Tuesday, November 21, 2017

Impian dan khayalan #PartKelahiran

Hai si penulis,
Setelah sekian lama kau menyepi dari ku,
Kini kau muncul kembali?
Ku andaikan kau ada masalah kali ini.
Apakah itu?

Maaf, Aku sedikit sibuk sedikit sejak akhir-akhir ini,
Tidak berkesempatan untuk berkongsi apa yang aku lalui dengan mu,
Masalah? Apa kah kau tau manusia mana yang tidak mempunyai masalah?
Apa kah kau tahu siapa yang sentiasa hidupnya di huni pelangi nan indah,
Tanpa ada sedikit guruh menganggu hari-hari nya?

Ok maafkan aku atas sindiran sinis ku tadi,
Aku tidak berniat sedemikian,
Tapi itu lumrah hidup mu,
Kau datang ke sini bila kau resah gelisah,
Benar atau tidak kata ku ini?

Ya engkau benar,
Tapi tidak kali ini,
Aku mempunyai banyak masalah,
Tapi biar lah sesekali aku berkongsi kegembiraan dengan mu,
Sanggupkah engkau mendengar?

Soalan mu itu ibarat menggambarkan aku mempunyai pilihan saja,
Maaf aku hanya bergurau,
Aku sentiasa sedia ada untuk mu,
Tatkala kau sedih mahupon bahagia,
Engkau pon tahu hal demikian,

Terima kasih, Aku sangat hargai,
Umurku dah meningkat satu angka sebentar tadi,
Aku dah 25. Engkau tahu kan?

Ya, Aku tahu tentang itu,
Tak hairanlah kalau kau sedikit gembira malam ini,
Semoga rahmat tuhan mengiringi mu lepas ni,

Kenapa kau mengatakan aku gembira?
Adakah riak wajahku terlalu menampakkan aku sedang berbahagia?

Ya, Aku juga mengetahui kau sedang sedih,
Tapi bukan kah kau berjanji kau hendak berkongsi berita gembira dengan ku?

Baiklah, Aku gembira,
Aku bersyukur dengan apa yang aku ada,
Aku sentiasa bersyukur,
Tak kira rezeki kecil mahu pon besar,
Dikala aku kesempitan,
Tuhan sentiasa ada menolong ku,
Dengan mengutuskan insan yang paling aku sayang dalam hidup ku untuk sentiasa menyokong dan ada dengan ku dikala aku susah,
Aku bersyukur,
Dikala aku kesusahan kewangan,
Tuhan tunjukkan jalan untuk aku usahakan sendiri,
Bagaimana aku boleh hidup dalam masalah itu,
Setiap yang jadi ada hikmah nya,
Aku selalu tanamkan falsafah itu dalam diri ku,
Untuk aku tidak mudah jatuh bila ditimpa sekecil-kecil musibah.

Bagus la macam tu,
Aku tau kau tidak luahkan semua yang kau rasakan sekarang,
Tapi cukuplah aku tau, 
Kau baik-baik saja sekarang.
Sebelom kau menjadi lagi malas untuk meluahkan,
Biarlah aku memberi pesanan sedikit,

Dikala kau susah, Ingatlah,
Tuhan mu sentiasa ada,
Dikala kau susah, Ingatlah,
Tuhan mu takkan uji diri mu lebih apa yang kau mampu,
Dikala kau susah, Ingatlah,
Tuhan mu sayang akan hamba nya yang bersabar,

Dikala kau senang, Ingatlah,
Rezeki itu semua ujian bagi mu,
Dikala kau senang, Juga ingatlah,
Dan jangan pernah kau lupa,
Akan insan-insan yang senantiasa ada dengan mu,
Disaat kau kesempitan,
Luangkan sedikit rezeki mu untuk mereka,
InshaAllah berkat rezeki mu andai diguna pakai dijalan yang diredhai Allah.

Terima kasih untuk nasihat itu,
Amat mendalam nasihat mu.



#Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri yang ke 25. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, berjaya dalam hidup, capai apa yang diimpikan, dan bahagia bersama keluarga tersayang. AMIN

Wednesday, October 11, 2017

Wordless Thursday


Impian dan khayalan #Part33

Malam ini tidak mampu aku tafsirkan apa di benak fikiran mu,
Kerana riak wajah mu tampak sedikit gembira,
Juga sedikit sebaliknya,
Kenapa itu duhai si penulis?

