Mengeluh dan terus mengeluh,
cuba bangkit dari mimpi pahit,
mimpi yang disaluti dengan kisah benar yang cukup untuk meresahkan hati,
Berfikir sejenak,
Harus kah masalah itu diletakkan di tempat pertama dalam fikiran ini,
Harus kah masalah lain yang lagi penting perlu dilupakan,
hanya kerana cinta dan sayang yang tidak bertepi ini.
Tidak pernah terfikir di hati,
ingin memainkan perasaan orang lain,
Tidak pernah terdetik di hati ini,
ingin melupakan orang yang ikhlas menyayangi,
Tapi tugas-tugas lain masih banyak menunggu,
Bangkitlah wahai diri,
engkau sekarang dah banyak hanyut,
banyak tersasar dari perjalanan hidup mu,
banyak terbabas ke lumrah hidup yang dilaknati,
Berfikirlah ape yang ibubapa mu harapkan,
letakkan lah mereka tempat pertama di pertandingan hati mu,
ingat lah jasa-jasa mereka kepada mu yang langsung tak berbelah bagi,
sehingga engkau mampu berdiri sekarang,
sehingga engkau mampu menikmati ape yang kau ada sekarang,
Walaupon tidak seberapa,
tapi bersyukurlah dengan ape yang ade,
bandingkan lah diri mu dengan insan-insan lain di luar sana,
bukan dengan yang kaya harta dunia,
tapi dengan insan yang kurang bernasib baik,
yang sentiasa memerlukan pertolongan orang untuk berdiri.
P/s : Terima kasih Ummi , Terima kasih Abah .
No comments:
Post a Comment