Sunday, October 30, 2011

MIKAT III

26 Oktober 2011 sampai 29 Oktober 2011 , berlangsungnya minggu 
keceriaan asrama KOT , tak jumpe cari pamplet !  @ MIKAT III
seluruh warga TATIUC yang duk hostel nih kene kemas2 and bersih blok ngan bilik masing2. Sebab utama kemas-kemas bilik tuh sebab ade judge nk check bilik ke bilik hari sabtu tuhh.
Malam sabtu tuhh mmang mnampakkan kerajinan beberapa buah bilik yang leh dilihat tersangat lahh rajin
dan semangat nak buat lawa bilik tuhh.. Bilik aku sendiri pon kemas laa jugak sikit-2 walaupon takde laa smangat macam bilik lain.
Tapi aku terpikir gak lau tengok bilik-2 yang diorang ni siap kemas, tak leh ke kekalkan kekemasan bilik tuhh sampai habis belajar? Bilik kemas ade jgak mood skit nak belajar, ni lau bilik dah serabut sampai nak land buku pon takde tempat, mcam lah bilik aku sendiri gak, sampai nak buat assignment pon baru laa duk sibuk kemas sikit.. takde tempat nk study pnye pasal. 
Balik topik asal , aktiviti sepanjang minggu nih leh bagi 4/5 laa sebab pengisian aktiviti tuh takde laa bosan2 sangat sebab peserta-2 disediakan macam-2 permainan yang langsung tak formal mcam main Chess, Dam Aji lah, Carrom lagi, main Dart, last-2 main Treasure Hunt , se lagi main cantum Puzzle lam group.

Peserta-peserta permainan Puzzle








 Staff tinggi HEPA macam Cik Wan Zulkarnain pon boleh spent time sampai lewat-2 malam bersama ngan student-2 sepanjang malam tuh kat Student Centre.
 

 Che Wan pon pandai main catur gak. Kaloh dok starang Abg Yo. Haha !


Keseluruhannya MIKAT III kali ni jadi, tak dok laa bosan ngat lau tanye peserta-peserta pon disebabkan aktiviti-aktiviti yang dok bosan mane. Tapi bab penglibatan tuh lagi best lau diramaikan lagi dengan student-student lain yang tak balik rumah minggu MIKAT tuh. Bila lagi kite nok kenal same sendiri kan kalu dok mase nih. Ni duduk seBlok lame doh, kadang baru kenal, 
"Eh ! Mung duduk Blok X rupenye, bakpe dok prasan selame nih?"

  HAHA ! takpe2, masing2 pon ade hal sendiri kan. takde gune gak kalu kite masuk sesuatu aktiviti tuh dalam keadaan niat yang memakse. Bukelah sikit hati kite tuh tuk meng-aktifkan diri dalam macam-macam aktiviti, sebab setiap benda tuh bukan dibuat sekadar tuk keburukan sajer, pikirlah kearah positif sikit. Jangan laa mari tempat belajor tuh, semate-mate nok belajor jer lahh kan. Mende gune kite bayor yuran perkhidmatan lau padang dok bilik main game komputer sendiri. ork ork ? hehe ~

Sunday, October 23, 2011

Bila undang-undang negara mengatasi sifat kemanusiaan.

13 Oktober 2011 , di sebuah pasar yang agak sibuk konon sibuk la di Foshan, China, sorang kanak-kanak China, Yue Yue kena langgar 2 kali oleh van dengan digilis begitu sahaja. CCTV kat situ dapat rakam detik-detik menyedihkan tuh. Rakaman tragedik tu menunjukkan situasi dimana sebuah van telah melanggar dan menggilis terus badan Yue Yue dengan tayar depan. Pemilik Manusia? van itu berhenti sejenak selepas kemalangan itu, tetapi kemudian melucur terus meninggalkan kanak-kanak itu berdarah di tepi jalan. Ketika ia meluncur, tayar belakangnya pula naik ke atas badan budak itu. Beberapa minit lepas tuh, ade laa seorang lelaki yang berjalan betul-betul bersebelahan kanak-kanak malang itu. Dia memandang kanak-kanak itu melalui hujung matanya sahaja. Bangan tol ! 


Kemudian sebuah lagi van melalui jalan tersebut dan menggilis kanak-kanak itu. Kali ini van kedua tidak berhenti langsung seolah-olah ia hanya melanggar satu bongol. Lagi la bangang ! 



