Friday, March 9, 2018

Impian dan khayalan #Part37

Hai si penulis,
Adakah akau mahu menulis tentang bagaimana sakit nya kau lagi?
Adakah kali ini masih akan sama seperti sebelum?

Ya duhai hati,
Disini tempat luah kan kesedihan ku,
Apakah itu menjadi masalah kepada mu?

Tidak duhai si penulis,
Apa saja mahu kau coretkan disini,
Itu hak mu,
Aku tiada kuasa untuk menghalang.

Tapi tidakkah kau merasa jemu?

Jemu atau tidak apa lagi mahu ku katakan?
Penat atau tidak apa lagi boleh aku buat?
Aku tidak tahu bila semua ini akan berakhir.
Aku tidak tahu, bila di akhirnya aku mampu menarik nafas lega,
Tanpa ada sebarang rasa sangsi dalam diri.

Duhai si penulis,
Sudah aku nasihat sebelum ini pada mu,
Cuba la kau ketepikan dulu soal itu,
Aku tau apa yang berada di minda mu sekarang,
Aku cukup tahu.

Bukan la aku mahu menghasut supaya kau buat sesuatu yang buruk,
Aku kesian pada mu,
Hari-hari mu penuh dengan rasa resah,
Hari-hari kau benarkan dia bertakhta dalam diri mu,
Mungkin ini ujian pada mu,
Kau fikir la yang terbaik untuk hidup mu,
Hari ini, mahupun esok.

Aku cuba,
Tapi apa boleh aku cakapkan sekarang,
Aku rasa aku dah penat,
Segala benda aku penat,
Aku tak tahu dimana silapnya,
Mungkin silap itu dari aku,
Entah la duhai hati.
Aku keliru.
Apa perlu aku buat?

Berehat la duhai si penulis,
Tenangkan hati mu untuk malam ini,
Berdoa la agar hari esok bawa berita gembira kepada mu.
Ingat,
Kau masih banyak lagi benda yang hendak di selesaikan.

Selamat Malam Hati,
Semoga kita sama-sama kuat.

No comments:

Post a Comment