Aku rindukan kampung halaman ku,
Aku rindukan bunyi malam yang sunyi,
Aku rindukan bunyi bingit amarah ibubapa ku,
Ingin aku lari dari kesibukan bandar ini,
Tetapi aku masih ada tanggungjawab disini.

Pulanglah dikala kau masih mempunyai peluang itu,
Pulanglah andai nya itu mampu ubati rasa rindu mu,
Pulanglah andai nya itu mampu legakan seluruh jiwa mu.
Jika ada lagi tanggungjawab yang penting untuk kau selesaikan,
Korban kan la sedikit rindu mu itu untuk tugas itu,
Andai niat mu baik,
Semua nya akan sempurna jika dengan izin tuhan,

Setiap yang baik tidak akan datang tanpa pengorbanan,
Setiap yang baik tidak akan datang dengan sempurna kedalam hidup mu.
Tapi jangan sampai kau lupa kan asal usul mu,
Bila mana kau dah berjaya kelak,
Bila mana kau dah hampir mencapai semua yang kau hajati,
Ingat la orang tua mu.
Ya mereka tidak mengharap apa-apa balasan dari mu,
Atas semua yang mereka korbankan selama ini,
Mereka hanya ingin melihat anak mereka berjaya,
Kau fikirkan la inisiatif terbaik dari diri mu sendiri,
Bagaimana cara terbaik untuk membalas jasa mereka.

Ohh ya, Aku rasa kau ada sedikit soalan tentang insan bergelar sahabat,
Adakah aku benar?
Kalau aku benar simpan saja soalan mu itu,
Nanti kita lanjutkan lagi jawapan kepada semua persoalan dalam hidup mu itu,
Andai masih diberi peluang untuk bernafas esok hari,
InshaAllah

Tuesday, October 10, 2017

Impian dan khayalan #Part32

Kau kembali lagi duhai si penulis,
Dengan wajah yang sentiasa sama,
Wajah yang resah gelisah,
Kenapa kali ini?
Mahukah kau meluahkan sedikit masalah mu kepada ku?

Ya, aku memang akan sentiasa resah bila aku kesini,
Aku memang akan selalu sedih bila aku luahkan disini,
Aku memang akan lupakan mu dikala aku bahagia,
Disaat aku lupakan tuhan ku disaat aku gembira

Bagus juga engkau mengerti kesilapan mu selama ini,
Lumrah manusia sekarang,
Dikala ditimpa musibah baru mereka akan mencari tuhan,
Tatkala disaat mereka diuji dengan kemewahan,
Mereka langsung tidak sedar dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

Kau mahu mendengar masalah ku?
Atau kau mahu meneruskan ayat mu dahulu?

Maafkan aku.
Aku tak mampu menahan rasa jijik ku dengan manusia zaman ini,
Penuh hipokrit, Penuh munafik di mana-mana.
Penuh dengan dosa yang sengaja di buat,
Seakan lupa dari mana asal usul mereka,
Tuhan itu maha pengampun,
Tapi kenapa mereka tidak mencari keampunan tersebut?
Tidakkah mereka sedar ajal mereka akan tiba bila masa sahaja?
Tanpa mengenal usia, tanpa mengenal tempat dan masa?

Tapi bila ditimba musibah,
Pandai pula mereka menyeru nama suci Allah,
Pandai pula mereka mengingati tuhan yang sebelum ni sakan mereka lupakan,
Pandai pula mereka bertaubat,
yang entah taubat itu ikhlas mahupun tidak,
kekal lama atau hanya sekadar syarat untuk menyembuhkan sedikit beban masalah mereka.

Maafkan aku lagi sekali,
Harap kau boleh tangguhkan dulu luahan masalah mu itu,
Aku tak mampu menjadi pendengar mu untuk masa sekarang.

Baiklah,
Aku pendamkan dulu.

Saturday, October 7, 2017

Impian dan khayalan #Part31

Kenapa kau begitu resah duhai si penulis?


Aku tidak tahu bagaimana ingin aku katakan.

