Sunday, May 26, 2013

Impian dan khayalan #Part16


Dia bukan tak kuat,
Dia bukan lemah,
Dia bukan tak mampu berdiri sendiri,

Dia juga manusia biasa,
Perlukan insan yang mampu sentiasa ada,
Yang mampu menemani nya,
Di kala dia jatuh,
Di kala dia bangun,
Di kala dia lalai,
Di kala dia buat apa saje,
Dia perlukan bimbingan,

Dia bukan budak-budak lagi,
Tapi dia sedar dia masih leka dibuai dugaan duniawi,
Dia masih tenggelam di dasar lautan dosa,
Dia masih terbakar di kala api cabaran melanda diri nya,

Bila berseorang selalu dia sedar,
Banyak lagi dirinya perlu diperbaiki,
Banyak lagi bimbingan untuk dirinya sendiri,
Tak kira bimbingan dunia mahupun untuk bekalan akhirat kelak.

Tidak kira masa, Tidak kira tempat,
Dia selalu leka, dia selalu silap :)

Impian dan khayalan #Part15


Dia sampai di rumah dikala warga kota sedang bersiap untuk bekerja,
Dia sampai di rumah dengan membawa harapan yang agak pudar,
Dia sampai di rumah dengan keadaan yang agak menyakitkan,

Fizikal dia tampak hebat,
Raut wajahnye tampak ceria,
Namun hatinye?
Biarlah die jer yang tahu.

Sedih die,
Kecewa die,
Selalu die rasekan die berseorangan,
Takde sape yang tau ape yang die rase kecuali yang maha-Esa,

Ya, die cuba luahkan semua itu kepada seseorang,
Tapi tak berhasil,
Die terkandas disebalik cubaanye menarik perhatian,
Selalu die yang terjatuh lagi disebalik kekecewaan nya itu.

Tapi takpe lah, die cuba bersabar,
Di sebalik semua dugaan nih,
Dia yakin pasti ade hikmah dikemudian harinya,

Dia senyum,
Dengan hasrat dia mampu menghilangkan kesedihannya,
Dengan hasrat dia cuba memadamkan kekecewaannya,
Dengan hasrat dia ingin menggembirakan orang disekelilingnya,

Biarlah dia mati,
Asalkan orang yang dia sayang bahagia :)

Thursday, May 23, 2013

Impian dan khayalan #Part14


Matahari tegak atas kepala,
Panas terase walaupon aircond kereta dibuka sesejuk yg mungkin,
Jalan sesak penuh dengan kenderaan,
Ade ke timur, ade ke barat,
Dalam hati terus berkata,

Ya Allah, selamatkan lah perjalanan aku nih,

Perlahan-lahan dipandu kereta nih,
Sekali-kali memotong, sekali-kali memecut,
Dalam fikiran hnya ingin mau sampai ke rumah tercinta,
Takde niat nak singgah mane2.

Tapi aku tak menipu,
Dalam fikiran ku hanya satu,
Memikirkan hari esok,
Hari untuk sesi interview bachelor pendidikan di UPM,
Interview tu mungkin tak penting bagi orang lain,
Tapi interview tu amat besar nilainye bagi aku,
Penting untuk aku balas jasa-jasa ibubapa tercinta,
Penting untuk aku buktikan bahawa aku bukan seperti yg disangka oleh ramai org trdekat.

Kadang-kadang mengeluh,
Kadang-kadang berdebar,
Kadang-kadang gembira,
Kadang-kadang excited,

Semua perasaan ade,
Tapi satu tetap aku utamakan,
Rase syukur aku kepada-Nya,

Terima kasih Ya Allah, Kau berikan aku peluang yang tak ternilai ini.





Wednesday, May 22, 2013

Bila diri rasa perlu untuk berubah.


Terduduk di bangku,
Merenung jendela yang terbuka luas,
Satu sengaja dibuka,
Lagi satu memang rosak menunggu masa untuk jatuh kebumi.

Matahari kian berdiri tegak di atas kepala,
Ohh, dah lewat rupenye.
Baru aku ingat, aku tido pon lewat semalam,
Tidak hairan bangun pon hampir nak ke zohor.

Sighh, keluhan secara sendirinya keluar,
Digapai Blackberry buruk dicucuk charger diatas meja,
Ternampak signal merah berkelip, Pasti ade text menanti untuk dibace,
Dibukak nye text tuh, 2 text baru menanti,
Satu dari sang dia, satu dari suatu nombor yang memang aku tak kenali,
Hati tertarik untuk bukak msg dari nombor misteri tuh,
Dibaca nya dengan penuh minat,
Habis jer bace terus hati rase bahagia untuk sementara,
Wahh, today is my day !

Text tu mengandungi semakan panggilan temuduga untuk bachelor pendidikan di UPM,
Macam-macam perasaan bermain di benak hati when habis jer bace text tuh,
Terkejut ade, terkedu pon ade, happy bukan kepalang, tp beruntung pon still ade.

Aku tak mengharap sangat untuk interview tuh,
Tp orang tua-tua cakap, cuba dulu bila dah nampak peluang,
Rezeki depan mata, tak baik ditolak.
Terus jer aku gapai tetikus dan keyboard,
Terus jer aku brows laman sesawang yg disebutkan dalam msg tersebut,
Masuk Ic, and thats it. I really got the interview !

Tuesday, May 21, 2013

Impian dan khayalan #Part13


Bangun dari tido, dah takde sape2 kat bilik.
Rakan-rakan sibuk kelas masing-masing,
Tinggal la pengangur baru ni terkelip-kelip,
Bersendirian melayan perasaan di bilik.

Duduk di kerusi, Open laptop yg dah agak tak terjaga nih,
Open browser, Online MukaBuku,
Tngok notifications takde sangat,
Tngok news feed?
Huhhhhh? Sedikit meluat tengok sesetengah status yg takde langsung motifnye.
Kadang-kadang tertengok status nk attract perhatian,
Kadang-kadang tertengok status nk cari gaduh,
Kadang-kadang status yg maha hipokrit pon ade,

Tp tu sume aku simpan dalam hati sorang-sorang,
Sape la aku nak judge status tu sume,
Aku pon bukan perfect, Selalu jugak buat sume tuh. *Mengaku*

Terdetik hati,
Agak lame aku tak bukak facebook die,
Bile dah bukak, check itu, check ini.
Terus jer hati rase lain,
Tak payah lah dimention kenape.

Kisah lame berulang kembali,
Salah yg lalu diulang lagi,
Kesilapan yg dulunye padam kini terungkit sudah.

Takpe lah,
Aku dah biase mcam nih,
Aku dah biase terkena,
Aku tak mntak untuk terkena lagi,
Tapi andai itu nasib aku, Aku redha sepenuh-penuhnya.

Kawan-kawan ada jugak berkata,
Terlalu setia pon kadang-kadang memakan diri jugak.
Tapi tu lah aku,
Perasaan manusia bukan untuk dimain-mainkan.

P/s : Terlalu lame tak update, kini aku mula untuk update blog ini lg