Monday, January 30, 2012

Impian dan khayalan . #Part 3


Detik jam yang tertera di Handphone Nokia C6 beliau tepat menunjukkan 7.15 pagi .
Dia mula terduduk di kerusi plastik putih di meja tulis ,
Bukan untuk berfacebook , bukan jugak untuk study ,

Dia memandang segala macam kertas di atas meja itu ,
Jikalau ade lagi sisa-sisa kerja yang masih belum dia selesaikan .
Dia membelek dan terus membelek .

Secara tak sengaja , 
Dia ternampak 1 statement bayaran yuran daripada pihak kolej nya ,
Pada statement itu tertera sedikit hutang yang masih belum dia selesaikan ,
"Mungkin masalah pinjaman belum selesai agak nya" ,
sedikit keluhan dari hati kecil nya .

Dia merenung statement tuh. 
Merenung kira-kira 2 minit ,
Namun dia sendiri tidak memahami ,
Kenapa dia harus merenung dan menelaah statement bayaran yuran itu , 
di pagi-pagi hari sedangkan masih banyak lagi kerja lain ,
yang belum dia selesaikan .

Dia berfikir sejenak , 
Andainya tiada pinjaman daripada pihak pemberi pinjaman , 
Siapa lah yang akan menanggung segala keperluan pembelajaan harian beliau sehingga tamat belajar .
Dia sama sekali tidak mengharapkan ibu bapa nya menanggung diri nya lagi ,
Kerana sesungguhnya dia merasakan diri nya sudah banyak membebankan kedua orang tua nya itu ,

Dia mengeluh sejenak ,
terlintas di fikiran nya ,
Mampukah dia membalas semua jasa-jasa ibubapa nya itu ,
Mampukah dia membahagiakan kedua insan paling istimewa dalam hidupnya itu ,
sama seperti kedua insan itu membahagiakan diri nya ,
dikala tawa dan tangisan diri nya ketika masih tidak mengenali dunia ,

Ya Allah ya tuhanku ,
Berkati lah kehidupan kedua ibu bapa ku ,
Ampuni lah dosa-dosa mereka ,
Dosa-dosa mereka yang lalu ,
Mahupon yang akan datang ,
Murah kan rezeki mereka ,
Sesungguhnya mereka lah insan yang paling aku sayangi .

Dengan tidak sengajanya , dia menadah kedua tangan nya ,
mendoakan kesejehtaraan ibubapa nya , 
meskipon dikala diri nya sendiri dibebani dengan pelbagai kesusahan dan dugaan .


Sunday, January 29, 2012

Impian dan khayalan . #Part 2


Sejurus jer sudah melaksanakan ibadah subuh nye,
Terus die ke tingkap bilik .

Die tak perlu pergi jauh tuk menikmati nikmat tuhan di pagi hari .
Sekadar di tepi tingkap menikmati udara segar pagi ,
yang bebas dengan asap rokok yang menjadi alergi kepada diri nye ,

Juga di tepi tingkap itu lah ,
die masih mampu mengagumi keindahan matahari pagi terbit ,
hasil keindahan ciptaan yang maha Esa .

Die merenung sejenak ,
Merenung memandang ke langit ,
Sampai bila kah die mampu mengecapi keindahan pagi ni ,
Sampai bila kah die mampu mengirup udara segar ,
Sampai bila kah die mampu merenung langit yang maha luas itu .

Betapa bersyukur nye dia , 
Kerana Allah masih membangkitkan diri nya daripada mimpi lena ,
Kerana Allah masih memberi peluang kepada diri nya untuk bernafas di hari ini .

Terlintas di fikiran nye , 
Apakah ada lagi ruang di muka bumi ini untuk diri nye di hari esok , 
Apakah ada lagi ruang untuk diri nye bertaubat di hari esok ,
Dari segala dosa dunia yang telah dikumpul ,
Dari segala bermacam jenis maksiat yang dibuat .

Tanpa die sedari ,
Mengalirnye dan menitisnya air mata , 
daripada mata yang sedang mengagumi keindahan ciptaan tuhan ,
daripada mata yang sedang bermuhasabah sendiri , 
menginsafi segala perbuatan dosa yang lalu .

Dalam hati kecil dia sentiasa berharap ,
agar air mata itu menjadi saksi keikhlasan diri nye , 
Untuk memohon segala hidayah ,
dari tuhan yang maha pemurah lagi maha penyayang .


