Friday, January 11, 2019

Impian dan khayalan #Part42 (Muhasabah)

Adik dan sahabat nya selamat menaiki bas menuju ke kampung halaman,
Namun dia masih lagi terduduk disitu,
Termenung dia memikirkan sesuatu,
Tidak dia mengerti kenapa tiba-tiba sahaja sebak itu datang,

Puas dia memikirkan apa punca sebenar,
Dia terfikir sepanjang adik nya di kuala lumpur ni,
Apa telah dia buat yang mampu buat adik nya gembira,

Seraya itu juga terfikir dia,
Apa yang dia buat selama ini untuk keluarga nya,
Apa sumbangan nya untuk kedua ibubapa,
Tatkala termenung dia di birai jalan,
Airmata nya luruh begitu sahaja,
Dia makin keliru,
Mulut nye berkata,

Mengapa?

Hati nya membalas kembali,

Apakah cukup bahagia keluarga mu dengan apa yang engkau ada sekarang?
Apakah cukup selesa keluarga mu dengan pengorbanan mu hari demi hari?

Dia faham semua itu,
Tapi dia tahu dan pegangan nya hanya satu,
Rezeki kita semua Allah dah tulis siap-siap,
Cepat atau lambat pasti akan tiba,
Perbanyakkan doa memohon dimurahkan rezeki.

Andai nya tuhan dah tetapkan rezeki mu, Apa guna lagi doa?

Sesungguhnya, Allah suka umat nya meminta apa pun daripada Nya,
Sesungguhnya, Allah maha pemurah, lagi maha mendengar,
Sesungguhnya, setiap apa jua perancangan Nya, tidak akan pernah kita tahu,
Minta la, berdoa la daripada Tuhan mu yang maha esa,
Sesungguhnya pintu Allah sentiasa terbuka untuk umat nya.

Hanya Tuhan saja tahu apa sahaja niat dia,
Hanya Tuhan saja tahu apa jua perancangan dia,
Semoga dipermudahkan segala urusan,
Semoga diterima segala taubat dan dihapuskan dosa-dosa silam yang tidak terkira.

No comments:

Post a Comment