Wednesday, December 5, 2018

Impian dan khayalan #Part41 (Bersyukur)

Hati, dimanakah engkau?

Apakah engkau sudah gila?
Aku sentiasa ada dengan mu. 
Tanpa ku mampu kah kau hidup?
Tanpa ku mampukah...

Sudah sudah,
Sepatah persoalan ku, tidak berhenti jawapan mu ya.

Gurau malam wahai si penulis,
Sebagai penghibur diri mu jua,

Benar wahai hati,
Engkau la penghibur ku,
Setia kau bersama jatuh bangun ku, aku hargai.

Wahai si penulis,
Sesungguhnya setiap manusia ada sisi diri nya yang lain,
Dikala engkau ada nya aku,
Tetapi kau harus sedar, 
Ada lagi jasad lain yang sentiasa mengangkat mu ketika kau rebah,
Ada lagi insan lain yang sudi mengangkat mu ketika kau tiada apa-apa,

Ya duhai hati,
Aku sedar semua itu,
Dikala aku dilema dengan keresahan,
Dikala aku mengeluh tatkala apa yang ku inginkan tidak juga kesampaian,
Bila aku fikirkan balik,
Tidak benar sama sekali semua itu,
Keresahan ku hanya la mainan perasaan semata,
Keluhan ku hanya la bisikan syaitan untuk mengajar ku erti tidak bersyukur,

Duhai hati,
Tatkala aku sendirian,
Aku terfikir, aku sedar,
Begitu banyak nikmat yang aku perolehi tanpa sedar hari ini,
Begitu banyak 'anugerah dunia' ada pada ku, namun tidak pada orang lain,

Tapi.... Masih.....
Aku mengeluh, Aku sedih,
Aku selalu berdoa, kenapa yang lain dapat macam ni, aku tidak?
Aku selalu berdoa, kenapa apa aku inginkan tak selalu menjadi nyata?

Itu la silap mu wahai si penulis,
Sungguh nya engkau alpa didalam perlumbaan dunia, 
Taksub dalam mengejar sehingga menyakitkan,
Tanpa pernah menoleh sejenak kebelakang, 
melihat apa yang telah kau perolehi,

Ya benar duhai hati,
Tatkala aku fikirkan masalah ku hari ini,
Sering kali aku terdengar insan lain lagi besar musibah nya,
Lagi sakit 'azab' nya.
Terus air mata lelaki ku bergenang,
Hati ku tersentuh bila aku bandingkan tempat ku dengan dia,
Dan disitu aku teramat bersyukur dengan apa yang aku masih ada sekarang.

Aku tahu itu wahai si penulis,
Di sebalik kata-kata mu yang penuh buruk dan dusta,
Aku tahu didalam mu tidak begitu lagak nya,

Duhai hati,
Andai aku mampu, 
Ingin saja aku bantu semua yang memerlukan,

Wahai si penulis,
Jangan katakan 'Andai'!
Engkau sebenarnya sudah mampu,
Hanya masa dan keadaan sahaja yang masih lagi tidak berpihak kepada mu,

Hanya satu sahaja kali ini ingin aku nyatakan padamu,
Bersyukur la dalam apa jua keadaan sekali pun,
Sesungguhnya Allah amat menyukai umat nya yang bersyukur,
Bersihkan hati, Selalu la bersangka baik,

Jangan sesekali engkau menyimpan dendam dengan dunia ini,
Dunia sementara ini sememangnya kejam untuk kita umat agama yang satu ini,
InshaAllah Syurga yang kekal abadi menanti kita.

InshaAllah
Terima kasih duhai hati.


Monday, September 17, 2018

Impian dan khayalan #Part40 #PartIstimewa

Assalamualaikum si penulis,

Waalaikummussalam Duhai Hati,

Sekian lama tidak ku dengar khabar berita mu,
Apatah kau sihat-sihat sahaja?

Sekian lama aku tidak berkunjung ke sini,
Semakin bijak kau menyindir ku duhai Hati?

Tiada sedikit pon niat ku untuk menyindir mu duhai si penulis,
Aku hanya bertanya,
Salah kah aku memulakan coretan mu kali ini dengan sesuatu yang tampak manis di mata?