Tuntutan dan etika berdoa

BERDOA merupakan salah satu daripada elemen yang penting dalam  kehidupan seorang muslim. Ia merupakan pengakuan hamba terhadap  kekuasaan Allah yang mutlak terhadap segala yang berlaku, manakala dari  segi yang lain pula ia adalah bentuk pengabdian seorang hamba kerana  hadirnya perasaan berhajat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Berdasarkan ini, doa mempunyai kedudukan yang mulia di sisi Allah dan  Allah menyukai orang yang berdoa kepadaNya. Abu Hurairah Radhiallahu  ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  bersabda yang maksudnya :

“Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah daripada doa.”

Kelebihan atau fadhilat doa itu amat besar dan banyak sekali. Melalui  doa, keampunan dan rahmat diperolehi, dan melalui doa juga musibah dan  kesusahan terhindar. Pendeknya, jika Allah menghendaki dan merestui doa  hambanya, tiada ada satu daya kuasa pun yang dapat menghalangnya dan  Allah tidak akan mensia-siakan keikhlasan orang yang berdoa .

Oleh itu terdapat beberapa tuntutan dan peraturan ketika berdoa :

1 - Memelihara sumber rezeki seperti makanan, minuman dan pakaian daripada sumber yang haram

2 - Berwudhu dan memulakan serta mengakhiri doa dengan  menyebut dan memuji-muji nama Allah serta memberi selawat dan salam  kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam .

3 - Berdoa dengan jalan bertawassul dengan amal soleh .

4 - Berdoa menghadap ke kiblat dan mengangkat dua tangan  sekira-kira nampak putih ketiak dan menyapu kedua tapak tangan ke muka  setelah selesai .

5 - Bersungguh-sungguh dalam berdoa dan merasa penuh yakin akan diperkenankan

6 - Berdoa disertai dengan kerendahan hati, khusyuk dengan  jiwa yang tulus ikhlas,merendahkan suara di antara berbisik dan nyaring  dan diiringi dengan perasaan takut azab Allah dan penuh harapan dengan  limpah kurniaNya

7 - Tidak berdoa dengan sesuatu yang tidak selayaknya seperti perkara yang tidak munasabah dan mustahil

8 - Berterusan berdoa dan mengulang-ngulang doa sebanyak tiga  kali dan tidak berputus asa serta tergesa-gesa menganggap doa tidak  diperkabulkan.

9 - Memilih dan mengutamakan waktu-waktu dan tempat-tempat atau ketika dimana doa mudah dan cepat dikabulkan
 

Impian dan khayalan . #Part 1


Kira-kira 6.00 pagi dah berkumandang azan subuh .
Mula bangkit dari katil dengan muka yang totally teruk .
Dengan muka yang totally dipenuhi kemalasan .
Tapi die bangun jugak , demi pahala yang menunggu di pagi hari . 
Dan die perlu sedar akan dosa yang bakal ditanggung jika die tinggal solat subuh tuh .

Sesudah mengambil air sembahyang ,
Menjeling sejenak ke arah 2 3 orang rakan-rakannya . 
yang enak dibuai mimpi di katil masing-masing .

Langsung die mengeleng kepala kerana tidak berdaya untuk mengejutkan se umat islam yang lain .
Bagi sama-sama melaksanakan ibadah di pagi hari . 
ibadah wajib yang sedia ada termaktub dalam rukun islam .

Sunat subuh sudah dilaksanakan , 
sembahyang subuh yang wajib juga sudah dilaksanakan .
Dikala waktu doanya ,
Tak lupa die mendoakan tuk rakan-rakan nye yang masih leka itu ,
Yang masih lalai akan perkara wajib terhadap tuhan itu ,
Agar dikurniakan hidayah tuk diorang ,

Semoga suatu hari nanti ,
Ketika dia sendiri masih bernafas di bumi tuhan ini ,
akan datang suatu hari ,
Dia akan melihat semua kawan-kawannya boleh berjemaah ,
Dalam solat tak kire subuh , mahupon waktu solat yang lain .
kerana solat tu lah yang akan menjadi tiang agama islam .


InsyaAllah ~

Tuesday, January 24, 2012

Kejap jer mase berlalu .


Tup2 , Tetttttt ~ #Sound effect tuk mase la konon .
Sedar-sedar kejap jer Cuti raye cina nih habis . 
Cepat jer aku rase mase tuh berlalu .
And banyak jer benda yang aku tak sempat buat mase cuti nih .
Ape yang nampak aktiviti aku time raye cine nih pon ikot rombongan kahwin spupu aku tuh . 
Aktiviti lain cam buat assignment kat rumah memang tak buat laa .

Tapi memang aku rase lebih baik aku duk hostel dari duk rumah . 
Serious aku tak leh wat pape lau duk rumah .
Memang Meng-Dota laa keje nye . 

Dengan environment tak berape nak best lau duk rumah . 
At least aku ade kawan-kawan kat hostel . 
So , lebih baek la aku duk hostel . 


P/s : Tulis entri nih sambil tunggu member aku mai ambik nak balik hostel . Mane nih ? ==''

Monday, January 23, 2012

Segmen : Jom tambah follower .


Bosan-bosan , ternampak satu entri sal tambah follower .
Bila dah bosan tertarik jugak nak join . 


Ni lah banner si Penganjur . 
Sila-sila lah pergi follow blog die k .



Mimpi : Mainan tido yang kadang2 mnjadi knyataan


Bukan alam nyata jer ade permainan ,
Tidur pon ade mainan sendiri jugak . 
Lau mainan tidur orang namekan sebagai mimpi . 
Setengah orang percaya mimpi tu betul tak kire mimpi best ke tak best .
Setengah orang jugak tak percaye langsung ngan mimpi dengan alasan mimpi tu mainan waktu tidur jer .
Tapi kadang-kadang tuhan jadikan mimpi ni sebagai petunjuk tuk sesuatu kejadian yang dicipta oleh-Nya .

Pagi takdi tidur sejam jer sebelum masuk nye waktu subuh .
Sempat jugak bermimpi .
Tapi mimpi tu weird yang teramat laa .
Sampai kan bila sedar tu nak pikirkan balik di luar batas akal fikiran dah .
Tapi pelik-pelik mimpi tuh lau ingat balik die ade campur sikit dengan situasi sebenar aku kat dunia sebenar nih . 

Tu yang aku tak paham tuh .
Lau betul mimpi tu just mainan tidur , 
Nape die nak campur adukkan dengan dunia sebenar aku ?
Aku hairan jugak , sebab mimpi tu pelik sangat-sangat .
Dengan orang yang aku kenali jadi pelik semacam jer ,
Dengan keadaan dunia tuh jadi macam Deja Vu jer ,
Dengan tempat sepanjang mimpi tuh tempat yang memang aku kenal .
Dengan elemen dalam movie-movie mngarut yang pernah aku layan sebelum nih .


Takde lah nak amik sies ngan mimpi pelik tuh ,
Tapi aku nih yang pelik nape duk terpikir sal mimpi tuh .
haihhhhhh , heran den .

P/s : Orang kate lau tak nak mimpi pelik-pelik , basuh kaki sebelum tido , camtu ke ?

Bukit Kayu Hitam : One of Malaysia's Free Duty Tax shopping place .


Pukul 3 pagi , 24.01.2012 baru jer sampai ke Dungun lepas ikut rombongan kahwin sepupu aku kat Kedah .
Tapi perjalanan balik tuh amat2 lah mengejutkan sebab perjalanan sepatutnya akan ambik masa dalam 10Jam , tapi perjalanan balik takdi just ambik masa 8Jam jer . 
Memang laju teramat lah driver bas tu bawak bas .
Tapi laju tu yang aku suke , ni bawak bas macam kura-kura jer , tak best gak . 
Haha , pelik kan aku nih . Orang nak slow aku nak laju . 

Tapi bukan tu aku nak cakap kan .
Takde pasal aku nak cerita kat orang sal trip aku sepanjang kat sana .
Aku nak cerita sal tempat ke 3 tempat bebas cukai yang aku pegi sepanjang tahun 2011/2012 nih .

Tempat tu ialah Bukit Kayu Hitam . 
Bukit Kayu Hitam merupakan bandar sempadan utama di Sempadan Malaysia-Thailand . Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuhraya Utara-Selatan , jalan raya terpanjang di Malaysia yang bermula dari Johor Bharu , Johor di selatan hingga ke sempadan Bukit Kayu Hitam di Kedah Darul Aman .


First time aku dengar trip tuh nak pergi sane lepas habis majlis kahwin tuh , aku tak rase pape cam excited ke , seronok ke nak pergi shopping kat tempat Bebas Cukai camtuh .
Sebab nye aku tak pernah dengar pon orang-orang sekeliling aku cakap sal tempat nih .
Pergi shopping sane lagi lah . Maksudnye aku tak pernah kenal pon tempat shopping nih . 
Mind set aku sebelum pergi sane tak nak beli pape , just nak survey jer .

