Sekadar berkongsi cerita,
Pagi tadi,
Pergi ke bank, bayar hutang kat cash deposit atm. Di belakang, ada seorang pakcik berdiri.
Nak, boleh tolong saya?
Ya, boleh pakcik.
Tolong saya masukkan duit sebab selalunya ada pegawai yang tolong.
Hari ni cuti public cik.
Duit utk anak pakcik ya?
Ya, dia belajar di selangor, UIA
Duit dimasukkan utk anak pertama,
Berjaya.
Jumlah yg sama tapi kali ini ada rm10 5keping, rm50, rm100. Semua duit masuk dalam mesin tapi yg rm100 keluar semula. 2 kali
Pakcik ada duit lain?
Tak ada nak.
Sempat mata ini menjeling kedalam porch pakcik itu (maafkan saya). Tinggal rm7 sahaja
Hati mula tersentuh.
Cuba lagi masukkan.
Moga dipermudahkan.
Alhamdulillah berjaya.
Jelas rasa lega trlihat di riak wajahnya.
Berlalu tapi perlahan.
Ingin kutahu dia naik apa.
Motor.
Dalam hujan renyai.
Terliah wajah kepayahan.
Mengalir air mata.
Semoga pengorbanan seorang ayah itu diberi ganjaran syurga.
Belajarlah sungguh2 wahai anak2 kpd pakcik itu.
RM400 utk 2 org anak.
Sikit utk dirinya memadai.
Moga ALLAH memberkati pakcik itu.
Moga ALLAH luaskan rezeki semua ayah di luar sana.
Moga ALLAH kurniakan kesihatan kepada abah yg selalu saya sanjungi.
Belajar lah bersungguh-sungguh selagi termampu,
Semoga dapat kita balas sedikit daripada jasa orang tua kita yang tak ternilai itu
No comments:
Post a Comment