Monday, December 31, 2012

Selamat Datang 2013


Terjaga dari tidur,
Jujurnye about pkul 12pm baru aku terasa nak bangun,
Tido takde lahh lewat sngat,
Tapi dah ajar diri nihh bangun lewat2,
Camni lahh jadinye.

Bangun pon bukan nye aku bangun terus,
Termenung barang seminit dua,
Termenung mikirkan hari esok,

Kenapa dengan esok?

Pengalaman baru dalam hidup,
Praktikal disebuah kolej,
Dikalangan orang2 yang sudah lama bekerja,
Dikalangan student2 yang sibuk dalam hal mereka,
Di sebuah environment baru yang tak begitu asing bagi aku sendiri,

Mengeluh sendiri,
Keluhan seorang insan yang agak nervous,
Nervous memikirkan ape yang akan terjadi esok hari,
Nervous memikirkan mampukah permulaan yang baik dicipta,
Nervous memikirkan mampukah pengakhirannya pon baik,
InsyaAllah, Usaha Doa Tawakkal.

By The Way, hari nih dah 2013,
Selamat tahun baru untuk semua,
Aku takde sngat azam baru yang specified,
Tapi still ade,

"Azam apekah itu?"

Tak perlulah dimention kan disini,
Cukuplah untuk simpanan diri sendiri,
Cukuplah hanya hati ini yang tahu :)



Azam 2012 pon banyak lagi tertunggak,
Tak payah nak berazam-azam sngat lahh.
PFFFTTTTTT ~


Impian dan khayalan #Part11


Sejuk mengeluh, Panas pon mengeluh.
Duhai manusia, tak kan pernah habis mengeluh dengan ape yang tuhan turunkan.
Duhai manusia, tak kan pernah tahu erti bersyukur,

Bukan tu yang nak dicoretkan,
Bukan tu juga mainpoint yg hendak dilakarkan dalam post nih,

Tu hanya sekadar luahan perasaan yang datang diminda,
Dikala diri ini sejuk2 tak berhenti disebabkan hujan yang kadang2 lebat tak berhenti skarang,
"Musim die, biarlah die turun nak basuh bumi nih yang penuh dengan pelbagai dosa"
Berbisik hati melegakan diri yang terketar-ketar menahan sejuk even dalam rumah

Buka twitter seseorang,
Teliti mata ini memerhati setiap tweet,
Setiap mention daripada org lain,
Even kalau rajin,
Follower nye satu-satu dikaji,
Even busy body skit,
Setiap patah perkataan DM nye dngan orang lain diambil perhatian.

Bukan nak jadi maniac,
Bukan juga nak jadi busy body,

Sumpah aku mengaku,
Andai nye browser 'PALEMOON' ni dibukak,
Secara tersendirinye Twitter die akan ku bukak,
Sumpah juga aku mengaku,
Andai nye BIS baru ku subscribe di phone BerryHitam nih,
Profile twitter die lah yang pertama akan ku bukak,
Lepas itu baru aku sign in twitter aku sendiri,


Dari jauh aku perhatikan die yg sememangnya jauh dari aku,
Dari twitter lah bnyak bnde harian pasal die yg aku tau,
Dari twitter lah bnyak kawan2 die yang aku kenal,

Kadang2 aku jealous tak tentu hala melihat die bertweet dngan pelbagai org,
Kadang2 aku termenung keseorangan selepas habis sesi stalk profile die,
Kadang2 aku pndang diri aku di cermin scara tak sngaja langsung,
Kadang2 aku terduduk di sejadah dilanda kemalasan untk bangun,

'Adakah aku dah cukup layak untuk dia?'

Soalan yang selalu terbuku dalam hati,
Bermain dalam fikiran,
Dan kdang mmberi effect kepada tubuh badan.

