Duhai penulis,
Aku hanya melihat keresahan diruang hati mu,
Meskipon tidak terlihat di riak wajah mu,
Kenapa kah itu?
Apakah sudah sampai masa engkau meluahkan sedikitnya kepada ku?
Duhai hati,
Sungguhnya engkau tahu,
Aku ini bukannya tergolong dikalangan orang yang kuat-kuat.
Apakah kau maksudkan orang kuat itu orang yang selalu pergi gym?
Pandai kau bergurau ya?
Lebih baik kita mula kan malam ini dengan gurauan,
Sebab aku tahu,
Di tengah, di akhirnya,
Pasti sedih juga kau luahkan,
Apakah kau mempunyai dua kerja sekarang?
Satu menjadi teman luahanku,
Satu menjadi pak nujum yang tahu mentafsir apa yang bakal berlaku?
Baiklah,
Maaf kan aku, aku harapkan gurauan itu mampu mengukir sedikit senyuman,
Tidak berjaya nampaknya.
Duhai si penulis,
Sudah lama ingin aku bertanya,
Izinkan aku mengajukan soalan itu malam ini ya.
Silakan duhai hati,
Usah minta izin,
Kau saja penemanku malam ini.
Kenapa ya, Dikala susah kau selalu ke sini,
Dikala gundah gulana, rajin pula kau menulis sedikit coretan disini,
Apakah kau tidak punya sesiapa untuk dikongsi?
Duhai hati,
Aku boleh menjawab pertanyaan mu itu dengan jelas sekali.
Pertama nya,
Siapa yang menciptakan aku?
Siapa juga yang menciptakan mu?
Allah yang maha satu, tiada tuhan melainkan nya duhai si penulis.
Benar, jadi siapa pula yang tahu segala isi hati kita,
Tatkala bila mana kita sedih, gembira mahupun resah?
Allah juga yang maha mengetahui segala duhai si penulis,
Jadi kenapa kita perlu bersusah mencari sesama kita,
Yang semua nya sama di mata Sang pencipta,
Mengadu domba hanya tatkala mereka sudi untuk mendengar,
Bila mana Dia selalu ada untuk kita,
Dikala siang mahupun malam,
Dikala cerah mahupun bergelap,
Dikala hujan dan akhirnya pelangi menjelma,
Benar wahai si penulis,
Aku cukup mengerti,
Tetapi bukan kah itu sifat manusia biasa,
Yang saling memerlukan sesama kita,
Sekurang-kurang nya untuk melegakan hati sesama kita,
Ya benar duhai hati,
Itu lah kebiasaan manusia,
Mengadu mengharapkan kan sesama manusia,
Sehinggakan lupa, siapakah sebenarnya yang patut mereka cari,
Tatkala mereka diatas, mahupun telah jatuh dihentak duniawi,
Tapi,
Ingatlah,
Allah cukup marah jika kita tidak mengadu kepadanya,
Sebab itu dia turunkan ujian,
Yang kadang-kadang tiada titik noktahnya,
Sebab dia tahu,
Umatnya cukup leka dan lupa bila dicurahkan dengan kebahagiaan,
Ingatlah,
Ujian itu kadang-kadang sebagai penghapus dosa silam kita terus di atas dunia ini,
Ujian itu kadang-kadang sebagai penyebab untuk hikmah yang akan kita kecapi esok hari,
Hati,
Aku sebenarnya sudah penat dengan permainan dunia,
Ingin sekali aku kembali ke jalan yang sebenar-benarnya,
Aku tidak sanggup lagi diuji,
Tapi, ujian itu la yang mematangkan aku,
Tapi, ujian itu la yang menarik aku kembali kepada Pencipta ku,
Aku bersyukur aku diuji hanya sebegini,
Sesungguhnya, kehidupan orang lain lagi kelam,
Tanpa langsung tiada cahaya didalamnya,
Duhai penulis,
Aku tahu, setiap sesuatu di benak mu,
Semuanya aku tahu,
Aku tahu, tiap sebab atas sesuatu yang engkau coretkan,
Semuanya aku mengerti,
Bersabarlah duhai si penulis,
Kalau bukan kerana resah mu itu,
Tidak pula kau menjenguk ku disini,
Tidak juga kau berbalik kepada Tuhan mu yang satu.
Semoga mudah urusan mu si penulis.
InshaAllah
Continue Live Without Spread The Problem
alifasyrafzulkifli.blogspot.com
Tuesday, January 22, 2019
Friday, January 11, 2019
Impian dan khayalan #Part42 (Muhasabah)
Adik dan sahabat nya selamat menaiki bas menuju ke kampung halaman,
Namun dia masih lagi terduduk disitu,
Termenung dia memikirkan sesuatu,
Tidak dia mengerti kenapa tiba-tiba sahaja sebak itu datang,
Puas dia memikirkan apa punca sebenar,
Dia terfikir sepanjang adik nya di kuala lumpur ni,
Apa telah dia buat yang mampu buat adik nya gembira,
Seraya itu juga terfikir dia,
Apa yang dia buat selama ini untuk keluarga nya,
Apa sumbangan nya untuk kedua ibubapa,
Tatkala termenung dia di birai jalan,
Airmata nya luruh begitu sahaja,
Dia makin keliru,
Mulut nye berkata,
Mengapa?
