Sunday, April 29, 2012

Last Report Diri untuk April 2012


Tamatnye Semester 4 tuk sesi 2011/2012,
Secara rumusnya takde banyak perubahan,
Jika dibandingkan dengan semester yang lepas-lepas,

Kerja banyak suka menangguh,
Study tuk test last-last minute,
Study tuk final ade laa sikit-sikit,
Study tuk quiz langsung takde,
Yela , ape dalam otak selalu fikir, Alahh quiz, takde la bnyak sangat pon markah,

Semua benda buruk kan?
Ape yang baik nye aku nih?
Mak ayah harap kan yang terbaik, bukan yang terburuk,
Parents mane la nak anaknye jadi jahat kan,

Tapi final exam sem nih lebih teratur compare sem lepas-lepas,
Exam hall banyak dalam kampus jer,
takde laa sampai kena exam kat kampus satu lagi,
tak larat nak bayar minyak kereta asyik ulang-alik pergi sane time exam,

Harapan untuk semester nih,
Harap-harap takde la kena repeat tuk subjek yang aku tak berapa suke,
Tuk subjek yang kritikal untuk aku,
Lau kena repeat jugak, extends 1 year laa jwabnye.
Ya Allah mintak jauh laa kena repeat. huhu













AAZ : Tak mampu berubah banyak2. berubah sikit2 pon jadi laa

Impian dan khayalan #Part 6


Di suatu pagi ahad,
Termanggu dia keseorangan di rumah,
Ahli keluarga semua nya keluar untuk tugas dan tanggungjawab masing-masing,

Cube bangun dari kamar tidur,
Tapi tak berdaya, Syaitan masih lagi tidak membenarkan mata ini dibuka,
Namun dia cuba melawan, bangkit, dan bangkit juga.
Fuhh, Akhirnya, die berjaya duduk diatas sebuah kerusi meja laptop nya.

Menggaru kepala, Menggosok mata, Stretch tangan kaki,
Tangan nya mencapai tetikus,
Tetikus yang selalu membawanya ke alam cyber yang penuh cabaran dan kejutan,
Kejutan baru daripada ahli dunia luar,
Ada baik ada buruknya,
Yang baik dia tumpang gembira,
Yang buruk, Istighfar saje yang termampu,

Namun dia sentiasa mengingatkan diri sendiri,
Agar tidak cepat mempercayai berita daripada media elektronik ini,
Tetapkan di minda, Alam cyber ni semua boleh jadi,
Sesuatu berita tuh, entah betul ke tidak, Allahuallam,
Boleh pasti betul, Boleh pasti edit.
Boleh pasti jujur, Boleh pasti kelentong,

Dunia akhir zaman,
Penipuan sana sini, Menggeleng dia sendiri,
Hanya tuhan yang tahu ape yang betul, Ape yang salah,
Hanya Dia yang maha besar, Tuhan sekelian alam.













AAZ : Masih melatih diri untuk menilai baik buruk nye sesuatu berita .

Jenis-jenis Demonstrasi

Piket - melibatkan kumpulan orang ramai memegang sepanduk, melaungkan slogan dan berarak di hadapan banguna atau pejabat .


Perarakan - perarakan sama seperti piket, orang ramai memegang sepanduk dan melaungkan slogan cuma cara ini melibatkan penunjuk perasaan berjalan dari satu lokasi ke destinasi yang telah dipersetujui. Perarakan selalunya digunakan jika penganjur menjangkakan ramai orang akan menyertai demonstrasi ini.


Nyalaan Lilin - Majlis menyalakan lilin dibuat bagi memperingati orang yang telah meninggal dunia atau memberi penghormatan kepada mangsa bencana. ia selalunya dilakukan di tempat awam tetapi berjalan dalam keadaan suram dan senyap.


Mogok Duduk - Demonstrasi jenis ini digelar keingkaran awam tanpa keganasan. Selalunya penunjuk perasaan akan memenuhi kawasan milik organisasi atau pihak berkuasa untuk membuat tuntutan dan enggan meninggalkan tempat itu selagi tuntutan tidak dipenuhi. Ada juga penunjuk perasaan yang membuat rantaian manusia untuk menghalang persimpangan jalan atau pintu masuk bangunan kerajaan atau syarikat.