Baik lah, Engkau benar duhai Hati,
Maafkan aku.

Wahai si penulis,
Benar, aku ini adalah sebahagian dari kamu,
Aku tahu semua apa yang kamu rasa, apa yang kamu lalui,
Tapi sejak akhir ini selalu saja kamu bohongi aku,
Sehingga tidak mampu aku tafsirkan apa yang sebenarnya kau rasakan,

Pendirian mu tidak tetap seperti perwatakan mu,Jiwa mu mudah di pengaruh,Hati mu begitu mudah tewas di tangan godaan para 'askar' duniawi,

Seperti saja tidak perlu aku luahkan apa yang aku rasa,
Terlebih dahulu kau membuatkan aku terpaku begitu sahaja,

Ya wahai si penulis,
Disini hanya menjadi sebagai ruang terjemahan isi hati mu itu,
Kau sudah jadikan disini sebagai diari untuk kehidupan hari mu,
Cuma sedikit sangat, tidak la semua kau coretkan disini.

Duhai Hati,
Semakin hari semakin bertambah usia ku,
Semakin hari semakin pengalaman mendewasakan aku,
Aku yakin kali ini pendirian ku akan ku teguhkan sekuat yang mungkin,
Sampai bila aku harus menjadi diri ku yang lama bukan?
Masa tidak menunggu ku, 
Mati pula tidak mengenal usia,

Duhai Hati,
Biar la aku berterus terang sahaja,
Sebelum mood aku untuk menulis hilang begitu sahaja,
Aku sayang dia,
Aku sayang kan apa yang bakal kami lalui bersama,
Aku tahu dia la yang terbaik untuk ku esok hari,

Nawaitu ku tidak pernah berubah dari awal aku kenali dia,
Aku tanamkan impian ku untuk kahwini dia,
Impian yang kadang-kadang pudar di hasut dugaan,
Impian yang kadang-kadang terus hilang di timpa musibah,

Tetapi kenapa sampai sekarang aku masih bertahan?
Kenapa aku masih disini walaupon aku diuji hebat saat sebelum nya?
Aku pasti tuhan sudah tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk hidup ku,
Aku pasti hanya tinggal usaha dan doa dari diri ini.
Aku berharap kesenangan yang aku hadapi hari ini,
Hanya tinggal dibalas dengan kesenangan esok hari,

Syabas duhai si penulis,
Kali ini aku benar kagum, aku bangga,
kerana aku telah menjadi sebahagian daripada drama mu sebelum ini,

Ya si penulis,
Andai itu yang telah tuhan tetapkan untuk mu,
Pasti akan tiba apa yang kau hajatkan,
Lambat atau cepat hanya mampu kita usahakan,
Yang menentukan hanya Dia yang Maha Esa,

Nasihat ku pada mu kali ini,
Kuat kan la semangat mu, teguhkan pendirian mu,
Kekalkan matlamat mu, jangan lagi engkau tersilap,
Banyakkan berdoa, banyakkan bersabar,
Tuhan maha mengetahui,

InshaAllah,
Semoga urusan mu dipermudahkan duhai si penulis.

Terima kasih duhai Hati,
Terima kasih...


Akan ku cuba yang terbaik demi kita,Demi keluarga ku sendiri.Semoga tiada lagi ribut badai melanda,Sesungguhnya aku tidak kuat.

Sunday, June 24, 2018

Just another 'Aidilfitri'

Seminggu lebih 1 Syawal telah berlalu,
Ramadhan sudah lama pergi,
Entah ketemu atau tidak tahun hadapan nya,
Hanya tuhan yang maha mengetahui,

Merenung dia kembali,
Apa yang dia dapat di Ramadhan yg lalu,
Apa yang dia raikan di Syawal kali ini,

Bagi nya Ramadhan masih lagi sama,
Di awal nya semangat mengalahkan yang lain,
Di pertengahan sudah mula sibuk dengan dunia,
Di akhir nya mata dan minda hanya nampak raya.

