Saturday, April 14, 2018

Impian dan khayalan #Part38

Selamat pagi duhai si penulis,
Sekian lama kau tidak kemari,
Pagi ini kau muncul disini,

Selamat pagi duhai hati,
Begitu banyak ingin aku kongsikan dengan mu,
Biar pun kau sudah mengetahui apa yang ingin aku luahkan,
Namun masih ingin aku katakan apa yang aku rasa,

Ya aku tahu duhai si penulis,
Aku juga adalah kamu,
Kita tidak ada bezanya,
Cuma kamu dalam bentuk jasad,
Manakala aku ini hanya berlegar di alam khayalan kau sahaja,

Apa yang ingin kau coretkan disini kali ini?
Apakah bentuk amarah kali ini yang ingin kau hamburkan?

Aku tak rasa aku ingin meluahkan marah ku kali ini,
Semua marah itu sudah hilang sedikit demi sedikit,
Namun tak semua mampu ku lupakan,

Benarlah seperti yang di janjikan,
Sampai masa,
Dia tunjukkan apa yang perlu hamba nya tahu,
Sampai masa,
Dia sampaikan apa yang perlu hamba nya lakukan,

Allah tidak menguji hamba nya saja-saja,
Pasti ada hikmah dan asbab disebaliknya,
Allah uji kita,
Kerna Dia rindu akan rintihan kita dikala kita jatuh,
Kerna Dia tahu manusia ini dikala senang lupa siapa pencipta mereka,

Apa yang terjadi semalam,
Aku jadikan pengajaran,
Walaupon sudah berapa kali aku diuji sebegini,
Tapi aku cuba untuk gagah,
Walaupon semua semangat ku hilang sekelip mata,
Tapi aku cuba untuk mencari kembali apa yang aku perlukan disaat ini,

Aku tidak salahkan dia,
Apa saja yang dia buat,
Cuba aku maafkan seikhlas yang aku mampu,
Kerna aku tahu, dia juga sama sahaja seperti aku,
Manusia yang lemah dan tak lari dari silap.

Apa yang aku harap,
Dia mampu berubah kembali kepada diri nya yang dulu,
Apa yang aku harap,
Rasa yang berputik kembali,
Tidak akan berubah lagi hingga ke akhirnya.
InshaAllah.

Aku betulkan niat ku,
Semoga urusan kami hari ini dan esok nya dipermudahkan.

Aku bangga dengan kau kali ini duhai si penulis,
Semoga kau terus tabah, 
Teruskan la niat mu menjadi orang yang baik-baik,
Walau pon kau selalu dipijak,
Walau pon kau selalu dihina,

Terima Kasih duhai hati.
Kau setia menjadi penemanku.


No comments:

Post a Comment