Thursday, March 22, 2012

Restoran Al-Safina : Lebih baik dari restoran-restoran western yang lain.


Khamis , 22 Mac 2012 , 1 hari suntuk tak makan tak minum,
kononnye puase sunat, tapi tu laa hakikat nye,
nak merase pose sunat skali-skali,
sebab rase dah lame tak pose,
Plus senior-senior pon ajak berpuase,
Last-last tinggal kite sorang jer yg berpuase sampai last brbkak.

Bukan nak cakap pasal pose sunat ke ape,
Tapi nak story sal restoran Al-safina nih,
Tempat aku berbukak puase hari nih,
Tempat first time aku rase makanan ala arab nih.













Lokasi restoran nih kalau sape-sape nak pergi,
Kat kijal, Kemaman,
Tapi agak kedalam pendalaman sikit,
Ade jer signboard yang boleh lead kite ke restoran nih bagi yang first time,
Tapi lau dah susah sangat nak cari signboard tu jugak,
Beli jer Garmin satu, takpon Google Map dulu sebelom mula perjalanan ke restoran nih.

Bagi aku,
Restoran nih jauh lebih baik,
Jika nak aku bandingkan dengan Pizza or Mcd takpon KFC,
Semahal-mahal makanan kat restoran nih pon,
Jauh lebih sedap daripada makanan2 western tuh.

Sebab-sebab aku kate camtuh?

- Environment restoran or tempat makan yang totally high class even lepas di Convert dari sebuah rumah biase.













- Pengurus restoran tuh, seorang asing yang berbangsa arab teramat lah pandai melayan pelanggan dan ramah mesra. Dalam kesibukan ambil order and hantar makanan sendiri, sempat lagi beliau tanye kitorang same ade kitorang puas hati ke tak dengan makanan yang dihidangkan. And sempat lagi joke dengan kitorang.













- Memang sesuai untuk sesiape yang berminat dengan citarasa makanan arab, dan harga memang a bit loaded, tp sesuai dengan makanan tersebut daripada anda labur duit anda melayan meratah western kat kfc or mcd hari-hari kan, Baik lah labur kat restoran islam nih.













- Plus ! Harga total tuk makanan kat sane tak kan dikenakan tax gov or tax yang tak berkaitan sampai Rm10-20 ringgit macam kat western lain like pizza or Mcd.


P/s : 4 Star aku kasi kat restoran tuh. Tak leh bagi 5 star, nanti orang kate mngade-ngade sngat.  nak 5 star pegi rase makan sendiri kat restoran tuh k.

Sunday, March 18, 2012

Facebook : Dalam status lain, kat luar lain.


News Feed...

"Islam itu indah, jagalah aurat kita sebagai seorang wanita islam"(Contoh)

Tapi kat luar?
Pergi berdating, duduk rapat-rapat sampai orang lain boleh buat fitnah ape hal?
Orang yang kenal anda kat facebook, kalau tengok anda kat luar buat camtu macam mane?
Kompem die terkesima, sebab luaran anda tak sama dengan status anda kat facebook.

Dalam status bukan main lagi jage aurat,
jaga batas, jaga sikap sebagai seorang islam,
post semua benda baik lah boleh dikatakan,

Tapi kat luar,
Takde segan, takde silu,
boleh jer main gurau-gurau dengan bukan muhrim,
cuit situ, cuit sini,
Pegang atas, pegang bawah.

Dari pegang boleh jadi benda lain jugak,
Jangan sampai menyesal takde gune nanti,
 Jangan sampai tahap orang lain judge anda sebagai perempuan/lelaki murahan.
Yang senang-senang dihasut oleh cik setan.

Biar lah diri kita sentiasa dipandang baik oleh orang lain,
Walaupon kita manusia memang ade kelemahan,
Jangan lah biarkan kelemahan tu menguasai diri kita,
Sampai kita pon terjebak dengan benda-benda haram,
Yang boleh menghancurkan masa depan diri sendiri.

Last for you, kalau ade yang menegur,
Terima lah dengan hati yang terbuka,
Kalau tak boleh terima nasihat tu daripada sesama manusia yang juga ade kesalahan,
Anggap lah nasihat tu petunjuk daripada Allah s.w.t untuk diri kita berubah menjadi lebih baik.



P/s : Same like book, don't judge facebook-er by their status.

