Tuesday, December 10, 2013

Impian dan khayalan #Part21


Terduduk dia termenung sendirian,
Termenung dia bukan la kosong,
Termenung dia memikirkan pelbagai masalah,

Kadang-kadang masalah kecil pon ada,
Kadang-kadang masalah besar pon turut memohon ruang bagi menghuni rumah perasaannya,

Dia gembira,
Tapi dia gembira tak keseorangan,
Dia gembira bersama pelbagai teman,

Namun kenapa berlainan pula dikala dia berduka,
Kenapa tiada seorang pon bertanya kenapa dia sakit hati?
Kenapa dia keseorangan dikala hatinya gelap ditimpa pelbagai musibah?

Dia sedih,
Dikala dia ikhlas untuk menjaga hati dan perasaan orang lain,
Dia masih lagi disalah anggap,

Hidup dia suram,
Sesuram awam yang sentiasa mendung dikala musim tengkujuh sedang berlaku,

Namun dihadapan sahabat,
Dia masih lagi cuba tersenyum,
Senyuman dia menutup pelbagai cerita,
Senyuman dia menyangkal pelbagai dakwaan,
Yang mengatakan dia sedih.

Takpe laa,
Lumrah hidup,
Ragam manusia ini pelbagai,
Rambut je sama hitam, namun hati kita tak kan sama,

Dia cuba menyembunyikan kesedihannya,
Biarla orang kata kita tak ikhlas,
Yang penting jangan bersikap lemah dihadapan orang lain,
Jangan merayu simpati biar pon darurat menimpa diri sendiri,

Sabar la selagi termampu,
Hanya tu yang mampu dilakukan untuk masa sekarang,
Ego tidak mendatangkan apa pon kebaikan,
Biarla kita sakit hati seorang,
Asal hati orang lain bahagia,

P/s : Dia menulis apa yang dia rasa, 
Dia menulis apa yang dia alami, 
Dia menulis bukan untuk merayu simpati, 
Dia menulis hanya sekadar berkongsi.
Harap mampu difahami coretan sebuah kisah kehidupan ini.

"Perasaan aku, niat aku, jujur biar la tuhan je yang tahu. Manusia suka menilai dengan pelbagai keburukan. Terima la seadaanya"

No comments:

Post a Comment