Ternyata mind set aku tu betul sebab tempat tu memang takde pape sangat lau nak kate tempat shopping bebas cukai nih . 
Ape yang ade pon just baju-baju yang tah pape , lau nak beli pon tak boleh langsung nak diNego harga baju tuh . Sedih kan . huhu
Barang lain lagi cam kasut , baju sukan , seluar jeans and macam-macam lagi lah barang lain yang totally barang-barang nih dah boleh didapati kat tempat-tempat biase .
Cume harga jer la yang murah sikit . Yela , tempat bebas cukai kan .
Tapi mind set aku tu salah sikit sebab tak nak beli pape tuh , 
Sebab nye aku ade grab jugak sepasang kasut , even yang fake jer , tapi memang cantik dan harga pon murah gile-gile tuk dibeli . Tapi jangan ingat aku nak buat pengumuman sal kasut baru aku tu plak k . Takde laa niat camtu plak . huhu

Btw , Bukit Kayu Hitam nih ade 1 supermarket name ape ntah aku pon dah lupe .
Dalam supermarket tu tak macam supermarket bebas cukai kat tempat lain macam Langkawi and Nilai . 
Sebabnye tempat nih jual kebanyakan barang yang harganya bukan cam bebas cukai . 
I mean bile masuk jer supermarket tuh , barang pertama yang akan kita dapat lihat ialah barang-barang branded cam Jam mahal , Perfume mahal and tak ketinggalan Pen mahal . 
Memang boleh bilang berape saat sangat group kitorang masuk lam supermarket tuh .
Masuk jer tup2 kuar balik . Haha . 

Last sekali , boleh aku katekan yang tempat bebas cukai bukit kayu hitam ni still tak setanding lagi dengan tempat lain yang aku dah pergi seperti Nilai kat Nogori Sembilan , Rantau Panjang kat Kelantan and Langkawi kat Langkawi lah . 
2 Sebab aku boleh bagi :
1 . Tempat nih susah nak nego harga barang tuk sesetengah penjual .
2 . Barang yang tak attractive sangat . Tak berminat den nak beli . 


P/s : Tulis post time nak dekat azan Subuh , merapu la jadinye .

Friday, January 20, 2012

Duit kertas , duit syiling baru : Lawa dan attractive ?


Petang takdi , aku pegi beli barang sikit kat sebuah market .
Lepas pilih-pilih barang , terus pergi bayar kat kaunter
Total harga brang aku tuh RM**.50

Aku pon bayar RM50.00 , jadi balance tuh ade laa berbaki 50sen .
Time amik reset ngan duit baki tuh , aku pelik jer ngan duit 50sen tuh . 
First2 aku pikir orang cashier tuh silap kasi syiling 20sen sebab duit syiling tuh ringan and kecik jer .
Tapi bile tengok kat duit syiling tuh warna keemasan jer . 
Aku terpikir plak orang cashier ni silap kasi duit syiling RM1 yg dah lame lupus dulu .
Tapi cam tak logik plak .
Last skali aku terpikir plak duit nih cam token funfair yang bese aku pegi dulu2 .
Tapi nape lak token nih leh sesat sampai ke super market nih ? Pelik tol !

Aku pon tengok tol2 kat syiling tuh , Laaa ! Syiling 50sen baru rupenye . 
Adoii , aku pon malu la jugak sebab terkesima sekejap depan orang ramai lak tuh sebab duk tengok duit syiling kat tangan aku tuh jer mcam orang tak pernah jumpe duit .

Tak tau laa nape syiling 50sen yang baru nih makin ringan dan takde nilai jer berbanding dengan syiling 50sen yang lama-lama dulu . Tak paham aku nape die kuarkan syiling camtu plak .

Ni lah rupe-rupe matawang yang akan kite pakai start 2012 nih . 
Boleh didapati di pasaraya2 besar sekarang . haha




P/S : aku dah nak start buat koleksi frame duit-duit sebelum nih . Sape nak join ? Hehe

Kaya dunia tak menentukan kehidupan di akhirat kelak


Orang yang ade falsafah hidup nih selalu kata ,
Sentiasalah mempunyai impian untuk menjadi orang yang luar biasa ,
Sentiasalah berusaha dengan gigih untuk mencapai impian itu ,
Jangan pernah berputus asa kalau kita gagal sekali , 
Sebab gagal tuh tak bermakna gagal selama-lamanya .

Orang yang gilakan kekayaan dunia selalu sibuk mengejar kemajuan dunia . 
Sebab mereka tak nak diri mereka ketinggalan dengan arus kemodenan dunia akhir zaman nih .
Hari-hari mereka sentiasa mahukan diri mereka dihadapan orang lain . 
Mereka nak diri mereka terkenal dengan kekayaan tuh . 
Dan tidak lupa niat mereka yang selalu terpesong kerana kekayaan itu .
Tapi mereka lupa ,
Dikala mereka sibuk mencari kekayaan dunia ,
Ade lagi 'dunia' lain yang menanti mereka ,
Ade lagi 'kekayaan' lain yang menanti mereka ,
Ade lagi 'populariti' lain menanti mereka ,

Mereka tak pernah pikirkan pasal tuh ,
Sebab Allah S.W.T tak tunjukkan kepada mereka hakikat , 
betapa beruntungnya jika kita dapat hidup bahagia di 'dunia' itu , 
betapa bertuahnya jika kita dapat memiliki 'kekayaan' untuk ke dunia yang bakal kekal selama-lamanya itu .
betapa agungnya jika kita memiliki 'populariti' di mata Yang Maha Esa .