Sebak dia mengenangkan nasib diri nya yang lalai,
Selalu sahaja dia berdoa agar tuhan kukuhkan hati dan iman nya,
Niat baik nya selalu ada,
Nampu lain pula pendapat jasadnya,

Harapan nya hanya satu,
Semoga dipertemukan lagi Ramadhan akan datang,

Aidilfitri mengajar dia erti bersyukur,
Tatkala dia mampu membeli berhelai baju baru,
Insan lain hanya mampu bersederhana sahaja, bahkan ada yang tidak punya apa-apa,
Tatkala dia mampu memiliki kasut baru,
Insan lain cukup gembira memiliki sepasang sepatu walaupun tidak seberapa nilainya,
Tatkala dia mampu kesana sini beraya dengan sebuah jentera,
Insan lain mungkin tidak sebaik seperti nasib diri nya,

Bersyukur la,
Apa yang kamu ada hari ini,
Ada insan lain yang tak punya apa-apa.
Apa yang insan lain ada hari ini,
Mungkin belum tiba masa untuk kamu miliki juga,

Sentiasa la berdoa,
Jangan pernah putus doa mu,
Tuhan maha mendengar, Dia selalu mendengar,
Kalau tidak hari ini,
InshaAllah pasti makbul doa mu esok hari,
Jika tidak esok nya,
Jangan berduka,
Tuhan mu tahu bila masa sesuai dia memakbulkan permintaan mu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018, 
Maaf Zahir dan Batin buat yang mengenali diri ini,
Semoga Aidilfitri ini membuka lembaran baru untuk kita bersama.


Monday, May 21, 2018

Impian dan khayalan #Part39

Rajin pula kau menaip malam ni si penulis,
Gerangan apa kamu ke sini kali ini?
Kerana aku tak mampu tafsirkan apa yang kau rasa,
Bercampur sekali perasaan mu.

Duhai hati,
Aku ni bukan la seorang yang rajin,
Engkau pun tahu itu,

Ya aku faham,
Tentang apa kali ini yang engkau perlukan nasihat daripada ku?

Aku penat duhai hati,
Dengan kerja, dengan belajar, dengan cinta,
Dengan semua nya,
Tiap hari aku cuba ubati luka sendiri,
Tiap hari aku cuba positifkan diri semampu ku,
Tiap hari aku cuba senyum, walau terpaksa,
Tapi sampai bila?
Aku penat. Engkau dan Tuhan ku saja yang mengerti,

Kalau begitu kenapa tidak kau mohon kepada Tuhan,
Pohon penyelesaian untuk segala masalah mu,
Engkau pun tahu dia selalu ada kan?

Aku cuba duhai hati,
Aku tahu aku ada Tuhan ku yang maha mendengar lagi maha penyayang,
Dia tak mungkin menguji umat nya lebih dari apa yang umat nya mampu.

Engkau malas, 
Itu sahaja.

Duhai si penulis,
Banyak kan la bersabar,
Engkau tidak luahkan pun sudah ku tahu apa masalah mu,
Sakit ini tidak akan lama,
Cuba bertahan sedikit sahaja lagi,
Engkau mampu,

Aku percaya,
Engkau kuat untuk tempuh dugaan hari ini,
Dalam kau dilanda masalah,
Cuba kau renung sejenak,
Apa yang kau ada hari ni, dengan apa yang orang lain miliki hari ini,
Nescaya engkau akan merasa sangat bersyukur,
Ribut dugaan orang lain lagi hebat dari apa yang kau rasakan sekarang.

Tentang cinta mu,
Banyak kan la bersabar,
Redha dengan takdir mu,
Jangan kau siksa diri mu,
Andai ada takdir mu dengan dia,
Bersatu juga akhirnya,

Wah duhai hati,
Puitis sungguh kata-kata mu malam ini.

Setiap apa yang engkau fikirkan,
Semua datang daripada ku juga,
Apa yang kau hairankan tentang itu.

Sudah la duhai si penulis,
Berhenti la berduka,
Tunjuk kan dimana kuat mu,
Sampai bila engkau nak jatuh sebegini,

Aku akan cuba,
Terima kasih duhai hati kerana ada untuk ku tiap masa.

Selamat Malam. Semoga kita 'berjumpa' lagi esok hari. InshaAllah.