Aku tak mampu jadi sperti sesetengah org yang mampu buat org lain bahagia,
Aku bukan sape2 yang tidak akan pernah membuat salah,
Aku hanya lah aku,
Yang hanya tahu menjadi sakai kadang2,
Yang hanya sentiasa mencuba untuk membuat kan die bahagia,
Tapi yelah, Mood orang tak selalu bahagia kerana kita,




Selagi diri ini masih bernyawa,
Selagi aku dan dia masih dan bakal terikat,
InsyaAllah, Tak kan ku jemu membuatnye bahagia,
Tak kan ku lepas tanggungjawab tuh kerana dia,
Dan kerana Allah dah berikan aku tanggungjawab itu,

Akan ku manfaatkan sebaik-baiknya. Syafiqah Shafawiza

P/s : Maaf kerana Aku mungkir janji kerana aku dah cakap post yang terdahulu adalah yg terakhir untuk tahun 2012.

Sunday, December 30, 2012

Dah last day 2012 rupanya


Setelah berjaya merajinkan diri update post dalam blog yang sekian lama tak terjaga,
Terdetik nak menaip satu lagi post,
Sementara masih terdapat idea,
Sementara jari-jari yang dah agak gelap nih masih rajin ingin menekan,
Sementara keadaan yg masih sngat lah tenang.

Disangka masih lagi 30.12 di waktu ini,
Mata menjeling kearah jam dinding yang tak puas mengingatkan diri ini tentang masa,
Lupa dah over 12 o'clock,
Surely dah 31.12.2012.
Last day untuk tahun 2012.

Next day dah 2013,
Sambutan New year? Tak terdetik di hati nak meraikan lebih2.
Konsert? Enjoy di mane2 bersama sahabat?
Teramatlah malas nak pergi mane2.

Bukan nak mengata, bukan juga pandai2 nak berbicara,
Tapi kadang2 cara kita meraikan sesuatu agak terlalu melampau,
Kadang2 cara kita menyambut kedatangan sesuatu yg baru tidak mengena dngan caranya,

"Nak cakap tak elok lah sambut New Year nih?"
That's not what I mean to buddy.
Yes betul 2012 dah nak tinggalkan kita,
Yes betul 2013 dah pon menjelang tiba,
Then is there a need to celebrate it too much?

"Alahh setahun sekali jer kot." Ehh?

Rasanya tak perlu lah melampaui batas sngat even nak celebrate new year skali pon.
Tak perlu lah nak daftar diri di tempat yang mampu menambah dosa diri sendiri,
Yang sedia ada memang banyak dosa nih,
Ingat, orang 'ketiga' sentiasa setia menemani kita untuk menyesatkan kita,
Lagi2 lahh di kesempatan yang terbuka luas nih.

Masing-masing dah mampu berfikir ape yang baik, ape yang tak elok,
Cukuplah muhasabah diri sendiri untuk sejenak,
Cukuplah berfikir sedetik tentang azam kita 2012 yg lalu,
Adakah kita dah achieve semua yang kita janjikan time nak masuk 2012 dulu?
Adakah kita dah layak nak janjikan benda baru untuk 2013 akan datang?


This may be my last post for 2012 :)

Impian dan khayalan #Part10


Open browser,
Terlihat suatu blog yang baru saje diupdate,
Dicoretnya pelbagai kisah hidup dizaman kecilnya,
Dikarangnya indah mengukir seribu satu kenangan pahit manis.

Terdetik sendiri,
Aku ade blog ke?
Baru teringat, dah lame sngat aku tak update something kat blog aku sendiri,
Dah lame sngat jari aku ni tak menari diatas papan keyboard yang agak lusuh nih.


Selalu jer follow blog orang lain,
Selalu jer up to date dngan pelbagai post yang diluahkan daripada pelbagai insan,
Yang mengabdikan kenangan mereka,
Dilaman cyber agar mampu dikongsikan bersama.
Agar mampu dijadikan peringatan dengan yang lain,

Termenung lagi sendiri,
Dah nak habis 2012,
Mampukah aku hidupkan balik blog aku ni pada 2013?
Mampukah aku karang segala pahit maung hidup ku di 2012?
Mampukah aku lakarkan suatu kisah manis di 2013?



InsyaAllah, Andai diberi peluang oleh-Nya lagi :)