 Bersyukur dan terus lah bersyukur ,
Walaupon kita dapat sebiji beras sekalipon ,
Jika itu yang mampu kita usahakan sedaya upaya kita ,
Sentiasa lah ingat yang sebiji beras tu jugak rezeki dari Allah kepada kita .

Jangan lah pulak rasa rendah diri jika melihat kekayaan orang lain ,
Berdengki dengan kekayaan orang lain itu pasti ,
Namun berdengki lah cara gembira , 
Dengan tumpang mendoakan si kaya itu ,
Agar dia tidak pernah lupa si miskin dunia ini , 
kerana si miskin dunia ini lah yang bakal menentukan kehidupan beliau di akhirat kelak .


P/S : Bersyukur lah dan jangan mengeluh walau ape pon yang tuhan kurniakan .

Thursday, January 19, 2012

Rophynol : Dadah "Dating dan Rogol" terbaru .


'Rophynol' 

Jenis dadah terbaru yang digunakan oleh para-para perogol zaman sekarang .
Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura pada malam Sabtu sebelum ditinggalkan. 

Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil "mencuci" yang kecil. Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian "mencuci" mereka. 

Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk"mencuci"haiwan besar. Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah "Dating" dan rogol. 

Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.


Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan "mencuci" agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.

 Kesan dadah ini adalah KEKAL terhadap si mangsa. Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda, Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA. 

Si durjana boleh memperolehi dadah ini boleh mendapatkan dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.


P/S : Beware lah kepada kaum hawa di luar sana . Minuman anda yang terbiar walaupon sedetik mungkin telah dilarutkan dengan dadah nih oleh manusia-manusia pemusnah hidup anda . 
Lau kaum lelaki tak tau lah , ade ke kes laki kena rogol setakat nih ? HAHA

Im Addicted to Futsal now .


Dah lame rase tak update blog . Dah dekat seminggu rasenye . 
Malam nih rase nak update blog , walaupon post nih akan dilihat sebagai merapu merabang skali . Hehe

Sejak 2 3 minggu nih nampak sangat cam aku dah cam addicted nak main futsal . Tapi nak mention awal2 , kenyataan yang aku tak pernah2 pandai main futsal nih . Sebelum ni pon aku bukan tak pernah , tapi langsung jarang-jarang turun main futsal nih . Pegi tengok orang lawan futsal pon jarang , even kat hometown aku Dungun nih , aku tak tau pon kat mane Court futsal kat sini . Sampai camtu skali kurang nye minat aku kat futsal nih .

Tapi sekarang aku da anggap futsal nih cam sukan tuk aku kuar peluh . Lau kat hostel , dah lame sangat terperak kat bilik jer ngadap game kat laptop . Cam takde makne pape lau duk ngadap laptop 24 jam . 

Lagi-lagi hostel aku tuh belakang ade court futsal yang dulu nye court tennis . Petang-petang jer aku tengok orang main kat situ . Slow-slow mari minat kat futsal nih . Pas2 test laa turun main jugak . Tapi malu gile2 la first time main tuh . Yelaa , aku yg dop pandai nih sesuke rase pegi join main jugak ngan orang yang dah pandai main , merosakkan game orang jer aku nih . huhu .

Dulu pernah gak aku tanye2 bakpe laa adik aku yang kerap sngat pegi main futsal daripada main tennis cam dulu-dulu . Aku pon pegi laa tengok skali die main kat court bese2 tuh , terdetik dalam hati best jugak game futsal nih . Best laa dari main bola padang tuh . 

Sukan Futsal ni lau aku perhati memang sesuai dimain oleh kebanyakan umur tak kire kecik besar tua muda even bukan laki jer yang bleh main , pompuan pon kerap join sekali . Sebab game futsal nih kecik jer court die , and boleh sumbat gol banyak2 . haha . 

Tp aku takde lah sampai berharap aku nak tnggal main tennis lau selalu main futsal sekarang , cuma aku addict to futsal sebab aku ade geng skali bleh main futsal . Aku takde lah nak pegi jauh sukan nih , just nak kuar peluh and rapatkan silaturrahim sesama member aku . HAHA ! #Most funny reason for me .


p/s : Ade sape2 nak ajak orang yang tak pandai main futsal nih main sekali ke ? hehe

Thursday, January 12, 2012

Sesungguhnya aku tengah buntu .


Susah sangat lau banyak sangat benda kena pikir lam satu masa kan ? 
Susah sangat lau sumer benda kite dah terpaksa tanggung sendiri kan ? 
Susah sangat kan lau kite buat something yang berisiko tuk kebaikan orang lain yang kite sayang kan ?