Luahkan saja duhai si penulis.
Apa saja yang engkau luahkan disini tidak akan ada yang tahu.
Melainkan tuhanmu,
Dia tahu segala apa yang terjadi di atas bumi ciptaan nya.

Benarkah engkau ingin tahu?

Ya, tidak salah untuk engkau meluahkan kepada ku.
Kerana aku adalah kamu.


Apakah kau mampu melawan takdir?
Apakah kau mampu melawan apa yang tuhan tetapkan untuk hidup mu?
Apakah kau mampu untuk capai apa yang benar engkau inginkan?
Sedangkan tuhan mu tidak mengizinkan sesuatu itu?

Oh banyak benar soalan mu,
Aku akan cuba menjawab,
Tapi aku nak engkau berjanji,
Untuk buat keputusan yang tepat untuk hidup mu esok hari.


Baiklah. Akan aku cuba.

Apakah kau percaya dengan qada' dan qadar?
Apakah kau percaya dengan takdir hidup mu?
Apakah kau percaya jika aku mengatakan jodoh dan ajal mu sudah ditetapkan?
Apakah kau percaya semua itu?

Aku seorang islam,
Bagaimana kau mengangap aku tidak mempercayai semua itu?

Sebab lagak mu, keluh resah mu,
Kecelaruan hidup mu, sedih mu,
Tidak mengambarkan kau percaya semua itu.

Andai nya kau ditimpa suatu musibah,
Apakah kau setuju jika aku mengatakan ada baiknya disebalik buruk yang terjadi?
Andai nya kau diuji dengan kemewahan,
Apakah kau setuju jika aku mengatakan semua itu juga ujian untuk mu?
Andai nya suatu masa nanti nikmat hidup mu sekarang ditarik dengan begitu sahaja,
Apa akan kau fikir kan disaat itu semua?


Kau takkan faham dan mengerti apa yang aku rasa,

Ya engkau benar.
Tiada siapa yang akan faham apa yang engkau rasa,
Apa yang engkau fikirkan,
Apa yang sedang kau alami di dalam benak hatimu,
Tiada yang tahu kecuali tuhan mu.
Jadi tidak kah kau terfikir Dia tahu apa yang terbaik untuk hidup mu?

Berbalik kepada niat asal soalan mu,
Dengan siapa engkau bertemu,
Dengan siapa engkau berkawan,
Siapa saja yang akan jadi teman istimewa mu,
Itu semua dugaan dari tuhan mu,

Adakah kau sedang menyayangi seseorang?
Tidak mengapa, simpan saja dalam hati mu jawapan itu.
Apa aku ingin katakan,
Macam mana sayang nya engkau pada seseorang,
Andai kata tuhan tak mengizinkan dia untuk mu,
Apa kah kau mampu untuk terus hidup dengan nya?
Macam mana baik nya engkau dengan seseorang,
Andai orang lain jodoh mu,
Apa kah kau tahu siapa yang akan terus bersama mu esok hari?

Dunia ini penuh dugaan wahai si penulis,
Engkau tidak akan pernah tahu apa yang akan berlaku pada mu esok hari,
Engkau tidak akan pernah tahu, siapa yang akan datang dalam hidup mu,
Siapa yang akan pergi dari hidup mu,
Siapa yang akan membahagiakan mu,
Siapa yang akan membawa bencana kepada mu,
Engkau tidak akan tahu semua itu.
Kerana engkau hanya sekadar manusia biasa,
Yang lemah dari segala benda.

Jadi teruskan la usaha baik mu,
Teruskan tanggungjawab mu yang perlu engkau laksanakan dulu,
Aku tidak meminta kau berhenti untuk berusaha,
Kerana agama juga menuntut agar kita tetap usaha, doa, tawakkal,
Bukan hanya tawakkal menunggu berita baik semata,
Engkau hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segala.
Jangan berhenti berdoa, agar tuhan tunjukkan jalan terbaik untuk mu.

Andai dia adalah jodoh mu,
Engkau dan dia akan tetap bersama,
Andai dia bukan la jodoh mu,
Macam mana baik nya engkau dan dia,
Tidak mungkin engkau akan bersama dengan nya kelak,

Friday, September 8, 2017

Impian dan khayalan #Part30

Duhai si penulis, 
Pernahkah kau terfikir suatu hari nanti,
Bagaimana kau akan menghadapi dunia ini bersendirian?

