Dia teringin untuk menaip,
Dia teringin untuk mencoretkan sesuatu,
Dia teringin untuk menyatakan hasrat yang terbuku dihati,
Di awal Ramadhan,
Dia berazam untuk menjadikan Ramadhan kali ini terbaik untuk hidupnya,
Dia berniat untuk manfaatkan sebaiknya bulan mulia ini,
Dia mengimpikan agar Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan sesuatu yang baik,
Yang sebelum ini tak mampu dia kecapi,
Yang sebelum ini dia selalu ingkar,
Dengan segala hasrat dan niat di awalnya,
Namun dia masih tewas di akhirnya,
Pejam celik,
Ramadhan dah berakhir untuk tahun ini,
Syawal datang bertamu unutk sebulan kemudian nya,
Terduduk dia bukan kerana letih,
Namun macam-macam perasaan bercampur baur dalam dirinya,
Hiba, Sedih, Terkilan, Sayu,
Semua perasaan itu bermain di benak fikirannya,
Kenapa begitu duhai si penulis?
Bukan kah Syawal untuk diraikan dengan perasaan gembira?
Bersyukur dengan pemberian Tuhan yang maha esa sesudah Ramadhan?
Ya, Dia bersyukur.
Ya, Dia gembira kerana masih lagi diberi peluang untuk menyambut Aidilfitri dengan yang tersayang,
Namun, Bagaimana dengan Ramadhan?
Masih kah lagi kita diberi peluang untuk tahun hadapan?
Masih kah lagi kita diberi ruang untuk merebut segala nikmat pahala?
Yang kita sedia maklum tiada di bulan yang lain.
Dia rasa dia tak manfaatkan sepenuhnya peluang Ramadhan yang lepas,
Cukup hanya sekadar lapar dan dahaga,
Namun dirinya masih dahagakan keredhaan hidup dari sang pencipta,
Dirinya masih terasa jauh daripada jalan hidup yang sebenar,
Penjelasan diatas merujuk kenapa dia sedih tatkala orang lain bergembira di Aidilfitri,
Dia berharap,
Dia berdoa,
Dia memohon,
Agar dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
InshaAllah
Akhir kata dari si penulis,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Harap dimaafkan segala salah dan silap,
Dari diri ini kepada sesiapa yang mengenali,
Manfaatkan masa yang ada di Syawal ini,
Untuk mengeratkan silaturrahim yang mungkin sekian lama berpisah,
No comments:
Post a Comment