Tapi tak semua susah lau kite tahu camne nak manage pikiran kite tuk sumer hal tuh kan ? 
Tak susah lau kite tahu nak pikirkan yang mane hal yang lebih penting and yang mane kurang penting .

Tapi tu lah , kite ni manusia biasa , bukan robot yang dah di program kan tuk pikir hal-hal yang hebat dan di luar batas fitrah pemikiran manusia yang dah dihadkan oleh Allah S.W.T. Silap-silap hari bulan lau kite duk pikir sesuatu yang di luar kawalan minda kita, Alamak gila la jawabnye .

Tapi bukan berfikir di luar kawalan minda tu yang aku nak cakap , ape yang aku nak mention skarang , aku duk pikir sangat-sangat camne nak dapatkan something yang memang toplist lau kat "wishlist" aku sekarang . Pasal benda tuh tak nak lah aku mention kan jugak , macam malu jer plak . Tapi aku tak nak susahkan orang lain yang banyak dah aku susahkan tuk dapatkan 'benda' tuh . Aku nak usaha sendiri tuk dapatkan 'benda' tuh . Tapi fikiran aku bercelaru sangat , sama ada aku mesti dapatkan benda tuh dengan sesungguh usaha aku , atau pon aku harus lupakan niat aku untuk masa nih . Maybe bukan lagi mase and rezeki aku tuk dapatkan 'benda' tuh . Entah lah , alangkah indahnya lau impian and peluang dah ade depan mata aku .

Aku pon suke nak mention ,  

 
Muka yang tersenyum tak semestinya hati die tenang , and muka yang sedih , tak semestinya hati die resah kesedihan .


Tuesday, January 10, 2012

Just be yourself if you wan it too much .


Anda sayang seseorang ?
Kenal lah die dengan sedalam-dalamnye .
Don't just judge her on her beauty , but please take a time to think about her personalities .

Ape nak takut lau anda tau tu la jodoh anda ? 
Ape nak malu lau anda tau die kan jadi milik anda sendiri .
Takut anda malu anda tuh just make us look more worst to her .

But i don't said that you need to be crazy just for her the one you love rite ?
Just jadi diri sendiri tuk amik sesuatu risiko .
Just jadi diri sendiri tuk terima sesuatu hakikat even sangat pahit tuk diterima and ditelan .

Anda still ada kawan-kawan tuk diluahkan ape yang anda rase ,
Just luahkan jika anda rase kan dah sampai mase tuk anda pikirkan sesuatu hal yang mungkin bakal menjadi peneman hidup dikala suka duka hidup anda on the future . 

But jika anda tidak diterima oleh seseorang yang anda mahukan , 
terima lah nasib tuh , sebab itu bukan kerana anda seorang yang teruk or tidak disukai orang ,
Itu kerana Jodoh anda , Ajal maut anda sudah ditentukan oleh Allah S.W.T.

Lau die bukan jodoh anda , ingatlah pasti ada lagi yang terbaik tuk hidup anda .
Bak kate orang yang nak relieve tension tuk member die yang tergolek putus cinta tuh ,
Kumbang bukan seekor , bunga bukan sekuntum bro ! HAHA ! 


But what i wanna said is , human love will never last long , 
but cinta kan Allah akan kekal selamanya .

Jangan biarkan diri anda sendiri rosak just kerana cinta manusia .
Dan jangan ingat Allah time susah jer , bersyukur lah di kala anda senang .
Sentiasa beringat senang dunia tak semestinya senang kat Akhirat .

Lagu terbaru Namewee Hina Polis ?

Sape tak kenal Namewee , pemuda berbangsa Cina Malaysia yang dulunya mencetuskan kontrovesi setelah menerbitkan video klip lagu ciptaan dia sendiri yang terang-terang mengutuk dan menghina Islam , melayu dan macam-macam lagi yang ade kat Malaysia nih . 

Tapi terus-terang die nih macam tak insaf plak apabila Video Klip terbaru yang dikeluarkan oleh die sendiri bersempena Tahun baru Cina akan datang dengan terang mengutuk plak pihak polis . Dalam Video Klip berkenaan terdapat beberapa bukti yang Namewee dah memperlekehkan pihak polis . 


- Seorang lelaki beruniform lengkap polis telah menunjukkan gaya seperti anjing apabila lidahnye terjelir sepangjang video klip tersebut . Ini mungkin melambangkan Polis ini dianggap seperti anjing .

- Yang kedua , Penyanyi lagu tuh kemudiannya menghulurkan angpau yang berisikan duit kepada polis tersebut . 

Agak-agak lah ape mesej si Namewee nih sehingga die mereka video klip sebegitu ?

