Sunday, October 23, 2011

Bila undang-undang negara mengatasi sifat kemanusiaan.

13 Oktober 2011 , di sebuah pasar yang agak sibuk konon sibuk la di Foshan, China, sorang kanak-kanak China, Yue Yue kena langgar 2 kali oleh van dengan digilis begitu sahaja. CCTV kat situ dapat rakam detik-detik menyedihkan tuh. Rakaman tragedik tu menunjukkan situasi dimana sebuah van telah melanggar dan menggilis terus badan Yue Yue dengan tayar depan. Pemilik Manusia? van itu berhenti sejenak selepas kemalangan itu, tetapi kemudian melucur terus meninggalkan kanak-kanak itu berdarah di tepi jalan. Ketika ia meluncur, tayar belakangnya pula naik ke atas badan budak itu. Beberapa minit lepas tuh, ade laa seorang lelaki yang berjalan betul-betul bersebelahan kanak-kanak malang itu. Dia memandang kanak-kanak itu melalui hujung matanya sahaja. Bangan tol ! 


Kemudian sebuah lagi van melalui jalan tersebut dan menggilis kanak-kanak itu. Kali ini van kedua tidak berhenti langsung seolah-olah ia hanya melanggar satu bongol. Lagi la bangang ! 



Lagi sedih, Sekurang-kurangnya 13 orang lagi berjalan lalu tanpa menghiraukan kanak-kanak itu. Ada juga yang berhenti untuk melihat Yueyue, tetapi tidak melakukan apa-apa. Akhirnya, seorang wanita yang sedang mengutip sampah, ternampak Yueyue dan menariknya ke tepi jalan sejurus sebelum satu lagi van memandu lalu. Hanya selepas itu ibu Yueyue muncul dalam video itu. Menurut akhbar BBC, kanak-kanak itu merayau semasa ibunya sedang mengambil pakaian di dobi. Manakala Reuters berkata polis telah menahan kedua-dua pemandu van itu.

Ape rasional diorang jadi camnih ? Kemana sikap kemanusiaan diorang rakyat china
Sebab diorang jadi camtu ialah ?
Ramai orang di China teragak-agak untuk membantu orang yang kelihatan seperti berada dalam kecemasan kerana bimbang mereka akan dipersalahkan.

Patut ke undang-undang camnih ? Memang tak patut sangat2 laa kan !  Tapi nak buat camne, tu dh jadi undang-undang negara diorang, kita kat Malaysia nih hanya mampu geleng kepala, sumpah seranah kat orang-orang yang tk berhati perut berkenaan, tanpa kita leh ubah ape2 pasal undang-undang diorang. Tapi ape yang pasti betapa tak logik nya apabila undang-undang negara dah mengatasi sikap kemanusiaan rakyat negara tu sendiri. 


Ni laa gambar kanak-kanak malang tersebut, kanak-kanak yang hidupnya same ngan kanak-kanak lain. Seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya, Yue Yue kelihatan sangat gembira memegang gula-gula di tangan. Pastinya si kecil itu tidak tahu bagaimana keseronokkanya itu tidak akan kekal lama. 
Tapi yang pasti nye,
Insiden itu mengundang persoalan di China akan apakah rakyatnya sudah hilang terus sikap perikemanusiaan.

No comments:

Post a Comment