Sunday, May 20, 2018

Impian dan khayalan #PartRamadhan

"Tiada lagi cinta, tinggal aku sendiri, menahan rasa sakit ini,
Pedih,
Pergi la engkau pergi, Jangan pernah kembali,
Biar ku pujuk hati sepi"

Duhai si penulis,
Engkau berduka lagi?

Tidak duhai hati,
Aku baik-baik saja.

Tak perlu la kau membohongi ku duhai si penulis.
Setiap apa yang kau rasa sudah sedia ku maklum.
Tapi tidak mengapa, Aku faham,
Engkau tidak mahu tunjukkan sangat yang engkau selalu jatuh.

Terima kasih kerana faham duhai hati.
Kali ini aku tidak ingin bercakap tentang hati perasaan aku sahaja,
Ingin aku berbicara dengan mu tentang Ramadhan.

Ya, Itu yang terbaik,
Apa yang mahu kau luahkan kali ini duhai si penulis?

Malam ini dah malam ke-5 Ramadhan,
Sekejap sangat rasa nya masa berlalu,
Seperti baru semalam hari pertama umat manusia berpuasa,

Ya si penulis,
Masa sekarang dan masa lalu sama saja kecepatannya,
Tapi bila engkau tertinggal bazirkan waktu kau walaupun 1 saat dengan perkara yang sia-sia,
Engkau akan merasa masa itu cepat,
Engkau akan merasa masa itu berlalu tanpa mampu kau lakukan sesuatu yang berguna,
Mengerti kah engkau, masa yang dah berlalu takkan datang kembali?

Ya, aku faham duhai hati,
Baru saja aku luahkan sedikit,
Panjang sungguh engkau membalas nya,

Aku ingatkan kau sedemikian kerana engkau banyak bazirkan waktu,
Waktu yang lalu kau gunakan untuk perkara yang sia-sia.
Untuk perkara yang tidak menolong mu esok hari,
Sampai bila kau nak jadi begitu?

Aku cuba,
Aku cuba untuk berubah duhai hati,
Kau pun tahu itu,
Tapi apakan daya, aku ni bukan la sesiapa yang kuat jiwanya,
Aku ni sekadar insan yang lemah pegangannya,
Tapi itu tak menghalang aku untuk terus mencuba,
Kerana aku tahu tuhan akan menolong umatnya,
Yang betul inginkan perubahan ke arah yang lebih baik.

Aku gembira jika itu niat mu,

Tapi di waktu yang sama aku sedih duhai hati,
Ramadhan datang setahun tu 30 hari sahaja,
Tapi kenapa manusia yang lahir sebagai islam susah untuk memahami apa itu Ramadhan yang sebenar?
Mereka sedar, Berpuasa di bulan Ramadhan ini amalan yang wajib,
Mereka sedar, 1 hari tinggalkan amalan puasa ini, berlipat kali ganda dosanya,
Mereka sedar, setiap amalan baik di bulan mulia ini, berlipat kali ganda pahalanya,

Tetapi kenapa mereka masih memperlekehkan Ramadhan?
Bahkan mereka langsung tidak usaha untuk manfaatkan setiap saat di bulan ini.

Aku bukan la baik,
Aku bukan la seorang yang maksum dari dosa,
Aku lebih banyak dosa dari pahala,
Tapi sekurang-kurang nya aku sedar yang mana dosa yang mana ganjaran pahala.

Tetapi mereka?
Bercakap tentang amalan pahala mengalahkan ulama',
Suara mereka lantang sehingga kan tiada siapa yang mampu menentang,
Tapi amalan wajib sedemekian mereka main-main kan,
Rukun islam ke-3 itu mereka pandang sebelah mata sahaja,
Masih lagi mengaku sebagai seorang islam?

Aku doa kan mereka berubah,
Aku doa kan mereka sedar apa yang mereka lakukan,
Dosa kita yang lampau dah terlalu banyak,
Sama-sama la kita hapuskan dosa-dosa itu sedikit demi sedikit,

Mati tak mengenal usia,
Boleh jadi hari ini,
Boleh jadi esok,
Boleh jadi lama lagi jangka nya,

Tetapi siap kah kita untuk dijemput tuhan?
Di akhirat kelak tuhan tidak bertanya kepada mu macam mana lantang nya suara mu,
Bercakap tentang ibadat, bercakap tentang dosa pahala,
Sedangkan engkau sendiri terpesong sedikit mahu pon jauh dari agama mu,

Nukilan ku ini bukan untuk mengadili manusia lain,
Cukup la sekadar peringatan untuk ku,
Agar tidak terpesong sama seperti mereka,
Aku cuba doa kan, agar mereka berubah,
Itu saja 'suara' yang mampu aku lontarkan kali ini.












