Wednesday, October 24, 2012

Segulung kertas yang penuh makna


Present english drama for subject Technical English III done !
Present project for Final Year Project also done !
Almost all quiz, and test for the rest of others subject already done !

Sedar tak sedar, dah penghujung semester 5 aku kat sini,
Sedar tak sedar, mungkin aku patut sedar,
aku dah di part yang terakhir untuk babak drama hidup aku kat kolej nih,
babak drama hidup sebagai seorang students yang mengejar segulung sijil,

segulung sijil yang menceritakan segala liku-liku yang aku hadapi,
segulung sijil yang bakal menentukan kemana hala tuju hidup aku selepas ini,
segulung sijil yang bakal menentukan perhitungan diri ini dengan harapan kedua ibubapa di kampung,

segulung sijil yang mungkin dilihat sebagai sekeping kertas yang digulung dan diikat cantik dengan ribbon,
ataupon mungkin dilihat sebagai sekadar suatu penghargaan atas kesabaran menempuh halangan hidup di kolej ini,
namun didalamnya terdapat seribu satu ucapan tahniah daripada saudara mara,
didalamnya juga terdapat seribu satu kenangan sepanjang usaha untuk mengapai kertas tersebut,

'Kertas' itu penting bagi aku,
ia permulaan bagi coretan hidup yang terpahat didalam hati,
ia penghargaan terbesar untuk segala jasa kedua ibubapa yang mungkin tak ternilai,
ia juga sebagai wakil bagi mengucap syabas dan tahniah kepada diri ini,
yang sanggup menyahut cabaran menempuh alam hidup baru ini sejak 2 tahun lebih yang lepas.

InsyaAllah lagi setengah tahun harus aku hadapi untuk segulung kertas itu,
InsyaAllah.. Dengan izin-Nya

No comments:

Post a Comment