Sunday, August 6, 2017

Impian dan khayalan #Part28

Duhai si penulis,
Dikala kau menyaksikan kematian, apa yang kau fikirkan?
Dikala kau melihat sesuatu musibah, apa yang kau harapkan?
Dikala kau merasai akan kehilangan, apa yang kau ikhtiarkan?

Duhai si penulis,
Dikala Dunia semakin di penghujung, 
Bagaimana dengan persiapan diri mu sendiri?
Apa engkau sudah siap sedia dengan bekalan akhirat mu?
Apa kau lupa tentang akhirat dikala kau sibuk mengejar dunia?

Sedangkan engkau sendiri tahu, dunia ini sementara.
Yang kekal nya akhirat sana.

Secebis amaran serta ingatan ini senantiasa bermain di benak fikiran nya,
Bukan laa dia tidak peduli,
Tidak juga dia mengabaikan peringatan tersebut,
Tetapi dia sedar dia juga manusia biasa,
Bila masa senang, Dia lupa segala,
Bila masa diatas, Langsung dia lupa dikala dia dibawah.

Bukan dia tidak mencuba,
Dibenak hatinya, Selalu dia mengimpikan perubahan untuk dirinya sendiri,
Bukan lagi seperti yang lalu,
Dia sedar, Dia masih lagi kosong untuk bekalan akhirat kelak,
Harta dunia bukan boleh dibawa sampai bila-bila,
Tapi kenapa dunia juga yang kita cari?
Kenapa tidak diseimbangkan juga dengan akhirat?

Dia tau diri nya,
Dia tau apa yang diimpikan nya,
Dia tau apa niat dalam setiap perbuatan hari nya,

Tuhan juga maha mengetahui.
InshaAllah, Semoga tuhan kurniakan hidayah untuk hamba-Nya ini,
Juga untuk seluruh umat islam,
Bagi persiapan dunia akhir zaman yang penuh cabaran dan dugaan.

Terlalu banyak yang terjadi pada diri nya diakhir-akhir ini,
Tetapi mengenangkan kembali kisah lalu hanya membuatkan diri nya termenung sendiri,
Termenung dia memikirkan apa akan terjadi esok hari,
Langit tidak selalu cerah, mahupon gelap,
Bahagia tidak selamanya, begitu juga derita,
Hari esok Allah s.w.t. sahaja yang mengetahui.
Sesungguhnya aturan-Nya lebih hebat dari aturan kita sebagai hamba-Nya.

Apa yang terjadi, biar dia sahaja yang tahu.
Cukuplah dengan sekadar sedikit loretan disini,
Agar kurang sedikit beban yang di alami.

Salam Takziah untuk keluarga sepupu si penulis,
Dengan kepergian ayahanda tercinta,
Asal kita dari tanah, Dari tanah juga kita kembali,
Semoga roh Ayah Long ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.
AMIN.



No comments:

Post a Comment