Tuesday, February 13, 2018

Impian dan khayalan #Part35


Disini engkau wahai si penulis,
Kenapa sebegitu jauh kau campak kan aku,
Sehingga ke kampung halaman sana jauhnya,

Memang disana tempat mu duhai hati,
Tidak kah kau sedar,
Jasad ku mungkin disini,
Hati ku? Fikiran ku?
Engkau tak perlu bertanya soalan sebegitu kepada ku tadi,
Tatkala kau sudah mengetahui kenapa aku sedemikian.

Ya, aku tau setiap sudut hati mu duhai si penulis,
Aku tau setiap perasaan mu semalam, sekarang mahu pon akan datang,
Tapi tidak kah kau sedar,
Aku tau segalanya, 
Setiap yang besar mahupon yang kecil dalam diri mu aku sedia maklum.
Tapi apa yang aku boleh bantu?
Dengan luahan sebegini, mungkin boleh.
Selebihnya? 
Pergi bentangkan sajadah kecil dibelakang mu itu,
Pergi ambil wudhu', tunaikan yang sunat,
Mintak la petunjuk dan ketenangan dari-Nya,

Bukan la aku tidak mahu berbuat sedemikian,
Kau pon tahu aku macam mana,
Yang wajib pon boleh aku tinggal,
Apatah lagi mahu laksanakan yang sunat?

Itu la silap mu,
Malas untuk mintak tolong dari Allah,
Bila mana Dia suka umatnya sentiasa merayu mencari-Nya,
Dikala susah senang, Tuhan mu sentiasa ada tidak mengira masa,
Yang lepas tu bawa la bertaubat,
Pintu keampunan itu sentiasa terbuka,
Tapi jangan sampai terlambat,
Kau faham kan apa maksud ku?

Ya Aku faham......

Bagus, tidak perlu la aku teruskan lagi nasihat ala-ala tazkirah ku ini.
Sebab nya, bukan itu yang mahu kau dengar dari ku bukan?
Anggap la nasihat ku di atas tadi sekadar renungan untuk diri mu.
Ingat, yang wajib itu tetap wajib selagi kau seorang islam.

Ya Aku ingat.....

Duhai si penulis,
Kenapa kau harus siksa diri mu demi menjaga hati orang lain,
Kenapa harus kau siksa jiwa mu hanya kerana sebuah hubungan ini?
Kau selalu begitu, tidak menjadikan masa silam mu sebagai pengajaran.

Ya, sebab aku kurang pandai dalam hal ini,
Aku terus memikirkan hal sekecil itu sehingga hati ku sendiri tak terjaga,
Aku siksa jiwa ku sendiri kerana aku sayang kan hubungan ini,
Aku sayang dia, tiada lain bagi diri ku hanya dia,
Tiap hari aku tanamkan niat untuk menjadikan dia halal bagi ku,
Tetapi kenapa aku selalu kalah dalam setiap hal?

Aku cuba bertolak angsur dalam semua benda,
Aku cuba memberikan kepercayaan ku sepenuhnya kepada dia,
Aku cuba buang sangka buruk ini dari diriku,
Tetapi apa yang ku dapat di akhirnya?
Aku terasa dilayan seperti orang bodoh.
Tak ubah seperti itu.

Aku hanya minta kejujuran,
Hanya itu yang aku mintak,
Kalau sudah bosan dengan aku, silakan bersuara!
Kalau sudah temui kebahagiaan tanpa ku, jangan segan untuk berkata sedemikian!

Aku tak ingin sakit lagi dalam hubungan,
Aku tak ingin kalah lagi dalam hubungan,
Aku tak ingin lagi hati ini disalah gunakan begitu sahaja.

Andai aku bukan pilihan nya lagi,
Aku terima, Aku redha, Aku pasrah,
Anggap la tiada jodoh,
Anggap la Tuhan dah tetapkan yang terbaik,
Untuk dia, bahkan untuk aku.

Kalau dia rasa kegembiraan baru yang dia temui sekarang mampu menggantikan diri ku,
Apa lagi mampu ku katakan?
Andai nya dia fikir dengan berubah sebegitu mampu menjamin kebahagiaan dia esok hari,
Silakan, aku tidak menghalang.
Tapi ingin aku katakan, Tuhan itu maha adil,
Tuhan itu maha bijaksana,
Apa yang kau sakitkan orang lain hari ini,
Kau akan rasakan esok hari, Lambat atau cepat,
Pegang la kata-kata ku ini.

Duhai si penulis,
Malam ini lain sikit gaya mu,
Ada sedikit sedih, sedikit marah,
Dan sedikit ego.

Ya aku harus tanamkan ego dalam diri ku sendiri,
Kerana aku sedar,
Tanpa ego, aku sering dipijak.

Ya si penulis,
Kau harus kuat dengan pendirian mu,
Jangan sampai hanya kerana hal sedemikian,
Kau abaikan tanggungjawab lain.

Duhai si penulis,
Sedar la engkau,
Engkau ada matlamat yang lagi penting hendak kau tuju,
Jangan biarkan hal sedemikian mengganggu pandangan hala tuju mu,
Sudahkan dulu yang penting,
Seperti yang kau juga katakan tadi,
Hal hubungan ini serahkan pada Tuhan,
Jangan difikirkan sangat seperti mana kau yang sebelum ini,
Dia dah tetapkan setiap jodoh bahkan ajal mu,

Terima kasih untuk nasihat itu wahai peneman setia,


No comments:

Post a Comment