Sebelum ni, dia yang bersungguh menulis tentang hidup seorang perantau,
Sebelum ni, dia yang bersungguh menceritakan segala pahit manis liku kehidupan seorang yang berada jauh dari yang tersayang.
Sekarang dia sendiri yang merasa semua itu,
Sekarang dia sendiri yang menempuh pelbagai pahit manis hidup sebagai seorang perantau yang jauh dari orang yang selalu berada disisi tidak mengira suka mahupun duka.
Pejam celik, sudah 2 minggu dia berada di tempat orang,
Demi mencari sedikit rezeki yang halal di mata ilahi,
Demi mencari kehidupan sendiri tanpa perlu bergantung lagi dengan orang tua nya,
Demi mencari erti sebenar apa itu maksud kehidupan berdikari di zaman yang penuh dengan liku-liku nya.
2 minggu awal, dia sedar,
Dia tak kuat untuk menempuhi kehidupan baru ini,
Dia bukan anak manja, yang langsung tak boleh berjauhan dengan family tercinta,
Tapi dia rasa dia masih tak bersedia untuk meninggalkan kampung halaman,
Tinggalkan kehidupan dimana jalan raya nya aman tanpa sebarang kesesakan,
Dan teruskan hidup baru ditempat yang bagi nya tiada erti kehidupan yang sama seperti kampung halaman.
Sering kali dia termenung,
Sering kali dia terduduk bersendirian,
Sering kali juga airmata nya mengalir dikala doa dalam solat ditujukan untuk keluarga nya yang tidak ternilai harga baginya.
Ramai yang memberi kata-kata semangat kepada nya,
Ramai yang cuba selami kesedihan yang dialami,
Dia hargai semua itu,
Namun dia tahu semua yang menasihati tidak akan mengerti apa yang dirasainya sekarang,
Hanya Allah s.w.t yang tahu betapa resah nya dia memikirkan hal kehidupan,
Yang dia sendiri pun tidak mengetahui,
Sampai bila dia akan disini,
Sampai bila dia mampu bertahan,
Sampai bila dia mampu berseorangan dikala susah senang,
Dia yang memilih jalan ini,
Mungkin ini rezeki dia untuk masa sekarang,
InShaAllah esok hari siapa yang tahu kan.
Sentiasa la berfikiran positif dalam apa jua keadaan, Tuhan tidak akan menguji hamba-Nya diluar kemampuan mereka.
No comments:
Post a Comment