Monday, July 8, 2013

El-Baradei, Boneka Amerika bakal PM Mesir?

Diketahui umum selang beberapa hari yang lepas berlakunya peristiwa pergulingan bekas Perdana Menteri Mesir, Dr Muhammad Mursi oleh tentera yang diketuai oleh Menteri Pertahanan beliau sendiri, Abdel Fattah Al-Sisi.

Timbul berita baru di media bertulis dan media massa mengatakan bahawa sekutu kuat Amerika Syarikat, El-Baradei disebut-sebut bakal menggantikan Muhammad Mursi sebagai PM baru Mesir. Semua itu masih menjadi tanda tanya, masih lagi khabar angin yang sedang bertiup kencang di serata dunia yang mengikuti perkembangan negara bergolak itu.

Media juga mendedahkan jelasnya campur tangan Amerika Syarikat dalam pergolakan ini yang membawa kepada perletakan jawatan Mursi baru-baru ini. Ini jelas apabila dilihat kembali protes besar-besaran ini memang didalangi oleh Amerika Syarikat sendiri. Dan untuk lebih jelas lagi, pentadbiran Mursi selama setahun 5 bulan itu goyah apabila dua kumpulan dalam pentadbiran beliau sering berselisih pendapat. Barisan kumpulan penentang Mursi sendiri terdiri daripada individu yang mempunyai hubungan rapat dengan AS manakala kumpulan yang menyokong beliau terdiri daripada gerakan Ikhwanul Muslimin yang bertapak di Mesir selama 80 tahun lamanya.

Malahan perlantikan Abdel Fattah sebagai menteri pertahanan telah mengundang rasa kurang senang kepada ahli gerakan Ikhwanul Muslimin. Namun jurucakap gerakan itu memberitahu mereka terpaksa menerima dengan hati terbuka berhubung perlantikan itu apabila Mursi telah memberi kepercayaan kepada Menteri Pertahanan itu.


Profil El-Baradei :

- Mohamed El-Baradei pernah brpura-pura menggerakkan protes besar-besaran terhadap Hosni Mubarak.
- Dilahirkan di Kaherah pada 17 Jun 1942
- Graduan Universiti Kaherah dan Graduate Institute of  International  and Development studies dalam bidang perundangan.
- Meneruskan pengajian di Universiti New York

Sebab-sebab ElBaradei digelar ejen AS :

- Jika beliau penentang Hosni, bagaimana ketika itu beliau boleh menjadi pegawai khas Kementerian Hubungan Luar Mesir?
- Keahliannya dalam American Society of International Law (ASIM) diasaskan kongres AS adalah untuk mengkaji tentang perundangan negara.
- Muncul sebagai Muslim Pertama menjadi Ketua Pengarah IAEA. Empat pengarah terdahulu, semuanya beragama kristian.
- Beliau mengikut jejak AS dengan mengehadkan penggunaaan nuklear dunia kerana tidak mahu negara-negara lain mempunyai loji nuklear.
- Ditugaskan menjadi orang yang bertanggungjawab mencari bukti tuduhan AS mengatakan Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran. Program ini adalah rancangan AS kepada IAEA bagi menutup kesalahan AS menceroboh Iraq.
- Beliau memaksa Iran menghentikan program Nuklearnya sekali gus menunjukkan IAEA bukanlah badan bebas.

No comments:

Post a Comment