Duhai teman,
Ramadhan tidak selalu nya berkunjung menemui kita,
Manfaatkan la sebaiknya Ramadhan kali ini,
Gunakan sebaiknya masa yang ada,
Bersyukur la tuhan masih lagi temukan kita dengan Ramadhan kali ini.

Selamat menyambut bulan Ramadhan 1439H, 2018.

Saturday, April 14, 2018

Impian dan khayalan #Part38

Selamat pagi duhai si penulis,
Sekian lama kau tidak kemari,
Pagi ini kau muncul disini,

Selamat pagi duhai hati,
Begitu banyak ingin aku kongsikan dengan mu,
Biar pun kau sudah mengetahui apa yang ingin aku luahkan,
Namun masih ingin aku katakan apa yang aku rasa,

Ya aku tahu duhai si penulis,
Aku juga adalah kamu,
Kita tidak ada bezanya,
Cuma kamu dalam bentuk jasad,
Manakala aku ini hanya berlegar di alam khayalan kau sahaja,

Apa yang ingin kau coretkan disini kali ini?
Apakah bentuk amarah kali ini yang ingin kau hamburkan?

Aku tak rasa aku ingin meluahkan marah ku kali ini,
Semua marah itu sudah hilang sedikit demi sedikit,
Namun tak semua mampu ku lupakan,

Benarlah seperti yang di janjikan,
Sampai masa,
Dia tunjukkan apa yang perlu hamba nya tahu,
Sampai masa,
Dia sampaikan apa yang perlu hamba nya lakukan,

Allah tidak menguji hamba nya saja-saja,
Pasti ada hikmah dan asbab disebaliknya,
Allah uji kita,
Kerna Dia rindu akan rintihan kita dikala kita jatuh,
Kerna Dia tahu manusia ini dikala senang lupa siapa pencipta mereka,

Apa yang terjadi semalam,
Aku jadikan pengajaran,
Walaupon sudah berapa kali aku diuji sebegini,
Tapi aku cuba untuk gagah,
Walaupon semua semangat ku hilang sekelip mata,
Tapi aku cuba untuk mencari kembali apa yang aku perlukan disaat ini,

Aku tidak salahkan dia,
Apa saja yang dia buat,
Cuba aku maafkan seikhlas yang aku mampu,
Kerna aku tahu, dia juga sama sahaja seperti aku,
Manusia yang lemah dan tak lari dari silap.

Apa yang aku harap,
Dia mampu berubah kembali kepada diri nya yang dulu,
Apa yang aku harap,
Rasa yang berputik kembali,
Tidak akan berubah lagi hingga ke akhirnya.
InshaAllah.

Aku betulkan niat ku,
Semoga urusan kami hari ini dan esok nya dipermudahkan.

Aku bangga dengan kau kali ini duhai si penulis,
Semoga kau terus tabah, 
Teruskan la niat mu menjadi orang yang baik-baik,
Walau pon kau selalu dipijak,
Walau pon kau selalu dihina,

Terima Kasih duhai hati.
Kau setia menjadi penemanku.


Friday, March 9, 2018

Latest Favor Song.


This song quite nice.
Nice nya sampai aku terasa nak share kat sini,
Because of since last night i can't stop hitting repeat button,
Nasib baik time tido tangan takleh bergerak sendiri tekan repeat. LOL





I'm not going to review what is this song about,
Who make this song, who compose this song,
Just sharing,
Since i'm too lazy to write something.
Banyak lagi kerja lain. Bye
Kau bukak kat sini atau youtube,
Kau layan je la lagu tu. 

Impian dan khayalan #Part37

Hai si penulis,
Adakah akau mahu menulis tentang bagaimana sakit nya kau lagi?
Adakah kali ini masih akan sama seperti sebelum?

