Tiada manusia yang hidup di dunia ini adalah perfectionist. Namun kita boleh mencuba terbaik untuk menjadi 'perfect' di mata orang lain. Hidup ini tak kan pernah maju jika kita terus menerus mencari kesalahan orang lain sedang kan kita langsung tak membaiki hidup kita sendiri dan terus di ambang kemunduran dan jauh ketinggalan di belakang orang lain mahupun bangsa lain.
Cuba la mencari dan meneruskan usaha-usaha yang mampu memajukan diri sendiri dan seterusnya mengangkat martabat bangsa di pandangan bangsa lain. Jangan la asyik mengharap huluran tangan dari orang lain kerana sesungguhnya kita tidak mengetahui sama ada manusia yang membantu itu benar-benar ikhlas ataupun sekadar hendak terus membiarkan kita dibuai hidup dalam bantuan. Berpijak la didunia nyata, bukan di alam mimpi. Berdiri la dengan kaki sendiri, bukan terus mengharapkan orang lain 'mendirikan' anda. Cari la ilmu, agar dapat digunakan pada masa akan datang dikala hidup kita kesenangan, bahkan kesusahan. =)
No comments:
Post a Comment