Monday, December 12, 2011

Ekspedisi di Langkawi terbaik ! Unforgettable moment ever !

 Dungun ! im back ! hahaa ~

Balik Dungun selepas 4 hari 3 malam duk berekspedisi di langkawi.. Ekspedisi yang tersangat lah seronok dengan KLKM 19 TATiUC. Banyak benda yang telah dipelajari sepanjang kat sana.. Excited nak citer nih boleh? Lau ade yg kate tak bleh pon sory laa, nk citer gak nihh.. haha ! 

Awal-awal nak pergi pon dah rase cam we are going to work as a team sepanjang kami kat sane.. Saye pon rase cam tak nak pegi awal-awal sebab tak bese dengan perasaan tidak malu di tempat orang.. But lets see the short story i make myself above k..

what im really wanna wrote here was my experience sepanjang berekspedisi kat sane.. Experience yg dimaksudkan tuh macam meyakinkan diri tuk hilang rasa malu berdepan dengan penduduk kat langkawi tuhh seperti merelakan diri tuk tahan kereta orang asing nk tumpang sekali.. *tak pernah hayat den tahan-tahan kereta orang nih ! huhu.. meh flashback balik antara org yang berbaik hati bagi tmpang kereta diorang..

1. Sebuah lori pasir baik hati tmpangkan group 6 iaitu group sy pegi ke galeri perdana, tapi separuh jalan jer, camne pon trima kasih jgk sbab kasi tmpang. 

2. Berjaya tmpang sebuah kereta wira yg dinaiki seorang pkcik 40an yang jugak dulu seorang pengakap yang pernah berkhemah dimana-mana.. So, beliau paham dengan keadaan kitorang yg tk bermaya dh nk jalan time tuh..

3. Lepas kuar dari Galeri Perdana, pegi makan kat majlis makan-makan kat kampung belakang. Majlis tu sempena dengan Perasmian Geopark oleh PM. Then tmpang seorang abg menaiki kereta Saga Aeroback yang terlibat dengan konvo Pemuda Umno di langkawi tuh, walau pon busy, beliau still berbaik hati menumpangkan kami untuk sampai ke Ayer Hangat Village.. Lepas settle kat Ayer Hangat tuh, terus pegi ke Pantai Pasir Hitam tuk berkhemah pada malam pertama.

4. Second day, time otw nk pegi ke checkpoint kereta kabel, awal-awal tumpang lori minyak, tapi dia tak berani pegi jauh sebab takut kantoi ngan LPKM sebab bawak muatan lebih iaitu kami-kami budak kelane ni lah yang mnumpang lori dia tuh.

5. Lepas jalan skit otw nak pegi cable car tuhh, tibe laa sebuah kereta Nissan Sentra yang dipandu oleh 2 orang perempuan yang jugak bekerja kat kereta kabel tuh, tersangat beruntung kami rasakan.. Tapi nk naik tuh rase serba salah sikit sebab diri sendiri pon dah kotor, tak best lak rase kotorkan kereta orang lain.. huhu

6. Selepas selesai enjoy naik kereta kabel, our next checkpoint is Padang Beras Terbakar kat Padang Maksirat.. First-first lepak2 dengan ahli group, nak amik nafas skit sebab panas skit, dalam 10minit datanglah sorang pakcik yang jugak usahawan berjaya bernama Encik Wan Rosli.. Beliau dengan ramah bertanyakan destinasi kami dan sudi menumpangkan kereta beliau iaitu Mercedes Benz tuk ke Beras terbakar tuhh.. Rase segan tuh tetap ade, tapi gua naik mercedes wooo, kereta baru lagi tuhh, excited sngat2 ! haha.. time otw ke beras terbakar tuhh, beliau singgah kejap ke Maybank berdekatan sebab nak pegi check duit saham die masuk ke tak lagi.. Wahhh2 !

7. Habis makan-makan kat checkpoint Beras Terbakar tuhh, terus menuju ke tempat bermalam kami tuk hari kedua iaitu Kampung Buku.. Perjalanan kami kesana jugak tersangat lah excited.. Sebabnye ? Kami tumpang kereta Drift ! hahaa ! first time naik kereta Drift, Jie ngan Haq, budak group yang tak hilang lagi fobia naik kereta kabel terus 'demam' balik sebab naik roller coster kat atas jalan ! haha ~

8. Third day, hari yang memang dijangka menjadi paling memenatkan sebab terpaksa pikul bag persendirian sekali yang sebelum nih dibawak oleh urusetia.. First checkpoint ari tuhh ialah Makam Mahsuri.. Otw pergi sane tumpang lori pasir 10 tayar beramai-ramai dengan 7 group lain.. Havoc giler time tuhh.. sampai2 kat Makam Mahsuri tuh tak leh masuk plak atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.

9. Keluar dari makam Mahsuri tuh, pergi buat tugasan seterusnya iaitu Gotong Royong kat rumah penduduk setempat.. wahh2 ! rajin-rajin tuhh.. haha.. Group kami telah pilih sebuah rumah yang dihuni oleh seorang tukang kayu yg sudi mmbenarkan kami membersih rumah beliau *Konon laa ! hahaa ! Lepas siap gotong royong tuh, destinasi seterusnya ialah ke Airport Langkawi dimana menjadi medan petunjukan LIMA 11'. Kami pergi kesana dengan menaiki sebuah Lori pasir biase.. 

10. Last checkpoint adalah kat Taman Lagenda kat pekan kuah.. Kami pergi kesana dengan 2 buah Van daripada kedai hardware yang setelah di nego oleh member-member saye sndiri, akhirnya beliau setuju tuk menghantar kami kesana tanpa sebarang upah..

Tu lah sedikit sebanyak citer tuk diri saye sendiri yang mmpu sy tulis kat atas tuhh.. Kalau nak dikarang kan lagi masih banyak benda nak diceritakan kat atas tuhh, tapi lau ade yang sudi bace pon sure bosan lau tulis panjang2 kan?

Secara konklusi nye, ekspedisi tu mengajar saye tuk benar-benar berdikari di tempat orang.. Mengajar tuk berfikir panjang dalam sesuatu perkara dan sedia tuk hilang rase malu tuk berinteraksi dengan penduduk setempat jika kite memerlukan pertolongan mereka..

Sepanjang 4 hari tuh jugak, saye sendiri dapat rase kan
semangat kerjasama yg berjaya dipupuk diantara ahli KLKM 19 TATiUC yg menyertai dalam semua hal yang dilalui bersama.. Tahniah kepada penganjur sebab berjaya menganjurkan program seperti ni tuk kami, memang tidak dinafikan ekspedisi ni memenatkan, tapi bile lagi nak lalui kepenatan camni kan kalau bukan sekarang.. :)

p/s : Unforgettable moment ever !

No comments:

Post a Comment