Rajin pula kau menaip malam ni si penulis,
Gerangan apa kamu ke sini kali ini?
Kerana aku tak mampu tafsirkan apa yang kau rasa,
Bercampur sekali perasaan mu.
Duhai hati,
Aku ni bukan la seorang yang rajin,
Engkau pun tahu itu,
Ya aku faham,
Tentang apa kali ini yang engkau perlukan nasihat daripada ku?
Aku penat duhai hati,
Dengan kerja, dengan belajar, dengan cinta,
Dengan semua nya,
Tiap hari aku cuba ubati luka sendiri,
Tiap hari aku cuba positifkan diri semampu ku,
Tiap hari aku cuba senyum, walau terpaksa,
Tapi sampai bila?
Aku penat. Engkau dan Tuhan ku saja yang mengerti,
Kalau begitu kenapa tidak kau mohon kepada Tuhan,
Pohon penyelesaian untuk segala masalah mu,
Engkau pun tahu dia selalu ada kan?
Aku cuba duhai hati,
Aku tahu aku ada Tuhan ku yang maha mendengar lagi maha penyayang,
Dia tak mungkin menguji umat nya lebih dari apa yang umat nya mampu.
Engkau malas,
Itu sahaja.
Duhai si penulis,
Banyak kan la bersabar,
Engkau tidak luahkan pun sudah ku tahu apa masalah mu,
Sakit ini tidak akan lama,
Cuba bertahan sedikit sahaja lagi,
Engkau mampu,
Aku percaya,
Engkau kuat untuk tempuh dugaan hari ini,
Dalam kau dilanda masalah,
Cuba kau renung sejenak,
Apa yang kau ada hari ni, dengan apa yang orang lain miliki hari ini,
Nescaya engkau akan merasa sangat bersyukur,
Ribut dugaan orang lain lagi hebat dari apa yang kau rasakan sekarang.
Tentang cinta mu,
Banyak kan la bersabar,
Redha dengan takdir mu,
Jangan kau siksa diri mu,
Andai ada takdir mu dengan dia,
Bersatu juga akhirnya,
Wah duhai hati,
Puitis sungguh kata-kata mu malam ini.
Setiap apa yang engkau fikirkan,
Semua datang daripada ku juga,
Apa yang kau hairankan tentang itu.
Sudah la duhai si penulis,
Berhenti la berduka,
Tunjuk kan dimana kuat mu,
Sampai bila engkau nak jatuh sebegini,
Aku akan cuba,
Terima kasih duhai hati kerana ada untuk ku tiap masa.
Selamat Malam. Semoga kita 'berjumpa' lagi esok hari. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment