Saturday, December 7, 2013

Impian dan khayalan #Part20


Lama benar dia tak menaip,
Lama benar dia tak menjenguk blog buruk ini,

Apa guna blog kalau tak diupdate,
Apa guna blog kalau apa yang penting tidak dikongsi bersama,
Baru-baru ini dia teringin menjadi vlogger,

Alah, Mat Lutfi? Anuar hadi? Shazleen Fazlynda?

Difikir-fikir balik dia bukannya berbakat seperti mereka,
Rupa tu ada, idea tu ada,
Tapi keyakinan? Oh tidak.
Bergambar macam biasa pun malu,
Inikan bervideo, lagi laa tidak.

Tapi bukan ini tujuan utama dia menulis post baru,
Ya dia bahagia, at the same time dia sakit hati.
Please,
Fahami ayat diatas terlebih dahulu sebelum cuba menyelami ayat seterusnya.

Kita makin hari makin berusia,
Kita makin hari makin dekat bertemu ajal,
Ya, siapa tahu bila hari tu akan menjelma,
Takde sapa tahu tentang itu.

Bila dah semakin berusia kita dah semakin matang dalam berfikir,
Bila dah semakin tua kita dah semakin mampu menilai baik dan buruk,
Bila dah semakin lama kita bernafas di atas bumi tuhan,
kita dah mampu menilai pelbagai ragam manusia.

Kalau kita dah sakit hati semalam,
Kenapa kita perlu pilih jalan yang mampu membuatkan kita sakit hati lagi pada esok hari,
Kalau kita dah serik kerana masa silam,
Kenapa perlu kita kembali ke zaman hitam itu.

Jangan memilih seseorang dari luarannya,
Jangan menilai seseorang dari tutur kata nya,
Kerana mulut paling banyak menipu dari betul nya,
Jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis,
Jangan jatuh ke lembah yang dimurkai tuhan.

Walaupun Kita kenal seseorang untuk sesaat even sehari even sebulan malahan setahun,
Percayalah itu tak memadai untuk kita anggap kita dah kenal dia sedalam-dalamnya.

Harap memahami,
Harap mampu ditafsir ayat-ayat diatas.

Berpegangla pada prinsip, "u know my name, but u don't know my story"

Sekian sahaja, terimakasih aspire 4738z,
kerana anda saya mampu menaip post ini.
kerana anda saya mampu memberi pendapat saya yang tak seberapa ini.

dan kepada anda, ya anda, fikir la sedalam-dalamnya untuk membuat sesuatu keputusan,
semoga hati anda tidak lagi sakit dinodai makhluk ciptaan tuhan yang maha lemah,
anda ada hak anda sendiri, tapi jangan siakan hak anda begitu sahaja.

P/s : Hargai orang yang hargai anda, bukan orang yang terang-terang mengambil kesempatan keatas diri anda

No comments:

Post a Comment