Friday, August 17, 2012

Sedar tak sedar : Ramadhan kali ni dah nak berlalu.


Sedar tak sedar,
Pejam celik pejam celik,
Sekejap je bulan Ramadhan kali ni berlalu,
Tak lama lagi InsyaAllah 2 hari lagi Syawal akan menjelma,

Termenung sejenak,
Ape yang aku dah buat untuk Ramadhan kali ni,
Ape yang aku dah perbaiki diri sendiri di kala bulan penuh barakah ini berlalu,
Ape kah ibadah aku yang tak seberapa ini diterima oleh Nya?

Terpikir jugak sejenak,
Terharu bila memikirkan,
mampukah diri ini bakal menikmati Ramadhan di tahun hadapan lagi?
mampukah diri ini mengambil iktibar atas kesilapan2 yang lalu,
mampukah diri ini berhijrah ke arah yang lebih baik,
dari masa silam yang tak berapa nak cerah.

Hanya tuhan yang tahu,
Hanya dia yang menentukan masa perjalanan hidup ini,
Hanya dia yang menentukan dimanakah tempat kita di akhirat kelak.

Ohh tuhan,
Bukalah pintu hati hamba mu yang tak berdaya melawan nafsu yang jahat,
Kurniakan lah hidayah kepada hamba mu yang sentiasa jatuh ditimpa syaitan durjana,
Tunjukkan lah jalan kepada hamba mu ini yang sentiasa tewas di tangan dugaan dan mainan duniawi.


P/s : Cari lah amal yang terbaik dikala Ramadhan masih disisi.

Monday, August 6, 2012

Sesungguhnya aku memang malas

First post tuk bulan Ogos, Post kat bulan Julai takde pon.

Bukan takde idea nak coretkan pape, tapi sememang malas nak update blog nih.
Banyak sangat benda yang berlaku terutama sejak 2 bulan lepas.
Dalam bulan Julai tuh, time tuh laa final exam tuk short sem, time tuh laa budak junior baru masuk daftar, time tuh laa jugak aku attends Final PKM kat Ciast Shah Alam.
Tempat yang sama seperti Pra-PKM hari tuh.

Alhamdulillah first time jugak layak ke final walaupon aku tak expect jugak dapat layak ke final tuh.
But what i can say about the final competition is it was totally make me dump to the earth.
Dapat soalan kurang seminggu dari hari pertandingan,
Cuba jugak study ape yang patut,
Tapi aku pon ade final exam laa.
Tak kan nak focus kat competition ni jer kan. haihhh -.-

Btw, pasal competition tu akan diceritakan kat post lain,
Jikalau lah rajin. Ngeh3.
Post ni pon saje2 nak update,
Kesian dah macam terbiar sangat blog aku nih.

P/s : Oii2, keje tak siap laa, tak yah nak sebok update blog laa.