Ya duhai hati,
Disini tempat luah kan kesedihan ku,
Apakah itu menjadi masalah kepada mu?

Tidak duhai si penulis,
Apa saja mahu kau coretkan disini,
Itu hak mu,
Aku tiada kuasa untuk menghalang.

Tapi tidakkah kau merasa jemu?

Jemu atau tidak apa lagi mahu ku katakan?
Penat atau tidak apa lagi boleh aku buat?
Aku tidak tahu bila semua ini akan berakhir.
Aku tidak tahu, bila di akhirnya aku mampu menarik nafas lega,
Tanpa ada sebarang rasa sangsi dalam diri.

Duhai si penulis,
Sudah aku nasihat sebelum ini pada mu,
Cuba la kau ketepikan dulu soal itu,
Aku tau apa yang berada di minda mu sekarang,
Aku cukup tahu.

Bukan la aku mahu menghasut supaya kau buat sesuatu yang buruk,
Aku kesian pada mu,
Hari-hari mu penuh dengan rasa resah,
Hari-hari kau benarkan dia bertakhta dalam diri mu,
Mungkin ini ujian pada mu,
Kau fikir la yang terbaik untuk hidup mu,
Hari ini, mahupun esok.

Aku cuba,
Tapi apa boleh aku cakapkan sekarang,
Aku rasa aku dah penat,
Segala benda aku penat,
Aku tak tahu dimana silapnya,
Mungkin silap itu dari aku,
Entah la duhai hati.
Aku keliru.
Apa perlu aku buat?

Berehat la duhai si penulis,
Tenangkan hati mu untuk malam ini,
Berdoa la agar hari esok bawa berita gembira kepada mu.
Ingat,
Kau masih banyak lagi benda yang hendak di selesaikan.

Selamat Malam Hati,
Semoga kita sama-sama kuat.

Sunday, March 4, 2018

Impian dan khayalan #Part36

Hai si penulis,
Aku harap engkau baik-baik sahaja kali ini.
Walaupun aku tahu engkau akan ke sini tatkala masalah datang pada mu,
Sama seperti kau melupakan tuhan mu dikala kau senang.

Aku masih tak berkata apa lagi,
Terlebih dulu kau memerli ku.

Benarkan kata ku?

Ya kau benar duhai hati,
Tiada yang lebih memahami ku,
Melainkan mu dan tuhan ku.

Bagus lah andai kau mengerti,
Tidak perlu ku katakan lebih banyak lagi silap mu,

Aku keliru duhai hati,
Aku tak tahu mana perlu ku utamakan lagi,
Banyak tanggungjawab ku sekarang aku perlu penuhi,
Boleh kah kau hulurkan sedikit nasihat kepada ku tentang itu?

Jikalau hari ini kau tak mampu tangani masalah-masalah itu,
Macam mana kau nak berdepan dengan masalah yang akan datang?
Kau harus sedar,
Hidup ini makin hari makin mencabar,
Tangungjawab juga makin besar,
Hari ini kau hanya memikirkan diri mu sahaja,
Esok hari kau harus memikirkan perihal orang lain lagi,
Kau faham maksud ku.

Menjawab kepada persoalan mu,
Kau utamakan la dulu apa yang perlu,
Apa yang penting dalam hidup mu,
Jangan la kau sia kan masa, hati dan perasaan mu kepada yang sia-sia,
Ingat la,
Ibubapa mu menaruh harapan tinggi pada mu,
Ku mohon,
Jangan la sesekali hampakan mereka,
Mereka la yang setia bersama mu,
Dari kau kecil hingga la sekarang,
Dari kau rebah hingga kau mampu berdiri semula,
Dari kau jatuh hingga kau mampu berlari kembali.

Fikir-fikir kan la duhai si penulis,
Jangan la difikirkan sangat tentang hal yang esok hari pon kita tidak tahu apa kesudahannya,
Aku harap kau berjaya.

Terima kasih duhai hati.


