Thursday, December 1, 2011

Ombak Rindu : Diceritakan daripada novel kepada Movie ~

Daripada novel hasil karya FAUZIAH ASHARI telah diterjemahkan kepada movie oleh pengarah OSMAN ALI. Berdasarkan pemerhatian di pawagam, rata-rata cerita ini mampu mengalirkan air mata bagi setiap penonton yang sudi membayar tiket wayang untuk menonton cerita yang totally berfiksyenkan cinta ini. 

Dibintangi bintang-bintang terkenal seperti Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae dan juga Normah Damanhuri , mereka melakonkan dan menghayati elemen watak masing-masing dengan begitu sempurna.

 
Lisa Surihani yang sebelum ini banyak dikenali berlakon sebagai watak yang banyak mengalirkan air mata dalam kebanyakan filem yang dilakonkannya membuktikan bahawa beliau adalah pelakon yang betul-betul serba boleh apabila berjaya membawa watak antagonis dalam cerita Ombak Rindu ini. Watak Lisa iaitu Mila Amylia seorang pelakon popular yang jelita serta lahir daripada keluarga kaya membuatkan dirinya mendapat segala apa yang dihajati, termasuk cintanya terhadap teman sepermainannya iaitu Hariz.



Maya Karin pula yang terkenal dengan watak moden nye juga berjaya membuka mata orang ramai apabila membuktikan watak Izzah yang sebagai seorang gadis kampung naif dan bertudung dimana ia sungguh kontra dengan dirinya yang merupakan seorang wanita bandar.  Pelawaan oleh pengarah Osman Ali untuknya menjiwai watak Izzah dalam versi filem yang menggunakan judul yang sama, terus diterimanya tanpa berfikir panjang. Tanpa solekan tebal dan harus menjadi orang kampung termasuk mengenakan tudung buat pertama kalinya di layar perak, Maya dengan rela bersetuju untuk menjadi Izzah.


 Aaron Aziz juga mencuri tumpuan dalam cerita ini apabila sering kali babaknya terpaksa mencurahkan airmata jantannya itu. Dia mengaku tidak malu apabila terpaksa meragut air mata jantannya selain mengakui adegan intim bersama Maya antara yang paling sukar.

Filem Ombak Rindu yang diterbitkan oleh Tarantella Pictures Sdn. Bhd. itu telah menemui penonton di pawagam bermula pada 1 Disember depan.


p/s : totally tak rugi kalau keluarkan duit untuk menonton movie Ombak Rindu ini di pawagam. 4/5 rate ! :)

2 comments: