Wednesday, February 15, 2012

Kerana itu lah dia insan yang paling aku sayang .


Dia lah penyabar ,
Dia lah penyayang ,
Dia lah tempat aku mengadu , 
Dia lah tempat aku bersandar .

Kerana itu aku sayang dia ,
Kerana itu dia insan yang paling istimewa ,
Kerana itu aku pasang angan-angan ingin membahagiakan dia ,
Kerana itu aku pasang impian untuk menghormati dia ,

Selagi dia masih bernafas , 
Selagi itu lah tanggungjawab aku untuk balas segala jasa-jasanya ,
tak kan pernah berakhir ,

Sebab kata orang , 
Jasa ibu tak kan pernah terbalas ,
Jasa ibu umpama pelita yang bakar diri sendiri ,
Namun ibu yang berjasa ialah ibu yang sanggup bakar dirinya setiap kali anaknya dalam kesusahan .

Apa yang aku tak tau ,
Dan aku tak pernah pon amik tau ,
Tidak pernah name aku tersisih dikala doa selepas solat nya ,
Tidak pernah die mengabaikan doa untuk kesejahteraan hidup ku ,
Tidak pernah die mengabaikan doa untuk diampuni dosa-dosa ku yang maha banyak ,
Tak lupa juga dia mendoakan aku agar menjadi seorang anak yang solehah , 
Yang mampu menjaga dan melindungi nya dikala dia dah tak larat dan menginginkan anak-anaknya disisi setiap masa . 

Terima kasih ibu untuk doa-doa itu , 
Terima kasih ibu untuk segala jasa untuk anak mu ini yang banyan menyusahkan ibu , 
Terima kasih ibu kerana ibu aku dapat mengenali dunia ini ,
Terima kasih ibu kerana sanggup dibebani dengan masalah oleh anakmu ,

Ya Allah , Ampuni laa dosa-dosa ibuku juga bapaku ,
Ringan kan lah beban mereka sepanjang mereka hidup ,
Berkati lah hidup mereka , 
Murahkan rezeki mereka ,
Permudahkan lah jalan hidup mereka ,
Kerana sesungguhnya aku dah banyak menyusahkan mereka .

P/s : Aku tak malu jika airmata ku mengalir kerana ibu .

No comments:

Post a Comment