AAZ : Sekadar Perkongsian. :)

Saturday, April 28, 2012

Alhamdulillah : Rezeki PKM 2012


Alhamdulillah ,
2nd Time masuk Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) kat CIAST, Shah Alam,
and First time dapat masuk final competition,

Sejujurnya langsung tak mengharap tuk pergi final ,
Sedar diri ini bukan yang terbaik,
Tapi kate orang rezeki tuhan ade dimana-mana,




InsyaAllah peluang ini akan digunakan sebaik mungkin,
Menjadi sandaran bukan nye satu kerja mudah,
Semua orang mengharapkan hasil terbaik dari diri sendiri,
Kadang2 agak membebankan,

Tapi anggaplah semua itu sokongan moral,
Sokongan yang patut dihargai,
dan pembakar semangat di hari pertandingan kelak.

AAZ : InsyaAllah . Akan diusahakan ape yang terbaik dan termampu di bulan 7 ini

Demostrasi Jalanan : Tujuan dan Objektif ?


Tak berniat nak campur politik ke ape ,
tapi dah tibe mase tuk diri sendiri amik tahu ape yang terjadi .
dan nilai dengan sebaik-baiknye , ape yang buruk ape yang baik ,

bukan asyik judge sebelah pihak dengan membabi buta ,
hanya kerana selalu follow media penyampai satu parti sahaja .
hanya kerana selalu mengadap depan tv3 ,
hanya kerana berkawan dengan puak-puak pemecah ,
hanya kerana bergaul dengan puak-puak pengampu ,
dan penindas orang lain termasuk kaum sendiri .

Gempar hari jumaat dan sabtu baru nih ,
Demostrasi jalanan Bersih 3.0 dilancarkan ,
Penyokong demostrasi dari seluruh pelusuk negara berkumpul ,
Tak mengire bangsa , tak mengire agama ,
Semua berkumpul untuk satu sebab,
Untuk membersihkan Proses pilihanraya Malaysia sekarang ,
Pilihanraya yang semakin kotor dari penggal ke penggal seterusnya ,

Tapi untuk yang terus-terus tak bersetuju dengan Demostrasi nih ?
Terus-terus membidas orang-orang yang follow demostrasi nih ,
Dengan mengatakan bahawa mereka dibawah telunjuk Ambiga ,
Padahal mereka yang berkumpul bukan laa kerana Ambiga sama sekali ,
Mereka hanya mahukan keadilan ,
Bukan pergi berdemo sebab termakan hasutan sape2 .

Diri ini sedar , hanya mampu menaip ape yang diketahui,
bukan berniat menfitnah , bukan berniat menyebelahi mane-mane politik ,
lau taip lebih-lebih , takut disalah faham oleh semua orang ,

Ape yang baik boleh lah ambik iktibar ,
Ape yang buruk sila-sila lah tegur ,
Lumrah hidup manusia , pasti ade silapnye .
Tapi berubah itu perlu .
Bukan terus jadi kotor dan semakin kotor dari hari ke hari ,


AAZ : Tidak mampu join same , keadaan tak mengizinkan .

Saturday, April 21, 2012

Kahwin : Mahal ke Murah ?


Bosan-bosan ,
Tengok video-video Ustaz Azhar ,
Terdengar salah satu video dari UAI yang membincangkan pasal hantaran kahwin orang-2 skarang ,
Pasal Mahal Murah hantaran tuh ,
Pasal antara adat dan sunnah Rasulullah ,
Pasal calon yang hendak di-decide brape nilai nye ,

Menarik jugak ,
Memandang diri sendiri pon dah boleh pikir psal kahwin , 
LOL

Memang hakikat orang sekarang ,
Tak kire kat kampung or kat bandar ,
Kat kawasan orang kaya or kawasan org sederhana ,
Lau bab nilai hantaran tuh ,
Memang agak mahal ,

Untuk kaum adam yang nak peristerikan anak dara orang ,
Standby 8ribu - 10ribu dulu dalam poket ,
Baru boleh cakap .
Kan ?