Tuesday, March 13, 2012

The Valley of the Wolves Palestine : Filem Termahal pernah dihasilkan warga Turki

"Valley of the Wolves: Palestine (Turkish: Kurtlar Vadisi: Filistin) is a Turkish action film, directed by Zübeyr Şaşmaz, about a Turkish commando team which go to Palestine to track down the Israeli military commander responsible for the Gaza flotilla raid. The film, which went on nationwide general release across Turkey on 28 January 2011, is one of the most expensive Turkish films ever made. It is part of the  (2011-01-28)Valley of the Wolves media franchise, based on the Turkish television series of the same name, and is a sequel to Valley of the Wolves: Iraq (2006) and Valley of the Wolves: Gladio (2008). The film caused some controversy: some German film critics accused the film of being antisemitic."

-Petikan Dari Wikipedia-

 Terima kasih dan sekalung tahniah kepada Persatuan Mahasiswa Islam TATiUC kerana telah berjaya menganjurkan tayangan ini pada tarikh 12/03/2012, jam 8.45 malam. Tayangan ini tak langsung dah mencapai objektif untuk mendedahkan kepada penonton tentang pendedahan kepada keganasan yang berlaku di negara bergolak palestin yang banyak disebabkan oleh tentera Israel.

Sinopsis filem ni secara pendek boleh aku simpulkan, berkenaan dengan 4 orang warga Turki, yang diketuai Polat Alemder dan orang-orangnya yang masuk kedalam negara palestin untuk membalas dendam keatas kematian para sukarelawan yang dalam perjalanan untuk menghulurkan bantuan kepada warga palestin akibat diserang rejim zionis. 

Polat Alemder membuat siasatan terperinci sepanjang berada di Palestin dan dia semakin berjaya mencapai misinya, namun seperti tak dijangka, General tentera Israel, Mosche Ben Eliezer telah menyusahkan laluannya dengan membunuh penduduk palestin yang membantu Polat dan membakar perkampungan mereka walaupon perkampungan itu hak milik penuh penduduk palestin.

Secara tak langsungnya, filem 20Juta ini dah membuka mata dunia dengan kekejaman rejim zionis keatas penduduk palestin dan usaha yang boleh dilakukan untuk membantu negara bergolak ni untuk bebas dari kekejaman tersebut.


P/s : Malam ni tayangan lagi oleh PMIT. Jom pergi ramai-ramai.

Monday, March 12, 2012

Bile die salah, kau kata betul, tapi bila aku betul ?


Bile die buat salah,
Kau kata betul,
Bile aku buat salah,
Takpe laa kau kata salah,
Sebab aku memang salah,
Terima kasih sebab kate aku salah.
Even kau tak cube betulkan aku,
Tapi sekurang-kurangnya,
aku tau aku ade salah

Tapi kenape?
Bile die buat salah kat tak kate salah jugak?
Kenape kau kate die betul sedangkan terang2 die memang salah?
Kenape kau tak cube sedarkan die yang sedang dalam keadaan yg salah?

Agaknya kau tak sayang die kan?
Sayang sbagai seorang kawan yang sentiasa ade dikale kawannya dalam kesusahan.
Agaknya kau tak nak die berubah jadi baik kan?
Agaknya kau hanya mempergunakan die untuk kebaikan kau jer kan?

Sedarlah,
Kawan yang baik bukan untuk dipergunakan.
Kawan yang sentiasa bersama bukan untuk jadi sandaran hidup semata-mata.
Kawan yang sentiasa menegur bukan lah tanda die membenci.
Kawan yang sentiasa melihat kesalahan kita dan memperbetulkannya adalah kawan yang betul-betul ikhlas untuk bergelar kawan dalam hidup kita


Saturday, March 10, 2012

Tips tengok movie hantu kat wayang.


2 Hari lepas , baru jer pergi tengok wayang citer Woman In Black.
Macam tajuk nya jugak, Cerita nih Genre seram tahap PG13.
Memang kurang sesuai untuk budak-budak di bawah umur.

Cerita tuh same jer mcam citer hantu lain,
Ade part-part seram,
But citer nih takde pon part yang boleh digelak tawa kan.

Sejujurnya, aku pon first time experience tengok movie hantu kat wayang nih,
Dengan sound system yang menggegar telinga,
Plus jeritan hantu tuh yang bagai nak gila, (memang dah gile pon)
Dengan BackGround Music nye yang suspen,

Kesimpulannya, ketidak sesuaian untuk orang yang ade lemah jantung dan kencing manis,
dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan laa.

Btw, semasa dalam cinema tuh,
aku ade perhati beberapa perkara yang menarik berkenaan ngan penonton2 yg lain.