Duhai si penulis,
Pernahkah kau terfikir bahawa kelak esok hari,
Hidup kau tidak akan sama seperti waktu kau mencoretkan luahan ini?

Duhai si penulis,
Nasihat ku satu pada mu kali ini,
Hargai la insan yang tersayang disekeliling mu,
Hargai la mereka seperti hari ini hari terakhir untuk mereka,
Sentiasa la berbuat baik kepada mereka,
Kerana tanpa mereka engkau tak akan kecapi apa yang kau ada hari ini,

Tersedar dia dari lamunan,
Disaat itu juga dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat yang maha esa,
Dikala insan lain sudah tiada kedua orang tua,
Tapi dia masih lagi mampu menatap insan yang paling dia sayang itu,
Di tiap pagi, petang mahupon malam nya,

Selagi diri nya masih bernyawa,
Selagi jasadnya masih mampu bergerak bebas,
Selagi itu dia akan terus kan usaha,
Usaha yang termampu untuk membahagiakan kedua ibubapa nya,

Mungkin belum tiba masanya lagi,
Tapi waktu itu akan datang,

Mengingatkan insan yang tersayang,
Tidak dia lupa neneknya di kampung,
Sejenak dia mengimbas kembali,
Setiap pesan dan nasihat dari seorang yang tidak pernah lokek dari mengukir senyuman,
Disaat dia sihat, mahupon sakit sedikit,
Disaat dia penat, mahupon tidak,
Dia tidak pernah kedekut daripada kata-kata yang mampu dijadikan pedoman hidup sendiri.

Dia bakal kembali jauh dari kampung halaman,
Pergi dia untuk secebis kejayaan,
Pergi dia mencari apa yang perlu untuk dia membalas budi,
Budi yang sekian lama untuk menolak dia ke tahap seperti ini.

Ya Allah,
Kau panjangkan la umur mereka,
Kau permudahkan la urusan hari-hari mereka,
Kau berkati la rezeki mereka,
Sesungguhnya mereka adalah insan yang amat ku sayang.


Thursday, August 10, 2017

Impian dan khayalan #Part29

Duhai si penulis,
Dikala umur mu semakin meningkat,
Dikala tanggungjawab mu kian menebal,
Tidak kah kau fikirkan apa yang telah kau capai dalam hidup?

Setelah berkali kau mendengar,
Setelah berkali kau mengikuti pesanan,
Bahawa hubungan tanpa ikati yang sah itu adalah haram,
Apa kah kau masih tidak mencuba untuk menghalalkan hubungan mu?

Tidak,
Dia selalu sangat termenung,
Menung dia jarang sangat kosong,
Lamunan nya selalu berisi,
Isi yang penuh tentang kehidupan dia selama ini,

Dia juga sama seperti manusia biasa,
Ada impian yang mahu dicapai,
Ada keinginan yang mahu dilaksanakan,
Ada insan yang mahu dibahagiakan,

Ada antara nya sudah dikecapi,
Ada diantaranya bakal dicapai,
Ada juga dalam senarai impian itu
masih jauh untuk dia capai dengan tangan kecilnya itu.

Dia tidak berniat untuk memainkan perasaan orang lain,
Dia sedar ini bukan masa untuk dia bermain madah lagi,
Dia selalu mengimpikan yang halal bersama insan yang dia makin cintai,
Dari hari ke hari.

Bertunang? Berkahwin?
Dia sudah memikirkan semua itu.
Tapi macam mana mahu dia laksanakan semua itu?
Sedangkan simpanan nya masih lagi di awan-awangan?
Sedangkan keluarga nya masih lagi mahu dia setia di hala tuju hidup sekarang?

Macam mana dia mahu realisasikan semua itu?
Bila semua kekangan itu kadang-kadang agak mustahil untuk dia rempuh bersendiri?