Mentaliti kbanyakan org sekarang ,
Hantaran kahwin perlu mahal ,
Tapi secara tak langsung ibubapa yang macam ni tak sedar , 
Niat diorang secara tak sengajanya umpama jual anak sendiri kat org lain ,
Padahal org lain tuh bakal suami tuk si anak tuh jugak ,

Kenape perlu mahalkan hantaran ?
Adakah untuk tunjukkan betapa bernilainya anak dara kita kat org luar ?
Adakah nak compete dengan jiran-jiran sebelah yang dah tetapkan nilai tinggi ?
Adakah kita memang terdesak nak pakai duit smpai buat camtuh skali ?

Pikir-pikir lah ibubapa kat luar sana tuh ,
Menantu tuh dah nak ambik anak dara kita ,
Dah nak tolong tanggung dosa anak dara kita plak ,
  Bertimbang rasa lah sedikit ,



AAZ : Tak kan sebab hantaran mahal , kahwin pon jadi delay . Kesian si lelaki tuh .

Terengganu FC : Bangkit laa balik wahai team football negeri ku


Orang lain ,
Real madrid laa, barca laa, chelsea laa,
Tapi aku?
Tngok prkembangan team terengganu sudah .
Malas nak sokong team luar negara , 
lau team negeri sendiri pon dalam keadaan yang terumbang ambing org kate .

Alahai , Kalah lagi . 
Terdetik keluhan dihati lepas dapat tahu news yang pasukan terengganu kalah lagi kat tempat sendiri .
Kecewa tetap ada , tapi kalah dalam match semi-final .
kat tempat sendiri ,
Rugi , dan teramat laa rugi .
Dah laa kalah ngan pasukan underDog jer ,
Lagi laa malu rase nye .

Tapi nak wat camne , 
Benda dah jadi , bukan boleh ubah dah keputusan match tuh .
Cume berharap Terengganu leh baiki lam semi-final 2nd match kat tmpat lawan .

Kejap jer takdi ,
Dapat tau news yang penyokong-2 terengganu pergi buat kecoh ,
Buat kecoh kat depan rumah Che Mat Jusoh ,
Pengurus pasukan teranung ,
Sebab nye , 
mesti laa sebab prestasi team yang merudung jer 2 3 match kebelakangan nih . 

Berfikir sejenak ,
Ade bagus , ade tak bagus nye budak-budak ni buat kecoh kat sane ,
Malas nak komen lebih-lebih ,
Biar diri sendiri jer yang tahu ,
 
Kejadian sebenar sempat dirakam oleh salah seorang dari mereka kat bawah nih ,


AlifAsyraf : Pandai-pandai hang laa ape nak buat pasni wahai si Pengurus .

Thursday, April 12, 2012

Di sebalik tabir kesibukan hidup .


Secara spontan , tak terlintas langsung nak post something kat blog malam nih.
Tapi sedih hati tengok blog yang tak terupdate,
Dalam mase yang agak lame,

Cube tuk mengarut sejenak,
Mengarut di sebalik kesibukan melanda,
Kesibukan tuk menyambut ketibaan,
Ketibaan first paper final exam tuk semester nih.

"Study baik-2, jangan terlalu banyak main"
"Jangan sampai repeat lagi paper tuh"

Kata-kata yang boleh dijadikan azimat diri,
Dari kedua ibu bapa,

Terima kasih ayah,
Terima kasih emak,

Tapi aku tau,
Aku bukan insan yang cekal hati untuk sesuatu,
Aku bukan insan yang bersungguh-sungguh tuk sesuatu,
Aku hanya insan yang hangat di awal-2,
Tapi tidak di akhirnya,

Ingin kedua ibu bapa gembira,
Ingin kedua ibu bapa berbangga dengan keputusan pelajaran,
Ingin kedua ibu bapa bahagia ade anak seperti insan cemerlang yang lain,

Namun,
Keinginan saje tidak mencukupi,
Bak kate orang ramai,
Usaha, doa, tawakkal, InsyaAllah.

Usaha tiada, doa pon jarang-2,
Ya Allah,
Teruknye insan Mu ini.


Tuesday, April 3, 2012

Sejarah April Fool : Haram bagi islam


April Fool?
Hari yang paling best nak kena kan orang,
Nak bodohkan orang,
Tapi tahukah anda sejarah sebenar April fool tuh?
Nah bace kat bawah ni and fikir sejenak,
Patut ke kite letak hari April Fool ni dalam kalendar hidup kite?

