Friday, January 20, 2012

Kaya dunia tak menentukan kehidupan di akhirat kelak


Orang yang ade falsafah hidup nih selalu kata ,
Sentiasalah mempunyai impian untuk menjadi orang yang luar biasa ,
Sentiasalah berusaha dengan gigih untuk mencapai impian itu ,
Jangan pernah berputus asa kalau kita gagal sekali , 
Sebab gagal tuh tak bermakna gagal selama-lamanya .

Orang yang gilakan kekayaan dunia selalu sibuk mengejar kemajuan dunia . 
Sebab mereka tak nak diri mereka ketinggalan dengan arus kemodenan dunia akhir zaman nih .
Hari-hari mereka sentiasa mahukan diri mereka dihadapan orang lain . 
Mereka nak diri mereka terkenal dengan kekayaan tuh . 
Dan tidak lupa niat mereka yang selalu terpesong kerana kekayaan itu .
Tapi mereka lupa ,
Dikala mereka sibuk mencari kekayaan dunia ,
Ade lagi 'dunia' lain yang menanti mereka ,
Ade lagi 'kekayaan' lain yang menanti mereka ,
Ade lagi 'populariti' lain menanti mereka ,

Mereka tak pernah pikirkan pasal tuh ,
Sebab Allah S.W.T tak tunjukkan kepada mereka hakikat , 
betapa beruntungnya jika kita dapat hidup bahagia di 'dunia' itu , 
betapa bertuahnya jika kita dapat memiliki 'kekayaan' untuk ke dunia yang bakal kekal selama-lamanya itu .
betapa agungnya jika kita memiliki 'populariti' di mata Yang Maha Esa .

 Bersyukur dan terus lah bersyukur ,
Walaupon kita dapat sebiji beras sekalipon ,
Jika itu yang mampu kita usahakan sedaya upaya kita ,
Sentiasa lah ingat yang sebiji beras tu jugak rezeki dari Allah kepada kita .

Jangan lah pulak rasa rendah diri jika melihat kekayaan orang lain ,
Berdengki dengan kekayaan orang lain itu pasti ,
Namun berdengki lah cara gembira , 
Dengan tumpang mendoakan si kaya itu ,
Agar dia tidak pernah lupa si miskin dunia ini , 
kerana si miskin dunia ini lah yang bakal menentukan kehidupan beliau di akhirat kelak .


P/S : Bersyukur lah dan jangan mengeluh walau ape pon yang tuhan kurniakan .

No comments:

Post a Comment