after watching it,
This shows just make me laugh whatever i feel right away,

 
Dengan ini aku sertakan 5 link latest episode kepada mereka yang layan jugak show nih,
 

P/s : For more boleh refer kat web Kshownow.net tuh jugak tuk episode yang lain.

1st day practical oiii ! #Part2


Sesampainye die ke tempat parking pelawat,
Turun die menjejak kaki keluar dari kereta,
Pandang die ke kanan dan kiri,
Kelihatan semakin banyak pelajar rush ke kelas masing-masing,
Ade berkumpulan, Ade berseorangan, Tak kurang jugak couple,
"Ahhh biase lahh tuh, Jngan lahh buruk sangka sangat dngan diorang tuh"
Terdetik dalam hati sendiri.

Cuaca agak tenang,
Walaupon lembab bagai baru dilanda hujan,
Tapi tu lah hakikat,
Sememangnya sekarang musim hujan.

Pandang diri sendiri ke cermin gelap kereta,
Baiki ape yang patut,
Tuck-in baju kemas-kemas,
"Tak kan nak selekeh kot"
But still nervous tu tak hilang-hilang.

Selesai preparations simple kat kreta,
Bergerak nye kaki menuju ke admin college,
Dalam perjalanan tuh,
Sempat jugak die terselisih dengan student kat sana,
Die perasan ade dari kelangan mereka memerhati gelagak seorang insan,
Yang tengah keruan nervous tak menentu,

Namun matanya tak kan pernah membalas pandangan mereka tuh,
Malu lahh weh,
Tak lelaki mahupon perempuan,
Tidak dipandang walau sedikit pon,
Maaflah sedikit malu, bukan lah kerek, bukan lah sombong,

Dipendekkan cerita,
Di pejabat admin diberitahu elaun selama 3 bulan akan disediakan,
"Ehh? Bukan aku baca surat tawaran tuh takde elaun ke?"
Rezeki lah tuh kot depa baik hati nak bagi jugak elaun.
Terima jer lahh dengan hati yang sememangnya tidak lekang dari memikirkan pasal duit.

Then aku diperkenalkan di Main Office jabatan Teknologi Maklumat.
"Whatttttt ! Semua perempuan ape cer wehh, tak kan office aku kat sini ?"
Sedikit terkejut, sedikit terkaku.
Tapi nasib baik aku ditempatkan kat lab lain.

But that's not the end.
Lab yg akan aku lepak selama 4 bulan tu sume lelaki,
Takpe lah, normal lah technician tuh lelaki kan.
Cuba membiasakan diri, Cuba meramahkan diri,
But, 1st question yg staff kat sane ajukan ?
"Pandai main futsal tak?"
Me said : "Boleh jer." Hahaha. Buku bertemu ruas lah jawabnye.

About 9pagi, keluar breakfast dngan dorang dulu.
Once of them ade tanye, "Banyak2 team EPL, team mane yang kau minat?"
Jujur hati ini menjawab bercampur dengan gurau senda,
"As long bukan Manchester United." Hahaha.

After that, about 10pagi,
Bersama dengan staff-staff lain setup new lab dengan segala macam computer baru.
Agak rare jugak lah stuff pc baru tuh. Desktop Ienovo with I7. Graphic jngan cerita lah power nye.
"Untung student kat sini." Mengeluh sendiri sambil memuji pengurusan kat sini.

"Bila TATI nak tukar PC baru jugak kat lab aku tuh ye"

P/s : Maaf bnyak lagi nak diceritakan, tapi dah lewat, memandangkan esok kena bangun awal lagi tak mampu nak paksa jari ini untuk terus mengarang.

1st day practical oiii ! #Part1


Tepat jam 6.45 pagi die bangun mandi,
Tak pernah hayat die time cuti mandi sebegitu awal,
Tak pernah hayat die bersiap-siap sperti org nak pegi office,
Tak pernah hayat die bertanyekan tentang neck-tie di pagi buta-buta camtuh.

Tepat jam 7.30 pagi, dicapai nye sume bnde yang perlu untuk first day,
Laptop? Wajib lahhhh.
Log book? Surat report in? Guide line practical?
Ape lagi ehmmmm?

Atas meja makan terhidang mee goreng basah,
Ditemani secawan tea'o suam,
Ditinggal nye mee goreng, di gapai tea'o suam tuh.
Tak teringin makan awal2 pagi alasannya,

Pkul 7.45 pagi die dah ready nak keluar,
Diserta kan doa banyak-banyak,
Hembus kanan, hembus kiri,
Hembus kat kereta skali, Tak tau ape motifnya.
Nervous punye pasal.

Selesai sume urusan kat rumah,
Dipandu nye kereta tuh ke sebuah ipt,
Di sebuah Poli di atas muka bumi Malaysia ni,
Still banyak masa,
Sempat die menikmati pemandangan para pekerja rush ke office masing2,
But die pelik kenapa die perlu pandu kereta tuh laju-laju,
Di tengah kesibukan pagi itu,
Menjeling ke arah jam tangan, "Awal lagi lahh"
But Meter kereta still tak turun-turun,
Selalu 80-90km/h je keje.
Dah habit nak wat macam mane kan.

About 10min later,
Tibenye die di tempat yang dituju,
Dipacunye masuk kedalam,
Berhenti kat post guard,
Bagi salam, hormat skit tempat orang.

But rase nervous still ade,
More? Wait part 2.
More nervous part upcoming.