Kadang2 kita merasa resah memikirkan sesuatu hal yang kita rasa amat  penting untuk kita pikirkan. Namun tanpa kita sedari, dalam masa yang  sama, kita dah lupakan hal-hal lain yang lebih penting dan patut kita  pikirkan. Sebab itu juga, kita telah hancurkan masa depan kita  semata-mata memikirkan hal-hal yang berkenaan yang tidak patut kita  pikirkan pada usia kita. Sedarlah kita bahawa masih ramai insan-insan  prihatin  yang menaruh harapan pada kita, untuk melihat kita berjaya,  untuk melihat kita bahagia dan yang paling penting untuk membalas  jasa-jasa baik yang ditaburkan oleh insan-insan berkenaan pada masa akan  datang. 
Justeru itu, pikir-pikir dan renungkan lah semua masalah yang  belum selesai dan masih membelenggu hidup kita ini. Sedia kan sedikit  masa untuk diri sendiri bagi memikirkan penyelesaian yang terbaik untuk  semua masalah-masalah itu. Dan yang paling penting sentiasa lah ingat  bahawa setiap ujian dan halangan yang mendatang pasti ada hikmah yang  tersurat dan tersirat oleh Allah s.w.t. Sentiasa la beringat dan  menyebut nama-Nya dikala susah dan senang.

No comments:
Post a Comment