Sunday, March 4, 2018

Impian dan khayalan #Part36

Hai si penulis,
Aku harap engkau baik-baik sahaja kali ini.
Walaupun aku tahu engkau akan ke sini tatkala masalah datang pada mu,
Sama seperti kau melupakan tuhan mu dikala kau senang.

Aku masih tak berkata apa lagi,
Terlebih dulu kau memerli ku.

Benarkan kata ku?

Ya kau benar duhai hati,
Tiada yang lebih memahami ku,
Melainkan mu dan tuhan ku.

Bagus lah andai kau mengerti,
Tidak perlu ku katakan lebih banyak lagi silap mu,

Aku keliru duhai hati,
Aku tak tahu mana perlu ku utamakan lagi,
Banyak tanggungjawab ku sekarang aku perlu penuhi,
Boleh kah kau hulurkan sedikit nasihat kepada ku tentang itu?

Jikalau hari ini kau tak mampu tangani masalah-masalah itu,
Macam mana kau nak berdepan dengan masalah yang akan datang?
Kau harus sedar,
Hidup ini makin hari makin mencabar,
Tangungjawab juga makin besar,
Hari ini kau hanya memikirkan diri mu sahaja,
Esok hari kau harus memikirkan perihal orang lain lagi,
Kau faham maksud ku.

Menjawab kepada persoalan mu,
Kau utamakan la dulu apa yang perlu,
Apa yang penting dalam hidup mu,
Jangan la kau sia kan masa, hati dan perasaan mu kepada yang sia-sia,
Ingat la,
Ibubapa mu menaruh harapan tinggi pada mu,
Ku mohon,
Jangan la sesekali hampakan mereka,
Mereka la yang setia bersama mu,
Dari kau kecil hingga la sekarang,
Dari kau rebah hingga kau mampu berdiri semula,
Dari kau jatuh hingga kau mampu berlari kembali.

Fikir-fikir kan la duhai si penulis,
Jangan la difikirkan sangat tentang hal yang esok hari pon kita tidak tahu apa kesudahannya,
Aku harap kau berjaya.

Terima kasih duhai hati.


No comments:

Post a Comment