Ustaz selalu berkata,
Kalau niat kita baik, InshaAllah tuhan permudahkan urusan kita.
Akan tetapi andai niat sahaja tidak mencukupi,
Kalau tidak disertakan dengan doa dan tawakkal,

Bertabah wahai si penulis,
Kami tahu usaha mu ada,
Kami tahu niat mu untuk kebaikan bersama,
Kami tahu kamu mengimpikan yang terbaik dalam hidup mu,

Teruskan berusaha wahai si penulis,
Jangan berputus asa,
Tuhan selalu ada bersama mu.

Amin

Sunday, August 6, 2017

Impian dan khayalan #Part28

Duhai si penulis,
Dikala kau menyaksikan kematian, apa yang kau fikirkan?
Dikala kau melihat sesuatu musibah, apa yang kau harapkan?
Dikala kau merasai akan kehilangan, apa yang kau ikhtiarkan?

Duhai si penulis,
Dikala Dunia semakin di penghujung, 
Bagaimana dengan persiapan diri mu sendiri?
Apa engkau sudah siap sedia dengan bekalan akhirat mu?
Apa kau lupa tentang akhirat dikala kau sibuk mengejar dunia?

Sedangkan engkau sendiri tahu, dunia ini sementara.
Yang kekal nya akhirat sana.

Secebis amaran serta ingatan ini senantiasa bermain di benak fikiran nya,
Bukan laa dia tidak peduli,
Tidak juga dia mengabaikan peringatan tersebut,
Tetapi dia sedar dia juga manusia biasa,
Bila masa senang, Dia lupa segala,
Bila masa diatas, Langsung dia lupa dikala dia dibawah.

Bukan dia tidak mencuba,
Dibenak hatinya, Selalu dia mengimpikan perubahan untuk dirinya sendiri,
Bukan lagi seperti yang lalu,
Dia sedar, Dia masih lagi kosong untuk bekalan akhirat kelak,
Harta dunia bukan boleh dibawa sampai bila-bila,
Tapi kenapa dunia juga yang kita cari?
Kenapa tidak diseimbangkan juga dengan akhirat?

Dia tau diri nya,
Dia tau apa yang diimpikan nya,
Dia tau apa niat dalam setiap perbuatan hari nya,

Tuhan juga maha mengetahui.
InshaAllah, Semoga tuhan kurniakan hidayah untuk hamba-Nya ini,
Juga untuk seluruh umat islam,
Bagi persiapan dunia akhir zaman yang penuh cabaran dan dugaan.

Terlalu banyak yang terjadi pada diri nya diakhir-akhir ini,
Tetapi mengenangkan kembali kisah lalu hanya membuatkan diri nya termenung sendiri,
Termenung dia memikirkan apa akan terjadi esok hari,
Langit tidak selalu cerah, mahupon gelap,
Bahagia tidak selamanya, begitu juga derita,
Hari esok Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui.
Sesungguhnya aturan-Nya lebih hebat dari aturan kita sebagai hamba-Nya.

Apa yang terjadi, biar dia sahaja yang tahu.
Cukuplah dengan sekadar sedikit loretan disini,
Agar kurang sedikit beban yang di alami.

Salam Takziah untuk keluarga sepupu si penulis,
Dengan kepergian ayahanda tercinta,
Asal kita dari tanah, Dari tanah juga kita kembali,
Semoga roh Ayah Long ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
AMIN.



Sunday, July 2, 2017

Impian dan khayalan #Part27

Di kala malam sepi ditemani unggas rimba,
Kadang-kadang suara cicak juga menghiasi,

Dia termenung,
Menung dia sambil melepaskan lelah,
Menung dia sambil melepaskan sedikit beban fikiran,
Yang senantiasa bermain di fikiran.

Tatkala dia melintasi ruang kamar ayah nya,
Dia terasa ingin memandang wajah ketua keluarganya itu,
Di saat itu bermacam perasaan menerjah di benak hati nya,
Sebak? Sedih? Kagum?
Semua nya ada.

Kenapa dia sebak?
Sebak dia mengenangkan betapa besarnya pengorbanan insan yang ditatapi nya itu,
Sebak dia memikirkan penat lelah ayah nya melayan kerenah insan yang disayangi,

Kenapa dia sedih?
Sedih dia kerana bermacam sebab,
Sedih dia memikirkan betapa inginnya dia membalas jasa insan tercinta itu,
Namun masih lagi tak sampai masa nya.

