Raya Aidilfitri,
Dari jendela itu,
Dia menjadi pemerhati yang begitu setia,
Di perhatinya orang bandar berpusu-pusu pulang,
Pulang ke kampung halaman tercinta,
Melepaskan rindu segala, Menemui ayah dan bonda yg dikasihi,
Ada ke timur, tak kurang juga ke utara,
Masing-masing dalam riang gembira,
Tapi dia,
Hanya mampu melihat dari jauh keriangan hati mereka,
Hanya mampu mentafsir betapa gembira nya mereka dapat pulang,
Dapat bebas dari bandar yang tiap harinya tak pernah lekang dek kesibukan,
Dalam hati selalu dia mendoakan mereka,
Agar selamat sampai ke destinasi masing-masing,
Dari jendela itu ditadah tangannya,
Agar memberkati sepanjang perjalanan setiap yang berkenaan.
Dia tak faham kenapa dia juga tak menyertai kelompok itu,
Kelompok yang menghargai kesempatan perayaan yang setahun sekali ini,
Dia tak faham kenapa dia masih berada di jendela ini dengan sekadar memerhati sahaja,
Dia tak faham kenapa dia tidak ada hala tuju untuk pulang beraya,
Dia tak faham semua itu,
Kadang-kadang dia mengeluh,
Kadang-kadang dia sedih,
Namun rasa syukur tak pernah lekang dari benak hatinya,
Apa yang dia faham tentang hidupnya,
Dia masih lagi punyai tanggungjawab disini,
Bukan la pulang beraya itu tak penting,
Hati nya cukup berbelah bagi,
Namun apa kan daya,
Demi sesuap nasi,
Demi rezeki yang halal,
Dia korbankan perasaan sedih kecewa nya itu,
Duhai ayahanda, Duhai bonda,
Maafkan anakmu ini, Yang jauh dirantau orang,
Yang jauh dari matamu,
Namun percayalah, dalam hati anak mu ini hanya ada kalian berdua,
Percayalah ayahanda, Percayalah bonda,
Suatu hari nanti, Kalian akan gembira dengan pengorbanan ini. InsyaAllah
Bicara hati seorang insan yang jauh di rantau orang,
Bicara hati seorang insan yang terpaksa berkorban demi yang tersayang,
Namun hanya dia dan tuhan yang maha mengetahui saja tahu erti kesedihan ini,
Ditutup jendela itu,
Digapai sejadah,
Digapai baju sembahyang nya yang tersusun rapi di sidaian,
Bersujudnya dia setia menyembah tuhan yang maha-Esa,
Semoga cita-cita dan impiannya tercapai.
Wednesday, August 7, 2013
Tuesday, August 6, 2013
Impian dan khayalan #Part18
Sambil dia bersembunyi dibalik kedukaan,
Orang lain bersorak keriangan,
Sambil dia menilik awan yang hitam,
Orang lain berlari dibawah payungan awan yang cerah,
Dia tahu dan dia perlu sedar,
Hidup nya bukan seperti kebanyakan yang lain,
Bangun pagi bermandikan duit, Tidur malam pon bertemankan harta segala,
Dia tahu dia perlu berusaha sendiri,
Bukan hanya mengharapkan belas insan orang lain,
Bukan hanya terus bergantung harap,
Hidup ni hanya sekali,
Bagi prinsip orang yang bersosial,
Hidup yang sekali ini la yang perlu berhibur sepuas-puasnya,
Kejar kekayaan dunia, Tinggal keperluan akhirat.
Namun bagi nya,
Hidup ini tak akan sempurna,
Andai tanpa restu Ilahi,
Andai tanpa restu mak ayah,
Andai amal ibadat diabaikan.
Tanpa dia sedar,
Dah hampir 30minit dia di jendela,
Sambil mengamati kesibukan warga kota,
Sambil memikirkan apa yang perlu dilakukannya esok hari,
Tak juga dia sedari,
Air mata nya menitis perlahan,
Membasahi birai jendela yang hampir usang itu,
Merenung nasib diri, yang hampir tiap masa diuji oleh yang maha Esa,
Dikala itu juga dia bersyukur,
Tuhan masih sedarkan dia,
Daripada terus tersesat dari jalan agama-Nya,
Ditutup jendela itu,
Digapai uniform kerjanya yang masih harum sewangi kuntuman bunga,
Tak dia lupa, Harapan menggunung daripada orang tuanya.
Tak dia lupa. Hidup mati nya hanya untuk Tuhan yang maha Esa.
Orang lain bersorak keriangan,
Sambil dia menilik awan yang hitam,
Orang lain berlari dibawah payungan awan yang cerah,
Dia tahu dan dia perlu sedar,
Hidup nya bukan seperti kebanyakan yang lain,
Bangun pagi bermandikan duit, Tidur malam pon bertemankan harta segala,
Dia tahu dia perlu berusaha sendiri,
Bukan hanya mengharapkan belas insan orang lain,
Bukan hanya terus bergantung harap,
Hidup ni hanya sekali,
Bagi prinsip orang yang bersosial,
Hidup yang sekali ini la yang perlu berhibur sepuas-puasnya,
Kejar kekayaan dunia, Tinggal keperluan akhirat.
Namun bagi nya,
Hidup ini tak akan sempurna,
Andai tanpa restu Ilahi,
Andai tanpa restu mak ayah,
Andai amal ibadat diabaikan.
Tanpa dia sedar,
Dah hampir 30minit dia di jendela,
Sambil mengamati kesibukan warga kota,
Sambil memikirkan apa yang perlu dilakukannya esok hari,
Tak juga dia sedari,
Air mata nya menitis perlahan,
Membasahi birai jendela yang hampir usang itu,
Merenung nasib diri, yang hampir tiap masa diuji oleh yang maha Esa,
Dikala itu juga dia bersyukur,
Tuhan masih sedarkan dia,
Daripada terus tersesat dari jalan agama-Nya,
Ditutup jendela itu,
Digapai uniform kerjanya yang masih harum sewangi kuntuman bunga,
Tak dia lupa, Harapan menggunung daripada orang tuanya.
Tak dia lupa. Hidup mati nya hanya untuk Tuhan yang maha Esa.
Monday, August 5, 2013
Selamat Hari Raya
Hampir 1 bulan di siang hari aku menjauh dari makanan,
Hampir 1 bulan di malam hari aku selalu menjamu bersama keluarga,
Ya, hampir 1 bulan aku berpuasa,
Hampir 1 bulan juga aku tak menulis dalam blog,
Bukan malas, bukan juga busy,
Masa dan keadaan tak mengizinkan.
Apa pun yang dirancang,
Apa pun yang terjadi, sedar tak sedar,
Ramadhan Al-Mubarak 1434Hijrah dah berangsur pergi,
Syawal bakal menjelang tiba,
Seperti diri ini baru je start berpuasa,
Selamat tinggal Ramadhan, moga kita berjumpa lagi,
Selamat datang Syawal, moga raya kali ini memberi seribu satu hikmah kepada seluruh umat islam yang menurut perintah-Nya di kala Ramadhan masih ada.
Selamat Hari Raya kepada semua, Maaf Zahir Batin ikhlas Dari saya.
Muhammad Alif Asyraf bin Zulkifli :)
Muhammad Alif Asyraf bin Zulkifli :)
Subscribe to:
Posts (Atom)