Tahukah anda jika perayaant tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah pembantaian tentera Salib terhadap muslim Sepanyol yang memang didahului dengan upaya penipuan? Inilah sejarahnya yang disalin kembali sebahagiannya dari buku "Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Halloween: So What?"


Perayaan April Mop yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The April’s Fool Day berawal dari satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H. Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya menengok sejarah Spanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak saja berhenti di Spanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah bisa dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pegunungan.
Islam telah menerangi Spanyol. Karena sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Spanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Spanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mempraktekkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka selalu berkata tidak untuk musik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Spanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Spanyol, namun mereka selalu gagal. Telah beberapa kali dicoba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah mata-mata untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Spanyol. Akhirnya mata-mata itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni pertama-tama harus melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara gratis ke dalam wilayah Spanyol. Musik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari ketimbang baca Qur’an. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Spanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Spanyol jatuh dan bisa dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang idbantai, juga penduduk sipil, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dihabisi dengan sadis.
Satu persatu daerah di Spanyol jatuh, Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Spanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentara-tentara Kristen terus mengejar mereka.
Ketika jalan-jalan sudah sepi, tinggal menyisakan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan genangan darah, tentara Salib mengetahui bahwa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentara Salib itu meneriakkan pengumuman, bahwa para Muslim Granada bisa keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan berlayar keluar dari Spanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Spanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Spanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentara Salib.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentara Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Spanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah itinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentara Salib itu membakari rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan hanya bisa terpana ketika tentara Salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa karena sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentara Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara Salib itu segera membantai dan menghabisi umat Islam Spanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentara Salib terus membunuhi warga sipil yang sama sekali tidak berdaya.
Seluruh Muslim Spanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristen setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).

Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih dan dibantai oleh tentara Salib di Granada, Spanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak pantas jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan ikut merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan massal ribuan saudara-saudaranya di Granada, Spanyol, beberapa abad silam.

Kini aku belajar bersyukur dengan ape yang ade.


Terkejut dengar orang tu dapat barang baru,
Orang tu dapat handphone baru,
Orang tu dapat kereta/motor baru,
Orang tu dapat awek baru, #ade jugak laa.

Tapi kite?
Berfikir, termenung sejenak,
Kenapa aku harus berdengki dengan ape yang orang lain miliki?
Kenapa aku harus susah hati nak capai ape yang orang lain capai?
Kenapa aku harus berkorban untuk sesuat yang ternyata sia-sia?

Berdengki itu harus,
Tanpa berdengki diri sendiri tak kan maju,
Sampai bile-bile,
Tanpa berdengki anda tak kan mampu mencapai impian hidup,
Sampai anda mati sekali pon,

Tapi berdengki pon ade batas jugak,
Jangan laa berdengki dengan ape yang sia-sia,
Jangan laa berdengki dengan ape yang mustahil tuk diri kite,

Dan,
Jangan pernah berdengki dengan orang lain,
tentang segala macam maksiat yang dibuat oleh mereka,
Sebab ape yang 'indah' di dunia,
Tak bermakna indah di akhirat.



Termenung lagi,
Adakah aku gembira dengan kehidupan sekarang?
Adakah aku dah berpuas hati dengan apa yang aku miliki sekarang?
Apakah aku mampu hidup sebegini lagi pada masa akan datang?

Aku bersyukur dengan ape yang ade skarang,
Aku bersyukur dengan keluarga aku sekarang,
Aku bersyukur sebab ade kawan-kawan yang menemani,
Aku bersyukur sebab aku masih mempunyai jalan hidup yang baik,

Tapi tak bermakna aku berpuas hati dengan ape yang ade,
Diri ini tak pernah berpuas hati,
Jika tak mampu membahagiakan kedua orang tua,
Yang banyak berkorban,
Sehingga aku mampu berdiri di bumi aku sekarang,

Sejujurnya, aku memang golongan yang kurang bersyukur dengan ape yang ade,
Tapi sesungguhnya diri ini banyak khilafnya,
Banyak salah silapnye,
Berubah itu pasti,
Hanya masa dan tuhan yang menentukan.