Kenapa dia kagum?
Kagum dia melihat betapa gigihnya ayah nya itu mencari rezeki,
Tanpa mengira sakit nya, Tanpa mengira penat nya,
Tanpa mengira waktu rehat nya, 
Ayah nya terus mencari sedikit rezeki di bumi tuhan ini,

Disaat itu juga dia terfikir,
Fikir dia bermacam cara, bermacam ikhtiar,
Bagaimana mampu dia membalas jasa kedua ibu bapa nya itu,

"Duhai si penulis,
Bertabahlah, InShaAllah, masa untuk kau menggalas tanggungjawab akan tiba
Masa untuk kau membalas semua jasa-jasa insan yang engkau sayangi itu juga akan tiba
Perbaiki rohani mu, Siapkan jasmani mu,
Semoga rahmat tuhan bersamamu"

InShaAllah,
Andai dipanjangkan umur,
Ingin sekali dia melihat ibubapa nya bahagia tanpa perlu bersusah payah lagi,
Semoga niat nya itu kekal hingga dia berjaya suatu hari nanti

AMIN YA RABB



Thursday, June 29, 2017

Impian dan khayalan #Part26


"Lambat atau cepat, indah atau tidak, itu semua kerja tuhan.
Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan juga tawakkal"

Terngiang-ngiang pesanan itu di ruang minda nya.
Pesanan itu bukan la dari sesiapa,
Pesanan itu datangnya dari diri nya sendiri.
Setiap kali datangnya sesuatu kebaikan kepada sahabat nya,
Terus saja pesanan ini kembali bermain di fikiran.

"Kenapa begitu duhai si penulis?
Adakah kau menaruh hasad dengki dengan kebahagiaan sahabat mu yang lain?
Adakah kau tidak mampu mendoakan yang baik baik saja kepada mereka?"

Tidak, bukan begitu maksud dia,
Ya, dia memang merasa sedikit kecewa,
Disaat sahabat seperjuangannya yang lain terus mengecapi saat bahagia,
Disaat rakan karibnya sendiri terus menaiki tangga kehidupan tanpa henti,
Satu demi satu kejayaan hidup mereka,

Bukan kecewa disebabkan mereka bahagia sedemikian,
Namun kecewa dengan diri sendiri,
Yang masih ditakuk lama,
Yang masih di awangan,
Yang masih di anggap anak-anak dalam hidup.

Dia gembira,
Di saat sahabat nya ada yang mendirikan rumah tangga,
Seorang demi seorang, silih berganti tanpa henti,
Ada yang terus memacu ke aras yang lebih tinggi dalam kerjaya mereka,
Ya dia gembira, Dia turut bersyukur dengan rezeki yang mereka dapat,

Tapi dia?
Masih di hadapan komputer usang,
Menaip luahan hati yang rasanya tiada siapa sudi membaca,
Itu pun sekali sekala sahaja dikala terasa rajin.

"Bila la aku nak bahagia seperti mereka?
Bila la aku nak merasa nikmat rumah tangga seperti mereka?
Bila la aku nak merasa berdiri dengan kaki sendiri tanpa mengharap sesiapa?"

Keluhan itu juga sering berputar di benak,
Tak mahu kalah melawan kata-kata hikmah seperti di atas nya,

"Tenang saja duhai si penulis,
Tidak la perlu engkau gusar kan dengan takdir hidup kau.
Tuhan dah tentu kan setiap perjalanan hidup kita sebagai umat nya.
Kau tahu apa kau perlu buat?
Teruskan usaha mu mengubah diri mu kearah yang lebih baik.
Berhenti fikirkan apa yang sahabat mu dah kecapi.
InShaAllah dengan izin-Nya,
Masa kau akan tiba. Cepat atau lambat, tiada siapa yang tahu."

Baiklah, keluhan dia perlahan untuk masa sekarang.
Tiada siapa mampu mengubah dia, kecuali diri nya sendiri.