Hati nya membalas kembali,
Apakah cukup bahagia keluarga mu dengan apa yang engkau ada sekarang?
Apakah cukup selesa keluarga mu dengan pengorbanan mu hari demi hari?
Dia faham semua itu,
Tapi dia tahu dan pegangan nya hanya satu,
Rezeki kita semua Allah dah tulis siap-siap,
Cepat atau lambat pasti akan tiba,
Perbanyakkan doa memohon dimurahkan rezeki.
Andai nya tuhan dah tetapkan rezeki mu, Apa guna lagi doa?
Sesungguhnya, Allah suka umat nya meminta apa pun daripada Nya,
Sesungguhnya, Allah maha pemurah, lagi maha mendengar,
Sesungguhnya, setiap apa jua perancangan Nya, tidak akan pernah kita tahu,
Minta la, berdoa la daripada Tuhan mu yang maha esa,
Sesungguhnya pintu Allah sentiasa terbuka untuk umat nya.
Hanya Tuhan saja tahu apa sahaja niat dia,
Hanya Tuhan saja tahu apa jua perancangan dia,
Semoga dipermudahkan segala urusan,
Semoga diterima segala taubat dan dihapuskan dosa-dosa silam yang tidak terkira.
Wednesday, December 5, 2018
Impian dan khayalan #Part41 (Bersyukur)
Hati, dimanakah engkau?
Apakah engkau sudah gila?
Aku sentiasa ada dengan mu.
Tanpa ku mampu kah kau hidup?
Tanpa ku mampukah...
Sudah sudah,
Sepatah persoalan ku, tidak berhenti jawapan mu ya.
Gurau malam wahai si penulis,
Sebagai penghibur diri mu jua,
Benar wahai hati,
Engkau la penghibur ku,
Setia kau bersama jatuh bangun ku, aku hargai.
Wahai si penulis,
Sesungguhnya setiap manusia ada sisi diri nya yang lain,
Dikala engkau ada nya aku,
Tetapi kau harus sedar,
Ada lagi jasad lain yang sentiasa mengangkat mu ketika kau rebah,
Ada lagi insan lain yang sudi mengangkat mu ketika kau tiada apa-apa,
Ya duhai hati,
Aku sedar semua itu,
Dikala aku dilema dengan keresahan,
Dikala aku mengeluh tatkala apa yang ku inginkan tidak juga kesampaian,
Bila aku fikirkan balik,
Tidak benar sama sekali semua itu,
Keresahan ku hanya la mainan perasaan semata,
Keluhan ku hanya la bisikan syaitan untuk mengajar ku erti tidak bersyukur,
Duhai hati,
Tatkala aku sendirian,
Aku terfikir, aku sedar,
Begitu banyak nikmat yang aku perolehi tanpa sedar hari ini,
Begitu banyak 'anugerah dunia' ada pada ku, namun tidak pada orang lain,
Tapi.... Masih.....
Aku mengeluh, Aku sedih,
Aku selalu berdoa, kenapa yang lain dapat macam ni, aku tidak?
Aku selalu berdoa, kenapa apa aku inginkan tak selalu menjadi nyata?
Itu la silap mu wahai si penulis,
Sungguh nya engkau alpa didalam perlumbaan dunia,
Taksub dalam mengejar sehingga menyakitkan,
Tanpa pernah menoleh sejenak kebelakang,
melihat apa yang telah kau perolehi,
Ya benar duhai hati,
Tatkala aku fikirkan masalah ku hari ini,
Sering kali aku terdengar insan lain lagi besar musibah nya,
Lagi sakit 'azab' nya.
Terus air mata lelaki ku bergenang,
Hati ku tersentuh bila aku bandingkan tempat ku dengan dia,
Dan disitu aku teramat bersyukur dengan apa yang aku masih ada sekarang.
Aku tahu itu wahai si penulis,
Di sebalik kata-kata mu yang penuh buruk dan dusta,
Aku tahu didalam mu tidak begitu lagak nya,
Duhai hati,
Andai aku mampu,
Ingin saja aku bantu semua yang memerlukan,
Wahai si penulis,
Jangan katakan 'Andai'!
Engkau sebenarnya sudah mampu,
Hanya masa dan keadaan sahaja yang masih lagi tidak berpihak kepada mu,
Hanya satu sahaja kali ini ingin aku nyatakan padamu,
Bersyukur la dalam apa jua keadaan sekali pun,
Sesungguhnya Allah amat menyukai umat nya yang bersyukur,
Bersihkan hati, Selalu la bersangka baik,
Jangan sesekali engkau menyimpan dendam dengan dunia ini,
Dunia sementara ini sememangnya kejam untuk kita umat agama yang satu ini,
InshaAllah Syurga yang kekal abadi menanti kita.
InshaAllah
Terima kasih duhai hati.
Subscribe to:
Posts (Atom)