Rasuah di kalangan polis? Perlu ke disampaikan dengan mesej yang begitu menghina?

Lau betul memang die sengaja buat video klip camtuh tuk mennyampaikan mesej menyindir kepada pihak Polis kat Malaysia , die sesungguhnya memang melampau kerana still tidak bersyukur dengan penerimaan pengampunan yang diberikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia atas kesalahan beliau yang lampau . 

Takde sape yang berani kata rakyat dan kerajaan Malaysia tidak bertolak-ansur dengan Namewee. Sudah terlalu banyak ruang dan peluang diberikan kepada pemuda lulusan Universiti Taiwan tersebut .

Agak nye sebab layanan sebegitu rupa dan kerana juga kerajaan dan polis sendiri terlalu berlembut menyebabkan Si Namewee ni naik kepale kot .

P/s : Ehm , susah tol lau dah aktivis sangat sampai tak nak insaf dengan kesalahan sendiri .

Gatal sangat buat pembedahan plastik , makin hodoh lah jawab nya !

Maybe trend moden masyarakat sekarang tak kire kat malaysia mahupon kat luar negara tuh suke buat Pembedahan plastik kat muke sendiri , tapi Pembedahan Plastik nih risiko nye bukan lah macam risiko pembedahan lain .

Bedah plastik ni lau tak jadi bleh buat muka kita yang sedia ada cantik comel tu jadi makin jelik dan hodoh jer . Nak ke camtuh ? Ye , memang ade jer Pembedahan plastik yang berjaya and banyak yang bedah plastik nih dah jadi diva , model terkenal , tapi tak malu ke pakai wajah palsu semata-mata nak raih populariti liar camtuh ? 

Lau yang jadi makin cantik tuh takpe laa , tapi yang jadi makin 'cacat' macam gambar kat bawah nih camne plak ?


Jangan lah menggatal sangat nak ubah ape yang dah tuhan kurniakan kat kita tuh . Sentiasa lah bersyukur walaupon kite sedar kekurangan kita . Teruskan berfikir yang takde manusia perfect kat dunia nih , setiap nye ade kelebihan sendiri , dan juga ade keburukan sendiri .

p/s : Bodohnye lau buat pembedahan plastik mahal-mahal tapi jadi makin hodoh . >.<

Wednesday, January 4, 2012

Don't be such an 'Annoying friend' to the others .

Rase cam lame tak update blog . huhu
Bkan tak berniat nak update , tapi keadaan tak mengizinkan . Keadaan tu macam internet yang asyik duk problem jer , dengan jadual kelas yang pack menggile jer hari-hari , memang tak smpat laa sngat lau nak relax2 jer kejap nak online ke ape . Plus lak aku ni bukan jenis yang pandai manage mase sendiri . Sedih tol ! 

And ape yang paling penting ialah , happy ++ sebab dapat episod baru running man yang barudari Afif El Nino ! Thanks bro ! haha . Dah dapat episod baru variety shows tuh jawab nya memang duk layan citer tuh la plak bile dah freetime kan . hehe .

Btw , 2 3 hari nih , banyak lak aku observe sal seseorang kawan yang suka annoyed and menyusahkan kawan yang lain . I mean he or she do it on purpose without any reasonable thing . Ade jugak kawan yang suka depend kawan yang lain tanpa usaha sendiri dulu and most worst is dia just cari kawan-kawan nya bila time susah jer . Time senang takde plak nak jenguk-jenguk .

Untuk kawan yang suka annoyed kawan sendiri tuh , I already mentioning it on my last post , but now , rase nya nak share lagi some situation tuk jenis kawan camnih kan . 

For example , kawan die ade masalah , and die tau kawan die tuh ade masalah yang tak kire la besar or kecik . Tapi die langsung takde niat nak nasihat ke, beri semangat ke kat kawan tuh tuk settle masalah yang tengah dihadapinya . Malah lagi teruk die duk perli jer kawan die tuh sesuke hati die , tanpa sedikit rase bersalah pon . Lau die terus buat camtuh rase nya kawan tuh tak kan pernah lega tuk settle masalah tuh , malahan kawan tuh makin tension jer ade laa kan . 

Tapi die tak sedar ke bahawa kawan yang diperlinya tuh la yang akan die perlukan suatu hari nanti . 
Kawan yang diperli and dikutuk tu lah yang maybe sanggup tuk menghulurkan tangan kat die suatu hari nanti dikala die susah . 
Kawan yang susah tu lah yang mungkin akan sudi menghabiskan masa tuk die mendengar semua masalah and beri kata-kata semangat kat kawan yang dulunya dah kutuk-kutuk and perli dia time die ditimpa masalah .