Akhir kata,
Dia mahu mengatakan,
Dia bahagia, Dia gembira, Dia bersyukur,
Dengan apa yang telah sahabat nya kecapi dalam hidup masing-masing,
Dia terus mendoakan semoga murah rezeki mereka,

Inshaallah masa dia bakal tiba


Wednesday, June 28, 2017

Impian dan khayalan #Part25

Rumah,
Andai besar sekali pon, masih tak menjamin kebahagiaan,
Duit,
Andai banyak mana pon, masih tak menjamin saham akhirat kelak,
Manusia,
Hitam luarannya, tak semestinya hitam didalamnya.

Dia hairan,
Kenapa dunia suka menilai dari segi luaran,
Kenapa mesti menghukum seseorang dari masa silamnya,
Kenapa terlalu suka menjadi 'tuhan' dunia?

Tidakkah mereka sedar?
Selagi nama nya manusia, semua nya sama tarafnya,
Tiada yang lebih, Tiada yang kurang disisi Tuhan Sang Pencipta.

"Dia ni ada je merata tanpa ada kerja, takde masa depan la tu"
"Dia ni selalu je balik lewat, mesti buat benda tak elok la tu"
"Dia ni aku tak pernah nampak pon sembahyang, jahil sungguh"

Dunia ini penuh permainan,
Dunia ini juga penuh dengan kebaikan di mana-mana,
Sama ada yang tersirat, mahu pun yang tersurat,
Mata manusia penuh batasnya,
Namun mata tuhan mampu melihat segala-galanya,

Tidak salah untuk menegur,
Tapi jangan sampai diri sendiri menjadi riak,
Kenapa riak? 
Sebab sampai satu tahap dengan niat sengaja untuk menjatuh dan merendah kan orang lain.
Cukup la kita memenuhi syarat sebagai sesama umat yang berhak menegur.

Motif sebenar post kali ini adalah sedikit luahan dari diri nya,
Yang semakin hari semakin hairan bagaimana cara manusia menilai,
Dari hari ke hari,
Dia bukan la seorang yang berjaya dalam hidup,
Dia tak sama macam saudara mara nya yang lain,
Yang itu selalu merantau ke luar negara,
Yang itu makin hari banyak hartanya,
Yang itu semakin hari makin dikenali ramai,

Tapi adakah yang berjaya gah di mata manusia itu membantu kedua orang tua nya di hari kelak,
Adakah yang banyak harta nya itu membantu kehidupan harian nenek nya di kampung,
Adakah yang cerdik pandai itu ada dikala saudara mara nya susah,

Jangan berlagak, jangan terlalu sombong,
Hidup kita tak selalu dibawah,
Malah tak juga selalu diatas,
Bagi dia,
Kalau setakat berjaya menyara hidup sendiri,
Itu bukan lagi 'berjaya' namanya,
Jenguk la kebelakang siapa yang ada dikala kau susah,
Jenguk la kebelakang dan lihat, siapa yang ada dikala kau masih lagi mencari jalan,


Sunday, June 25, 2017

Impian dan khayalan #VersiAidiltfitri

Di awal Ramadhan,
Dia teringin untuk menaip,
Dia teringin untuk mencoretkan sesuatu,
Dia teringin untuk menyatakan hasrat yang terbuku dihati,

Di awal Ramadhan,
Dia berazam untuk menjadikan Ramadhan kali ini terbaik untuk hidupnya,
Dia berniat untuk manfaatkan sebaiknya bulan mulia ini,
Dia mengimpikan agar Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan sesuatu yang baik,
Yang sebelum ini tak mampu dia kecapi,
Yang sebelum ini dia selalu ingkar,
Dengan segala hasrat dan niat di awalnya,
Namun dia masih tewas di akhirnya,

Pejam celik, 
Ramadhan dah berakhir untuk tahun ini,
Syawal datang bertamu unutk sebulan kemudian nya,
Terduduk dia bukan kerana letih, 
Namun macam-macam perasaan bercampur baur dalam dirinya,
Hiba, Sedih, Terkilan, Sayu,
Semua perasaan itu bermain di benak fikirannya,

Kenapa begitu duhai si penulis?
Bukan kah Syawal untuk diraikan dengan perasaan gembira?
Bersyukur dengan pemberian Tuhan yang maha esa sesudah Ramadhan?

