Tuesday, October 10, 2017

Impian dan khayalan #Part32

Kau kembali lagi duhai si penulis,
Dengan wajah yang sentiasa sama,
Wajah yang resah gelisah,
Kenapa kali ini?
Mahukah kau meluahkan sedikit masalah mu kepada ku?

Ya, aku memang akan sentiasa resah bila aku kesini,
Aku memang akan selalu sedih bila aku luahkan disini,
Aku memang akan lupakan mu dikala aku bahagia,
Disaat aku lupakan tuhan ku disaat aku gembira

Bagus juga engkau mengerti kesilapan mu selama ini,
Lumrah manusia sekarang,
Dikala ditimpa musibah baru mereka akan mencari tuhan,
Tatkala disaat mereka diuji dengan kemewahan,
Mereka langsung tidak sedar dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

Kau mahu mendengar masalah ku?
Atau kau mahu meneruskan ayat mu dahulu?

Maafkan aku.
Aku tak mampu menahan rasa jijik ku dengan manusia zaman ini,
Penuh hipokrit, Penuh munafik di mana-mana.
Penuh dengan dosa yang sengaja di buat,
Seakan lupa dari mana asal usul mereka,
Tuhan itu maha pengampun,
Tapi kenapa mereka tidak mencari keampunan tersebut?
Tidakkah mereka sedar ajal mereka akan tiba bila masa sahaja?
Tanpa mengenal usia, tanpa mengenal tempat dan masa?

Tapi bila ditimba musibah,
Pandai pula mereka menyeru nama suci Allah,
Pandai pula mereka mengingati tuhan yang sebelum ni sakan mereka lupakan,
Pandai pula mereka bertaubat,
yang entah taubat itu ikhlas mahupun tidak,
kekal lama atau hanya sekadar syarat untuk menyembuhkan sedikit beban masalah mereka.

Maafkan aku lagi sekali,
Harap kau boleh tangguhkan dulu luahan masalah mu itu,
Aku tak mampu menjadi pendengar mu untuk masa sekarang.

Baiklah,
Aku pendamkan dulu.

No comments:

Post a Comment