Thursday, June 29, 2017

Impian dan khayalan #Part26


"Lambat atau cepat, indah atau tidak, itu semua kerja tuhan.
Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha dan juga tawakkal"

Terngiang-ngiang pesanan itu di ruang minda nya.
Pesanan itu bukan la dari sesiapa,
Pesanan itu datangnya dari diri nya sendiri.
Setiap kali datangnya sesuatu kebaikan kepada sahabat nya,
Terus saja pesanan ini kembali bermain di fikiran.

"Kenapa begitu duhai si penulis?
Adakah kau menaruh hasad dengki dengan kebahagiaan sahabat mu yang lain?
Adakah kau tidak mampu mendoakan yang baik baik saja kepada mereka?"

Tidak, bukan begitu maksud dia,
Ya, dia memang merasa sedikit kecewa,
Disaat sahabat seperjuangannya yang lain terus mengecapi saat bahagia,
Disaat rakan karibnya sendiri terus menaiki tangga kehidupan tanpa henti,
Satu demi satu kejayaan hidup mereka,

Bukan kecewa disebabkan mereka bahagia sedemikian,
Namun kecewa dengan diri sendiri,
Yang masih ditakuk lama,
Yang masih di awangan,
Yang masih di anggap anak-anak dalam hidup.

Dia gembira,
Di saat sahabat nya ada yang mendirikan rumah tangga,
Seorang demi seorang, silih berganti tanpa henti,
Ada yang terus memacu ke aras yang lebih tinggi dalam kerjaya mereka,
Ya dia gembira, Dia turut bersyukur dengan rezeki yang mereka dapat,

Tapi dia?
Masih di hadapan komputer usang,
Menaip luahan hati yang rasanya tiada siapa sudi membaca,
Itu pun sekali sekala sahaja dikala terasa rajin.

"Bila la aku nak bahagia seperti mereka?
Bila la aku nak merasa nikmat rumah tangga seperti mereka?
Bila la aku nak merasa berdiri dengan kaki sendiri tanpa mengharap sesiapa?"

Keluhan itu juga sering berputar di benak,
Tak mahu kalah melawan kata-kata hikmah seperti di atas nya,

"Tenang saja duhai si penulis,
Tidak la perlu engkau gusar kan dengan takdir hidup kau.
Tuhan dah tentu kan setiap perjalanan hidup kita sebagai umat nya.
Kau tahu apa kau perlu buat?
Teruskan usaha mu mengubah diri mu kearah yang lebih baik.
Berhenti fikirkan apa yang sahabat mu dah kecapi.
InShaAllah dengan izin-Nya,
Masa kau akan tiba. Cepat atau lambat, tiada siapa yang tahu."

Baiklah, keluhan dia perlahan untuk masa sekarang.
Tiada siapa mampu mengubah dia, kecuali diri nya sendiri.

Akhir kata,
Dia mahu mengatakan,
Dia bahagia, Dia gembira, Dia bersyukur,
Dengan apa yang telah sahabat nya kecapi dalam hidup masing-masing,
Dia terus mendoakan semoga murah rezeki mereka,

Inshaallah masa dia bakal tiba


Wednesday, June 28, 2017

Impian dan khayalan #Part25

Rumah,
Andai besar sekali pon, masih tak menjamin kebahagiaan,
Duit,
Andai banyak mana pon, masih tak menjamin saham akhirat kelak,
Manusia,
Hitam luarannya, tak semestinya hitam didalamnya.

Dia hairan,
Kenapa dunia suka menilai dari segi luaran,
Kenapa mesti menghukum seseorang dari masa silamnya,
Kenapa terlalu suka menjadi 'tuhan' dunia?

Tidakkah mereka sedar?
Selagi nama nya manusia, semua nya sama tarafnya,
Tiada yang lebih, Tiada yang kurang disisi Tuhan Sang Pencipta.

