Friday, July 5, 2013
Semoga Tuhan bersama pemerintahan Dr Muhammad Mursi
Mengapa kalangan liberal sangat berusaha menjatuhkan Presiden Mesir DR Muhammad Mursi?
Sedikit maklumat daripada blog-blog lain telah saya petik untuk dikongsi bersama di laman ini.
Dikhabarkan Presiden Mesir yang dipilih rakyat, Dr Muhammad Mursi telah sah digulingkan oleh tentera diketuai oleh menteri pertahanan, Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fattah Al-sisi dengan merampah kuasa secara rasmi.Ketua Mahkamah Perlembagaan Agong, Adli Mansour telah dinamakan ketua interim negara sehingga pilihan raya baru diadakan.
Kenyataan itu disampaikan sendiri oleh Abdul Fattah pada khamis (4.7.2013) dan disiarkan oleh AFP. Selain itu, Abdul Fattah mengumumkan pembekuan perlembagaan islam yang disusun sebelumnya oleh Mursi.
Media massa Malaysia sendiri kelihatan menyiarkan berita-berita yang terus memburukkan pemerintahan Dr Muhammad Mursi sepanjang 1 tahun sebelum beliau digulingkan. Namun ironik nya, pelbagai fakta yang kita tidak tahu tentang pemerintahan Dr Muhammad Mursi.
Antaranya 'dosa-dosa' yang dibuat beliau sewaktu pemerintahan Mesir dibawahnya sehingga digulingkan oleh kalangan liberal :
Membangunkan terusan Suez menjadi pasaran bebas dunia.
Membina kilang Samsung terbesar di arab hingga alat eletronik menjadi sangat murah
Menyokong perjuang Palestin, Syria dan Myammar.
Meningkatkan harga diri Mesir di kalangan negara arab bahkan di mata dunia.
Mampu membuka lapangan kerja baru untuk 600 ribu lebih penganggur di negara itu.
Menegakkan prosedur kehakiman yang sebenarnya.
Berusaha mengembalikan harta yang dibawa lari ke luar negara oleh Husni Mubarak dan minions.
Dan banyak lagi 'dosa-dosa' beliau yang sesungguhnya mengundang marah kepada lawan politik terutamanya Amerika Syarikat dan Israel.
Dan kerana 'dosa-dosa' itulah maka Mursi akan digulingkan oleh sisa-sisa pengikut Mubarak, liberas, sekular, komunis dan kristian Koptik serta Syiah sendiri. Mereka melabelkan Mursi membawa kehancuran kepada Mesir sendiri dengan 'dosa-dosa' beliau di atas.
Ucapan Dr Morsi :
Sesungguhnya,
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja,
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun,
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa.
Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan? Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur, jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.
Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun,
ku mengharapkan,
kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku,
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian,
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.
Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah,
untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah,
maka aku merasa Kau mencukupi untukku. Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah,
la haula wa la quwwata illa billah!
"Semoga Tuhan sentiasa bersama dengan orang-orang yang memperjuangkan perkara yang benar ke arah Agama-Nya"
Rujukan :
http://greenboc.blogspot.com/2013/07/terkini-presiden-mesir-drmursi.html
http://www.lamankongsi.com/2013/07/dosa-dosa-presiden-mesir-dr-muhammad.html
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment