Sunday, July 2, 2017

Impian dan khayalan #Part27

Di kala malam sepi ditemani unggas rimba,
Kadang-kadang suara cicak juga menghiasi,

Dia termenung,
Menung dia sambil melepaskan lelah,
Menung dia sambil melepaskan sedikit beban fikiran,
Yang senantiasa bermain di fikiran.

Tatkala dia melintasi ruang kamar ayah nya,
Dia terasa ingin memandang wajah ketua keluarganya itu,
Di saat itu bermacam perasaan menerjah di benak hati nya,
Sebak? Sedih? Kagum?
Semua nya ada.

Kenapa dia sebak?
Sebak dia mengenangkan betapa besarnya pengorbanan insan yang ditatapi nya itu,
Sebak dia memikirkan penat lelah ayah nya melayan kerenah insan yang disayangi,

Kenapa dia sedih?
Sedih dia kerana bermacam sebab,
Sedih dia memikirkan betapa inginnya dia membalas jasa insan tercinta itu,
Namun masih lagi tak sampai masa nya.

Kenapa dia kagum?
Kagum dia melihat betapa gigihnya ayah nya itu mencari rezeki,
Tanpa mengira sakit nya, Tanpa mengira penat nya,
Tanpa mengira waktu rehat nya, 
Ayah nya terus mencari sedikit rezeki di bumi tuhan ini,

Disaat itu juga dia terfikir,
Fikir dia bermacam cara, bermacam ikhtiar,
Bagaimana mampu dia membalas jasa kedua ibu bapa nya itu,

"Duhai si penulis,
Bertabahlah, InShaAllah, masa untuk kau menggalas tanggungjawab akan tiba
Masa untuk kau membalas semua jasa-jasa insan yang engkau sayangi itu juga akan tiba
Perbaiki rohani mu, Siapkan jasmani mu,
Semoga rahmat tuhan bersamamu"

InShaAllah,
Andai dipanjangkan umur,
Ingin sekali dia melihat ibubapa nya bahagia tanpa perlu bersusah payah lagi,
Semoga niat nya itu kekal hingga dia berjaya suatu hari nanti

AMIN YA RABB



No comments:

Post a Comment