Tuesday, February 13, 2018

Impian dan khayalan #Part35


Disini engkau wahai si penulis,
Kenapa sebegitu jauh kau campak kan aku,
Sehingga ke kampung halaman sana jauhnya,

Memang disana tempat mu duhai hati,
Tidak kah kau sedar,
Jasad ku mungkin disini,
Hati ku? Fikiran ku?
Engkau tak perlu bertanya soalan sebegitu kepada ku tadi,
Tatkala kau sudah mengetahui kenapa aku sedemikian.

Ya, aku tau setiap sudut hati mu duhai si penulis,
Aku tau setiap perasaan mu semalam, sekarang mahu pon akan datang,
Tapi tidak kah kau sedar,
Aku tau segalanya, 
Setiap yang besar mahupon yang kecil dalam diri mu aku sedia maklum.
Tapi apa yang aku boleh bantu?
Dengan luahan sebegini, mungkin boleh.
Selebihnya? 
Pergi bentangkan sajadah kecil dibelakang mu itu,
Pergi ambil wudhu', tunaikan yang sunat,
Mintak la petunjuk dan ketenangan dari-Nya,

Bukan la aku tidak mahu berbuat sedemikian,
Kau pon tahu aku macam mana,
Yang wajib pon boleh aku tinggal,
Apatah lagi mahu laksanakan yang sunat?

Itu la silap mu,
Malas untuk mintak tolong dari Allah,
Bila mana Dia suka umatnya sentiasa merayu mencari-Nya,
Dikala susah senang, Tuhan mu sentiasa ada tidak mengira masa,
Yang lepas tu bawa la bertaubat,
Pintu keampunan itu sentiasa terbuka,
Tapi jangan sampai terlambat,
Kau faham kan apa maksud ku?

Ya Aku faham......

Bagus, tidak perlu la aku teruskan lagi nasihat ala-ala tazkirah ku ini.
Sebab nya, bukan itu yang mahu kau dengar dari ku bukan?
Anggap la nasihat ku di atas tadi sekadar renungan untuk diri mu.
Ingat, yang wajib itu tetap wajib selagi kau seorang islam.

Ya Aku ingat.....

Duhai si penulis,
Kenapa kau harus siksa diri mu demi menjaga hati orang lain,
Kenapa harus kau siksa jiwa mu hanya kerana sebuah hubungan ini?
Kau selalu begitu, tidak menjadikan masa silam mu sebagai pengajaran.

Ya, sebab aku kurang pandai dalam hal ini,
Aku terus memikirkan hal sekecil itu sehingga hati ku sendiri tak terjaga,
Aku siksa jiwa ku sendiri kerana aku sayang kan hubungan ini,
Aku sayang dia, tiada lain bagi diri ku hanya dia,
Tiap hari aku tanamkan niat untuk menjadikan dia halal bagi ku,
Tetapi kenapa aku selalu kalah dalam setiap hal?

Aku cuba bertolak angsur dalam semua benda,
Aku cuba memberikan kepercayaan ku sepenuhnya kepada dia,
Aku cuba buang sangka buruk ini dari diriku,
Tetapi apa yang ku dapat di akhirnya?
Aku terasa dilayan seperti orang bodoh.
Tak ubah seperti itu.

Aku hanya minta kejujuran,
Hanya itu yang aku mintak,
Kalau sudah bosan dengan aku, silakan bersuara!
Kalau sudah temui kebahagiaan tanpa ku, jangan segan untuk berkata sedemikian!

Aku tak ingin sakit lagi dalam hubungan,
Aku tak ingin kalah lagi dalam hubungan,
Aku tak ingin lagi hati ini disalah gunakan begitu sahaja.

Andai aku bukan pilihan nya lagi,
Aku terima, Aku redha, Aku pasrah,
Anggap la tiada jodoh,
Anggap la Tuhan dah tetapkan yang terbaik,
Untuk dia, bahkan untuk aku.

Kalau dia rasa kegembiraan baru yang dia temui sekarang mampu menggantikan diri ku,
Apa lagi mampu ku katakan?
Andai nya dia fikir dengan berubah sebegitu mampu menjamin kebahagiaan dia esok hari,
Silakan, aku tidak menghalang.
Tapi ingin aku katakan, Tuhan itu maha adil,
Tuhan itu maha bijaksana,
Apa yang kau sakitkan orang lain hari ini,
Kau akan rasakan esok hari, Lambat atau cepat,
Pegang la kata-kata ku ini.

