Wednesday, August 20, 2014

MH370 dan MH17 : Antara Misteri dan Realiti?

MH370 hilang pada 8 Mac 2014,
MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014,

Satu nya masih menjadi tanda tanya,
Satu nya hampir terjawab segala-galanya,

Tidak terniat untuk menjadi penyiasat,
Namun hati turut sebak berduka dengan kehilangan ini,

Ya ini bukan kehilangan yang kecil bagi Malaysia,
Kehilangan ini membuka kita perspektif kita kepada dunia baru,
Dunia dimana menuntut kita untuk bersabar dengan apa yang terjadi,

Pandang la dari perspektif kemanusiaan,
Pasti nya kehilangan semua penumpang tidak kira MH17 mahupun MH370 ditangisi,
Bukan sahaja oleh ahli keluarga,
Namun satu Malaysia meratapi pemergian mereka,

22 Ogos 2014, Jumaat diisytiharkan hari berkabung,
Berkabung bagi menghormati pemergian mangsa-mangsa MH17.

Setiap yang bernyawa pasti akan pergi,
Tiada siapa yang dapat melawan kuasa yang Maha Esa,
Jika ini takdir-Nya,
Terima la dengan hati terbuka,
Redhai la pemergian mereka,
Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Namun dalam pada masa yang sama,
Misteri MH370 masih lagi belum terungkai,
Dimanakah pesawat ini berada?
Bagaimana keadaan para penumpangnya?
No one knows except Allah.

Ramai yang jadi penyiasat tak bertauliah untuk kes ini,
Banyak juga konklusi yang diungkai oleh bermacam ragam orang,
Namun semua konklusi itu tidak membawa kepada kepulangan pesawat ini,























Ya Allah,
Andai pesawat ini di langit, Kau turunkan lah,
Andai di lautan, Kau timbulkan lah,
Andai di bumi, Kau pertemukan lah,
Andai di alam lain, Kau singkapkan lah,
Kepada Mu kami berserah