Ya, Dia bersyukur.
Ya, Dia gembira kerana masih lagi diberi peluang untuk menyambut Aidilfitri dengan yang tersayang,
Namun, Bagaimana dengan Ramadhan?
Masih kah lagi kita diberi peluang untuk tahun hadapan?
Masih kah lagi kita diberi ruang untuk merebut segala nikmat pahala?
Yang kita sedia maklum tiada di bulan yang lain.

Dia rasa dia tak manfaatkan sepenuhnya peluang Ramadhan yang lepas,
Cukup hanya sekadar lapar dan dahaga,
Namun dirinya masih dahagakan keredhaan hidup dari sang pencipta,
Dirinya masih terasa jauh daripada jalan hidup yang sebenar,

Penjelasan diatas merujuk kenapa dia sedih tatkala orang lain bergembira di Aidilfitri,
Dia berharap, 
Dia berdoa, 
Dia memohon,
Agar dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
InshaAllah


Akhir kata dari si penulis, 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Harap dimaafkan segala salah dan silap,
Dari diri ini kepada sesiapa yang mengenali,
Manfaatkan masa yang ada di Syawal ini,
Untuk mengeratkan silaturrahim yang mungkin sekian lama berpisah,




Monday, May 1, 2017

Impian dan khayalan #Part24

1 tahun lebih blog ni terbiar tiada bertuan,

Hari ni dia kuatkan diri untuk coretkan sedikit kenangan,
Tak ketinggalan sedikit luahan,
Untuk dijadikan ingatan dan pengajaran,
Kepada diri sendiri di masa mendatang,
Yang tidak pasti hidup nya masih lagi lama,
Atau temui akhir nya nafas esok hari.

Kenapa post di slot ini selalu sedih?
Tak ubah seperti drama melayu?
Kenapa tidak luahkan sedikit kegembiraan?
Tidak kah pernah kau merasa gembira wahai si penulis?

Menarik persoalan itu.

Adakah perhatian yang engkau cari?
Adakah belas ikhsan dari pembaca yang engkau mahukan?

Pemerhati dan penganalisa kehidupan selalu berkata,
Dikala kita gembira,
Kita akan lupa Dia yang maha Esa,
Dikala kita senang, 
Dikala kita diambang kehidupan yang bahagia,
Kita mudah lupa untuk mengingatkan diri kita untuk bersyukur,

Bukan belas kesian yang si penulis mahukan,
Tapi disini sudah ibarat tempat dia meluahkan perasaan,
Meluahkan masalah yang langsung tak pernah berhenti melawat ruang hidup harian nya,

Kenapa perlu luah disini?
Tidak kah kau punya seseorang untuk luahkan apa yang terbuku di hati kau?

Ya, memang.
Ada orang yang dia boleh ceritakan apa yang dia rasa,
Ada tempat untuk dia luahkan segala masalah.

Tapi dia sedar,
Ada benda yang dia boleh kongsikan,
Ada benda yang dia perlu pendam sorang-sorang,
Dia taknak terlalu berharap kepada orang lain,
Dia cuba kuat, Dia cuba tabah dari hari ke hari,

Ujian, Masalah, Dugaan,
Tak putus-putus datang menemani hari-hari nya,
Dia cuba jadi positif yang mungkin,

Semua masalah itu datang nya dari Tuhan mu,
Semua dugaan itu tanda Dia sayang kan mu,
Semua ujian itu datang kerana tak mahu kau lalai dari hari ke hari,

Jangan la selalu mengeluh, 
Jangan la terlalu bersedih,
Bersyukur la, Jangan berhenti berdoa,
Hidup kau masih lagi senang jika dibandingkan dengan insan di luar sana,
Yang tidak kau ketahui lagi berat masalah nya.

Inshaallah, 
Banyak masalah si penulis dari hari ke hari,
Tapi itu bukan la menjadi penghalang,
Untuk dia kecapi apa yang dia impikan,
Untuk dia laksanakan impian dan harapan orang tua tercinta,
Dia cuba tabah,
Andai sebegini yang Maha Esa mahu menguji dirinya.


Si penulis mahu mencoretkan hal lain,
Tapi terlalu jauh pula dia merapu,
Inshaallah, akan dia coretkan di post yang lain.
Semoga dipanjangkan umur, Dipermudahkan urusan harian. Amin