"Dia ni ada je merata tanpa ada kerja, takde masa depan la tu"
"Dia ni selalu je balik lewat, mesti buat benda tak elok la tu"
"Dia ni aku tak pernah nampak pon sembahyang, jahil sungguh"

Dunia ini penuh permainan,
Dunia ini juga penuh dengan kebaikan di mana-mana,
Sama ada yang tersirat, mahu pun yang tersurat,
Mata manusia penuh batasnya,
Namun mata tuhan mampu melihat segala-galanya,

Tidak salah untuk menegur,
Tapi jangan sampai diri sendiri menjadi riak,
Kenapa riak? 
Sebab sampai satu tahap dengan niat sengaja untuk menjatuh dan merendah kan orang lain.
Cukup la kita memenuhi syarat sebagai sesama umat yang berhak menegur.

Motif sebenar post kali ini adalah sedikit luahan dari diri nya,
Yang semakin hari semakin hairan bagaimana cara manusia menilai,
Dari hari ke hari,
Dia bukan la seorang yang berjaya dalam hidup,
Dia tak sama macam saudara mara nya yang lain,
Yang itu selalu merantau ke luar negara,
Yang itu makin hari banyak hartanya,
Yang itu semakin hari makin dikenali ramai,

Tapi adakah yang berjaya gah di mata manusia itu membantu kedua orang tua nya di hari kelak,
Adakah yang banyak harta nya itu membantu kehidupan harian nenek nya di kampung,
Adakah yang cerdik pandai itu ada dikala saudara mara nya susah,

Jangan berlagak, jangan terlalu sombong,
Hidup kita tak selalu dibawah,
Malah tak juga selalu diatas,
Bagi dia,
Kalau setakat berjaya menyara hidup sendiri,
Itu bukan lagi 'berjaya' namanya,
Jenguk la kebelakang siapa yang ada dikala kau susah,
Jenguk la kebelakang dan lihat, siapa yang ada dikala kau masih lagi mencari jalan,


Sunday, June 25, 2017

Impian dan khayalan #VersiAidiltfitri

Di awal Ramadhan,
Dia teringin untuk menaip,
Dia teringin untuk mencoretkan sesuatu,
Dia teringin untuk menyatakan hasrat yang terbuku dihati,

Di awal Ramadhan,
Dia berazam untuk menjadikan Ramadhan kali ini terbaik untuk hidupnya,
Dia berniat untuk manfaatkan sebaiknya bulan mulia ini,
Dia mengimpikan agar Ramadhan kali ini menjadi titik permulaan sesuatu yang baik,
Yang sebelum ini tak mampu dia kecapi,
Yang sebelum ini dia selalu ingkar,
Dengan segala hasrat dan niat di awalnya,
Namun dia masih tewas di akhirnya,

Pejam celik, 
Ramadhan dah berakhir untuk tahun ini,
Syawal datang bertamu unutk sebulan kemudian nya,
Terduduk dia bukan kerana letih, 
Namun macam-macam perasaan bercampur baur dalam dirinya,
Hiba, Sedih, Terkilan, Sayu,
Semua perasaan itu bermain di benak fikirannya,

Kenapa begitu duhai si penulis?
Bukan kah Syawal untuk diraikan dengan perasaan gembira?
Bersyukur dengan pemberian Tuhan yang maha esa sesudah Ramadhan?

Ya, Dia bersyukur.
Ya, Dia gembira kerana masih lagi diberi peluang untuk menyambut Aidilfitri dengan yang tersayang,
Namun, Bagaimana dengan Ramadhan?
Masih kah lagi kita diberi peluang untuk tahun hadapan?
Masih kah lagi kita diberi ruang untuk merebut segala nikmat pahala?
Yang kita sedia maklum tiada di bulan yang lain.

Dia rasa dia tak manfaatkan sepenuhnya peluang Ramadhan yang lepas,
Cukup hanya sekadar lapar dan dahaga,
Namun dirinya masih dahagakan keredhaan hidup dari sang pencipta,
Dirinya masih terasa jauh daripada jalan hidup yang sebenar,

Penjelasan diatas merujuk kenapa dia sedih tatkala orang lain bergembira di Aidilfitri,
Dia berharap, 
Dia berdoa, 
Dia memohon,
Agar dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
InshaAllah


Akhir kata dari si penulis, 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Harap dimaafkan segala salah dan silap,
Dari diri ini kepada sesiapa yang mengenali,
Manfaatkan masa yang ada di Syawal ini,
Untuk mengeratkan silaturrahim yang mungkin sekian lama berpisah,