Salah ke kalau kite sentiasa jadi baik kat semua orang , and sentiasa jadi orang yang suka menolong orang lain dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan ? 

Lau nak buat sesuatu yang kurang baik tu sentiasa lah remind diri sendiri , 
Tuhan tu maha adil , and agama jugak tak pernah mengajar kita tuk bersikap tidak adil kepada orang lain yang ade masalah sendiri .
Kite pon tak tau future kite camne , maybe kite akan dapat masalah lagi teruk dari orang lain . 
Tuah ayam nampak lah kat kaki kan , Tuah manusia ? Allah jer yang tau .



P/s : i Wrote this for myself too , cause' i never thought that i had always being nice to the others .

Monday, January 2, 2012

Wahh , maju Amalina Che Bakri sekarang !


Ade ke yang tak kenal orang kat atas nih ? Berbekal kan result 17A1 dalam SPM , dapat la beliau sambung study kat University of Edinburgh .

Beliau yang 1 ketika dulu pernah menjadi ikon tuk institusi pendidikan Malaysia sebab mencapai keputusan yang menakjubkan iaitu 17A1 . Sana sini orang duk heboh die ni hebat , pelajar famous sebab mempunyai IQ yang tinggi sampai mampu capai result yang begitu cemerlang time SPM

 Kaum parents pon mula pesan kat anak-anak diorang ,

"Ko belajar laa sungguh-sungguh , tengok cam Amalina Che Bakri tuh , slamber jer score 17A1 , tak kan lah ko tak leh score jugak?"
"Bertuahnya budak Amalina tuh , akhlak baik , belajar pandai . Harap-harap lah anak aku leh jadi camtu jugak suatu hari kelak"

Tapi sekarang ? Die still jadi buah mulut rakyat Malaysia . Tapi 'Comeback' beliau amat-amat lah mengejutkan . Sebab ?


Anda leh agak tak sape kah gerangan beliau diatas ? Inilah personaliti Amalina Che Bakri sekarang yang dulu disebut-sebut dan dijulang-julang sebagai kalangan cerdik pandai kat Malaysia nih . Memang Shocking kan lau compare ngan gambar beliau time-time 'baik' dulu . Dengan slamber die jer best2 peluk BF Mat Salleh die tuh . Tak kan die dah totally lupa ngan Budaya Melayu yang dulunya mewarnai hidup die lagi ? Nak kate memang adat melayu camni memang tak lah kan .


Seksi gile2 dah die nih skarang ! Sampai certain time aku totally tak percaya die dah berubah terus jadi camnih . Ni macam dah teruk sangat dah pon . Dengan pakaian camtuh , warna rambut yang tah pape , dengan gaya dah ala barat , memang dah shock sangat2 minah nih . 


Gambar nih maybe die ngah hangout ngan member2 kat sane . Lau perhati gambar nih kan , ade lagi sorang pompuan cam melayu jer iras muka dia , tapi tak pasti laa sape kah gerangan pompuan tuh .


Latest ! Gambar-gambar terbaru yang seksi terlampau Amalina Che Bakri nih kat facebook beliau sumer dah didelete oleh insan yang bertanggungjawab . Maybe terlampau 'hot' sangat sekarang sampai 'terbakar' sumer gambar kat dalam album facebook beliau tuh . 

Sambil-sambil duk cakap and heboh-heboh sal citer sensasi #Konon laa Amalina nih , ade jugak beberapa insan yang aku anggap prihatin ngan nasib si Amalina sebab duk dikutuk jer oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang dah tau berita nih . 

Ade certain alasan diorang camnih ,

"Tak payah lah korang duk kutuk-kutuk die jer , pompuan lain yang seksi-seksi sekeliling korang tuh korang tak kutuk plak kan ?"

Bai , lau die tuh budak biase yang tak berapa nak pandai dalam study gua tak kisah sangat lah and tak de la gua nak buang-buang masa kutuk die nih , tapi die dulu nih pernah menjadi idola tuk kebanyakan students yang nak sangat jadi cam dia , dapat result cemerlang giler-giler lam SPM . Lau perubahan die tu kecik takpe la jugak , tapi nih dah dalam kategori Culture Shocking yang parah dah nih . Kalau die terus camtuh die dah tak layak jadi idola tuk students kat Malaysia dah . 

Tuk tuh , aku sertakan sekali doa aku tuk Amalina Che Bakri nih agar dia dapat mengembalikan budaya Melayu die , dan berubah terus dari jadi mangsa kejutan budaya nih . Kalau tak boleh sangat , mintak-mintak lah die boleh di bawak balik ke Malaysia , lau terus duk sana , alamak hai tak tau la jadi ape lagi lepas nih . 

p/s : Doa ku untuk mu , cepat-cepat la berubah ye .