Perarakan - perarakan sama seperti piket, orang ramai memegang sepanduk dan melaungkan slogan cuma cara ini melibatkan penunjuk perasaan berjalan dari satu lokasi ke destinasi yang telah dipersetujui. Perarakan selalunya digunakan jika penganjur menjangkakan ramai orang akan menyertai demonstrasi ini.
Nyalaan Lilin - Majlis menyalakan lilin dibuat bagi memperingati orang yang telah meninggal dunia atau memberi penghormatan kepada mangsa bencana. ia selalunya dilakukan di tempat awam tetapi berjalan dalam keadaan suram dan senyap.
Mogok Duduk - Demonstrasi jenis ini digelar keingkaran awam tanpa keganasan. Selalunya penunjuk perasaan akan memenuhi kawasan milik organisasi atau pihak berkuasa untuk membuat tuntutan dan enggan meninggalkan tempat itu selagi tuntutan tidak dipenuhi. Ada juga penunjuk perasaan yang membuat rantaian manusia untuk menghalang persimpangan jalan atau pintu masuk bangunan kerajaan atau syarikat.
AAZ : Sekadar Perkongsian. :)
No comments:
Post a Comment