Lagi sedih, Sekurang-kurangnya 13 orang lagi berjalan lalu tanpa menghiraukan kanak-kanak itu. Ada juga yang berhenti untuk melihat Yueyue, tetapi tidak melakukan apa-apa. Akhirnya, seorang wanita yang sedang mengutip sampah, ternampak Yueyue dan menariknya ke tepi jalan sejurus sebelum satu lagi van memandu lalu. Hanya selepas itu ibu Yueyue muncul dalam video itu. Menurut akhbar BBC, kanak-kanak itu merayau semasa ibunya sedang mengambil pakaian di dobi. Manakala Reuters berkata polis telah menahan kedua-dua pemandu van itu.

Ape rasional diorang jadi camnih ? Kemana sikap kemanusiaan diorang rakyat china
Sebab diorang jadi camtu ialah ?
Ramai orang di China teragak-agak untuk membantu orang yang kelihatan seperti berada dalam kecemasan kerana bimbang mereka akan dipersalahkan.

Patut ke undang-undang camnih ? Memang tak patut sangat2 laa kan !  Tapi nak buat camne, tu dh jadi undang-undang negara diorang, kita kat Malaysia nih hanya mampu geleng kepala, sumpah seranah kat orang-orang yang tk berhati perut berkenaan, tanpa kita leh ubah ape2 pasal undang-undang diorang. Tapi ape yang pasti betapa tak logik nya apabila undang-undang negara dah mengatasi sikap kemanusiaan rakyat negara tu sendiri. 


Ni laa gambar kanak-kanak malang tersebut, kanak-kanak yang hidupnya same ngan kanak-kanak lain. Seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya, Yue Yue kelihatan sangat gembira memegang gula-gula di tangan. Pastinya si kecil itu tidak tahu bagaimana keseronokkanya itu tidak akan kekal lama. 
Tapi yang pasti nye,
Insiden itu mengundang persoalan di China akan apakah rakyatnya sudah hilang terus sikap perikemanusiaan.

Monday, October 17, 2011

Awk tetap mkcikk sy walau camne pon (^_~)



Post nih untuk awak. 
Tuk sy luahkan yg awak tetap mkcikk sy walau ape yg sy trpakse hadapi.
Walau camne pon tuhan uji kesabaran sy hanya untuk awak,
Sy tk sepandai lelaki lain, tp sy sentiasa ingin cube yang terbaik tuk awak.
Selagi awak sentiasa happy lam ape pon yg awk buat..

Take Care and Good Luck .. ~ ^_^

Sunday, October 16, 2011

Nukilan untuk diri sendiri ~

Kadang2 kita merasa resah memikirkan sesuatu hal yang kita rasa amat penting untuk kita pikirkan. Namun tanpa kita sedari, dalam masa yang sama, kita dah lupakan hal-hal lain yang lebih penting dan patut kita pikirkan. Sebab itu juga, kita telah hancurkan masa depan kita semata-mata memikirkan hal-hal yang berkenaan yang tidak patut kita pikirkan pada usia kita. Sedarlah kita bahawa masih ramai insan-insan prihatin  yang menaruh harapan pada kita, untuk melihat kita berjaya, untuk melihat kita bahagia dan yang paling penting untuk membalas jasa-jasa baik yang ditaburkan oleh insan-insan berkenaan pada masa akan datang. 
 
Justeru itu, pikir-pikir dan renungkan lah semua masalah yang belum selesai dan masih membelenggu hidup kita ini. Sedia kan sedikit masa untuk diri sendiri bagi memikirkan penyelesaian yang terbaik untuk semua masalah-masalah itu. Dan yang paling penting sentiasa lah ingat bahawa setiap ujian dan halangan yang mendatang pasti ada hikmah yang tersurat dan tersirat oleh Allah s.w.t. Sentiasa la beringat dan menyebut nama-Nya dikala susah dan senang.

Nukilan untuk diri sendiri ~

Tiada manusia yang hidup di dunia ini adalah perfectionist. Namun kita boleh mencuba terbaik untuk menjadi 'perfect' di mata orang lain. Hidup ini tak kan pernah maju jika kita terus menerus mencari kesalahan orang lain sedang kan kita langsung tak membaiki hidup kita sendiri dan terus di ambang kemunduran dan jauh ketinggalan di belakang orang lain mahupun bangsa lain.
Cuba la mencari dan meneruskan usaha-usaha yang mampu memajukan diri sendiri dan seterusnya mengangkat martabat bangsa di pandangan bangsa lain. Jangan la asyik mengharap huluran tangan dari orang lain kerana sesungguhnya kita tidak mengetahui sama ada manusia yang membantu itu benar-benar ikhlas ataupun sekadar hendak terus membiarkan kita dibuai hidup dalam bantuan. Berpijak la didunia nyata, bukan di alam mimpi. Berdiri la dengan kaki sendiri, bukan terus mengharapkan orang lain 'mendirikan' anda. Cari la ilmu, agar dapat digunakan pada masa akan datang dikala hidup kita kesenangan, bahkan kesusahan. =)