Duhai si penulis,
Dikala umur mu semakin meningkat,
Dikala tanggungjawab mu kian menebal,
Tidak kah kau fikirkan apa yang telah kau capai dalam hidup?
Setelah berkali kau mendengar,
Setelah berkali kau mengikuti pesanan,
Bahawa hubungan tanpa ikati yang sah itu adalah haram,
Apa kah kau masih tidak mencuba untuk menghalalkan hubungan mu?
Tidak,
Dia selalu sangat termenung,
Menung dia jarang sangat kosong,
Lamunan nya selalu berisi,
Isi yang penuh tentang kehidupan dia selama ini,
Dia juga sama seperti manusia biasa,
Ada impian yang mahu dicapai,
Ada keinginan yang mahu dilaksanakan,
Ada insan yang mahu dibahagiakan,
Ada antara nya sudah dikecapi,
Ada diantaranya bakal dicapai,
Ada juga dalam senarai impian itu
masih jauh untuk dia capai dengan tangan kecilnya itu.
Dia tidak berniat untuk memainkan perasaan orang lain,
Dia sedar ini bukan masa untuk dia bermain madah lagi,
Dia selalu mengimpikan yang halal bersama insan yang dia makin cintai,
Dari hari ke hari.
Bertunang? Berkahwin?
Dia sudah memikirkan semua itu.
Tapi macam mana mahu dia laksanakan semua itu?
Sedangkan simpanan nya masih lagi di awan-awangan?
Sedangkan keluarga nya masih lagi mahu dia setia di hala tuju hidup sekarang?
Macam mana dia mahu realisasikan semua itu?
Bila semua kekangan itu kadang-kadang agak mustahil untuk dia rempuh bersendiri?
Ustaz selalu berkata,
Kalau niat kita baik, InshaAllah tuhan permudahkan urusan kita.
Akan tetapi andai niat sahaja tidak mencukupi,
Kalau tidak disertakan dengan doa dan tawakkal,
Bertabah wahai si penulis,
Kami tahu usaha mu ada,
Kami tahu niat mu untuk kebaikan bersama,
Kami tahu kamu mengimpikan yang terbaik dalam hidup mu,
Teruskan berusaha wahai si penulis,
Jangan berputus asa,
Tuhan selalu ada bersama mu.
Amin
No comments:
Post a Comment