Duhai si penulis,
Malam ini lain sikit gaya mu,
Ada sedikit sedih, sedikit marah,
Dan sedikit ego.

Ya aku harus tanamkan ego dalam diri ku sendiri,
Kerana aku sedar,
Tanpa ego, aku sering dipijak.

Ya si penulis,
Kau harus kuat dengan pendirian mu,
Jangan sampai hanya kerana hal sedemikian,
Kau abaikan tanggungjawab lain.

Duhai si penulis,
Sedar la engkau,
Engkau ada matlamat yang lagi penting hendak kau tuju,
Jangan biarkan hal sedemikian mengganggu pandangan hala tuju mu,
Sudahkan dulu yang penting,
Seperti yang kau juga katakan tadi,
Hal hubungan ini serahkan pada Tuhan,
Jangan difikirkan sangat seperti mana kau yang sebelum ini,
Dia dah tetapkan setiap jodoh bahkan ajal mu,

Terima kasih untuk nasihat itu wahai peneman setia,


Tuesday, January 30, 2018

Impian dan khayalan #Part34

Duhai hati,
Mampukah kau bertahan?
Duhai hati, mampukah kau masih terus teguh disaat ujian tak berhenti menimpa mu?

Wahai si penulis,
Kebiasaannya aku akan kau seru awal-awal coretan lagi,
Kali ini tampak berbeza,
Apa yang kau rungutkan itu?
Tidak kah mahu kau berkongsi dengan ku?

Apa kah kau rasa dengan berkongsi masalah ku dengan mu mampu redakan sakit ini?

Aku hanya mampu menjadi peneman mu,
Aku hanya mampu menjadi pendengar setia mu,
Aku hanya mampu menjadi penasihat mu,
Yang mengubah, melegakan, dan redakan resah itu adalah dari diri mu sendiri.
Apa kah kau faham maksud ku?

Ya aku faham.
Maafkan aku.

Tidak mengapa, aku faham fikiran mu sedang keliru,
Aku tau minda mu masih lagi celaru,
Luahkan saja, Aku sedia mendengar.

Apa kau faham tentang kepercayaan?
Apa kau faham erti sayang?
Apa kau faham erti beratnya menanggung derita keseorangan?
Apa kau faham bila kau mengharapkan sokongan, tapi tiada siapa sudi meneman mu?
APA YANG KAU FAHAM!!

Apa yang kau faham bila tiap masa kau fikirkan seseorang?
Apa yang kau faham bila orang lain langsung tak faham apa yang sedang kau fikirkan?
Apa yang kau faham bila kau takut untuk menghadapi masa depan yang kau jangkakan tidak seindah seperti yang kau harapkan!!!!

..................
.........................
.................................

Duhai si penulis,
Aku faham, Aku mengerti,
Tidak perlu kau luahkan sebagaimana ingin kau luahkan pada orang yang kau sayang.

Duhai si penulis,
Ingin aku katakan,
Kau sebenarnya kuat untuk tempuh apa saja dugaan yang datang,
Kau sebenarnya mampu,
Tapi tidak kah kau sedar,
Tidak kah pernah kau terfikir,
Hati mu selalu resah,
Jiwa mu selalu gundah gulana,
Ya, tidak perlu aku katakan lebih lanjut,
Kau tau apa silap mu,
Susah Senang mu tidak kau serah kepada Tuhan mu,

Seperti kebiasaan, banyakkan bersabar duhai si penulis,
Sentiasa la positif kan minda mu,
Tiap yang jadi tiada yang sia-sia tujuannya.
Pasti ada hikmah nya,

Aku tahu kau sedang lapar bukan?
Kenapa harus siksa diri mu sedemikian,
Pergi la keluar cari sedikit makanan untuk perut mu,
Jangan biar kan ia kosong,
Lebih baik kau kosongkan saja pemikiran mu,
Tidak perlu lah kau memikirkan lagi apa yang akan terjadi esok hari.
Kau dah cuba merancang, tapi tuhan mu yang menentukan segala.

Selamat malam duhai si penulis,
Semoga kau baik-baik saja.

Terima Kasih sudi menjadi peneman ku malam ini.