Example : Ade couple yg duduk kat seat couple seberang dengan seat aku,
Ape aku perasan, Bila time part-part yg dijangka akan memeranjatkan,
ini lah perbualan diorang,
"Eh, u dah makan belom?" "Belom lagi laa."
"Tiket movie takdi brape ringgit?" "Murah jer"
"Nanti nak makan ape" "Ape-ape jer laa"

Dan lain-lain perbualan yang aku anggap useless untuk dibincangkan dalam wayang.
Bagi pengamatan aku, diorang nih memang sengaja sembang camtuh just nak avoided mate dari tengok citer hantu kat depan tuh. Hoho~

And lain-lain perbuatan yang aku perhatikan boleh dijadikan tips untuk control cool depan movie hantu tuh.

Tips 1 : Bile dah masuk scene yang korang rase akan ade benda-benda giler akan keluar kejutkan korang, cepat-cepat grab handphone korang buat-buat ade message masuk and bace. Tak pon capai pop corn or Air yg korang beli buat-buat makan or minum walaupon tak masuk dalam masuk.
Tujuannye hanya untuk avoid eye contact dengan screen kat depan tuh.

Tips 2 : Buat-buat pening kepale or batuk ke or bersin ke yang boleh buat kepale korang pergi bawah seat. Hanya semata-mata untuk avoid eye contact jugak.

Tips 3 : Sumbat Earphone dalam telinga korang, pastu pasang lagu favourite korang kuat-kuat sampai tak dengar sound system kat wayang tuh. Pastu lau ade part-part seram tuh keluar, korang gelak jer laa sekuat-kuat nya even org lain tengah terkejut tak terkata sebab takut, tapi korang kan tengah dengar lagu, tak dengar pon jeritan hantu tuh, nampak muka hantu tuh jer pon kan.

Tips 4 : Buat-buat sakit perut, and rush keluar, act macam nak pergi tandas sangat-sangat laa. Lepas keluar tuh, tarik nafas panjang-panjang, control macho skit jangan tunjuk sngat korang kuar wayang sebab takut, pastu pergi adjust awek kaunter tiket tuh. Buat-buat laa sembang skit and kuarkan ayat macam, "Cerita hantu nih bosan sangat laa, I keluar ni pon sebab sejuk kat dalam tuh. Haihh, Tak takut langsung pon rase". tapi jangan lupa lak, timing bile movie tu nak habis, masuk laa balik. Jangan tak masuk2 lak.

Tips 5 : Kalau korang jenis tidor mati, Tidor jer laa lagi senang. Pastu lau movie tu habis cakap laa camni. "Damn! Ni pasal tak cukup tido laa nih, habis tertido mase movie takdi. Geram tol!" Dalam hati, "Fuhhh, lega terlepas sudah cerita hantu takdi"


P/s : Kalau kuar tengok wayang dengan orang same, jangan amalkan selalu benda-benda kat atas tuh. Nanti kena kutuk. haha

Thursday, March 1, 2012

Busy dan malas , Blog tak terupdate .

Assalamualaikum w.b.t ,

Banyak benda terjadi sepanjang aku tak update ,
Banyak benda tuk dicerita sebagai perkongsian dengan semua ,
Banyak benda tuk dihebah sebagai peringatan ,
tapi aku tak sempat nak buat semua tuh ,

Nak kate busy takde laa busy sangat , tapi busy laa jugak .
Tapi busy aku takde laa melampau macam Dato yang berumah besar kat depan kolej aku nih .
Assignment , assessment , club activity , pastu assignment balik .
Sampai takde mase nak celah tuk blog buruk aku nih .
 Bukan kerana aku malas ,
tapi sejujur nye takde mood aku nak berikan mase free aku tuk cerita semua tuh ,
tuk aku cerita kan masalah-masalah yang tak sepatutnya aku hebahkan ,
masalah-masalah yang tak sepatutnya aku pikirkan di usia aku yang tak berapa nak tua lagi nih ,

Sebab aku bukan gedik-gedik nak ceritakan hal tak sepatutnya kat umum ,
nanti kompem org kate ,
"Alah, mase panjang lagi dah frust menonggeng pikir 'masalah' tuh. Tak yah laa. buang mase jer.'

Btw, maybe aku tapis balik masalah ape yang aku nak ceritakan kat umum.
Bukan tuk gedik-gedik nak cerita masalah hidup kat org lain yang sememang tak berminat nk tau,
Tp maybe aku ade point sendiri untuk di mention bagi memperingatkan diri sendiri ,
dan juga peringatan tuk orang lain.

P/s : Good night , Ngantuk ~ :)