Monday, January 30, 2012

Impian dan khayalan . #Part 3


Detik jam yang tertera di Handphone Nokia C6 beliau tepat menunjukkan 7.15 pagi .
Dia mula terduduk di kerusi plastik putih di meja tulis ,
Bukan untuk berfacebook , bukan jugak untuk study ,

Dia memandang segala macam kertas di atas meja itu ,
Jikalau ade lagi sisa-sisa kerja yang masih belum dia selesaikan .
Dia membelek dan terus membelek .

Secara tak sengaja , 
Dia ternampak 1 statement bayaran yuran daripada pihak kolej nya ,
Pada statement itu tertera sedikit hutang yang masih belum dia selesaikan ,
"Mungkin masalah pinjaman belum selesai agak nya" ,
sedikit keluhan dari hati kecil nya .

Dia merenung statement tuh. 
Merenung kira-kira 2 minit ,
Namun dia sendiri tidak memahami ,
Kenapa dia harus merenung dan menelaah statement bayaran yuran itu , 
di pagi-pagi hari sedangkan masih banyak lagi kerja lain ,
yang belum dia selesaikan .

Dia berfikir sejenak , 
Andainya tiada pinjaman daripada pihak pemberi pinjaman , 
Siapa lah yang akan menanggung segala keperluan pembelajaan harian beliau sehingga tamat belajar .
Dia sama sekali tidak mengharapkan ibu bapa nya menanggung diri nya lagi ,
Kerana sesungguhnya dia merasakan diri nya sudah banyak membebankan kedua orang tua nya itu ,

Dia mengeluh sejenak ,
terlintas di fikiran nya ,
Mampukah dia membalas semua jasa-jasa ibubapa nya itu ,
Mampukah dia membahagiakan kedua insan paling istimewa dalam hidupnya itu ,
sama seperti kedua insan itu membahagiakan diri nya ,
dikala tawa dan tangisan diri nya ketika masih tidak mengenali dunia ,

Ya Allah ya tuhanku ,
Berkati lah kehidupan kedua ibu bapa ku ,
Ampuni lah dosa-dosa mereka ,
Dosa-dosa mereka yang lalu ,
Mahupon yang akan datang ,
Murah kan rezeki mereka ,
Sesungguhnya mereka lah insan yang paling aku sayangi .

Dengan tidak sengajanya , dia menadah kedua tangan nya ,
mendoakan kesejehtaraan ibubapa nya , 
meskipon dikala diri nya sendiri dibebani dengan pelbagai kesusahan dan dugaan .


No comments:

Post a Comment