Tuesday, May 29, 2012
Impian dan khayalan #Part 8
Dengki tengok orang lain bahagia,
dengki tengok kbahagian orang muda yang sedang hangat berkapel,
dengki tengok kbahagian cintan cintun zaman remaja di muka buku,
dengki tengok kbahagian orang yg sedang dilamun khayal berdating di mana-mana,
Tapi apakah semua dengki itu berbaloi?
Apakah dengki-dengki itu mampu membuat diri kite lebih baik?
Berbaloikah berdengki dengan insan yg kaya harta dunia,
but miskin harta akhirat?
Lebih baik berdengki dengan orang yg dah kahwin,
daripada pasang cita-cita tuk buat maksiat,
yang memang terbuka tuk dapat share dosa kat akhirat kelak,
sekurang-kurangnya mereka berbahagia di jalan yang sah dan diredhai,
Lebih baik berdengki dengan seorang ustaz,
sekurang-kurangnya secara tak langsung boleh jugak insafkan diri,
daripada melupakan ibadat sbagai seorang islam,
semata-mata menjadi seorang yang kufur di mata Allah,
Lebih baik berdengki dengan seorang yang bodoh tapi tidak sombong,
daripada mengikut golongan2 cerdik pandai,
tapi menggunakan anugerah itu untuk kepentingan sendiri,
malah ade kala cerdik pandai itu lah yang suke jatuhkan bangsa nye sendiri.
Allah amat suka hambaNya yang tidak pernah melupakan Nya,
dikala senang, mahupun susah,
kerana dimana ade masalah, disitu laa ade hikmahnya,
rezeki dunia dan pahala Allah berada dimana-mana,
menunggu untuk dikutip oleh umatNya,
sebagai bekalan di dunia kekal kelak.
P/s : Ya Allah , bukalah pintu hatiku agar aku tidak lagi tersesat dari jalan agama Mu . :')
Monday, May 28, 2012
Impian dan khayalan #Part 7
Mengeluh dan terus mengeluh,
cuba bangkit dari mimpi pahit,
mimpi yang disaluti dengan kisah benar yang cukup untuk meresahkan hati,
Berfikir sejenak,
Harus kah masalah itu diletakkan di tempat pertama dalam fikiran ini,
Harus kah masalah lain yang lagi penting perlu dilupakan,
hanya kerana cinta dan sayang yang tidak bertepi ini.
Tidak pernah terfikir di hati,
ingin memainkan perasaan orang lain,
Tidak pernah terdetik di hati ini,
ingin melupakan orang yang ikhlas menyayangi,
Tapi tugas-tugas lain masih banyak menunggu,
Bangkitlah wahai diri,
engkau sekarang dah banyak hanyut,
banyak tersasar dari perjalanan hidup mu,
banyak terbabas ke lumrah hidup yang dilaknati,
Berfikirlah ape yang ibubapa mu harapkan,
letakkan lah mereka tempat pertama di pertandingan hati mu,
ingat lah jasa-jasa mereka kepada mu yang langsung tak berbelah bagi,
sehingga engkau mampu berdiri sekarang,
sehingga engkau mampu menikmati ape yang kau ada sekarang,
Walaupon tidak seberapa,
tapi bersyukurlah dengan ape yang ade,
bandingkan lah diri mu dengan insan-insan lain di luar sana,
bukan dengan yang kaya harta dunia,
tapi dengan insan yang kurang bernasib baik,
yang sentiasa memerlukan pertolongan orang untuk berdiri.
P/s : Terima kasih Ummi , Terima kasih Abah .

Wednesday, May 23, 2012
Engkau punya masalah , aku dapat bala .
Satu pagi yang tak berapa nak baik,
nak melangkah masuk ke pejabat fakulti,
ade urusan untuk diselesaikan,
Tapi rasa macam tak sedap hati,
rasa macam langkah kiri pon ade,
cekalkan hati jugak masuk menjenguk ke dalam office tuh,
Hajat ingin berurusan dengan orang lain,
namun orang lain yang memanggil,
awal-awal tak tahu sebab dipanggil,
berbagai persoalan bermain di minda sepanjang menunggu time tuh.
Tiba masa masuk tuk berjumpa,
awal-awal conversation agak baik,
namun apabila dinyatakan tujuan dipanggil,
rasa macam dikondem bertalu-talu diri ini,
Memang tujuan asal adalah untuk menyatakan ape yang salah,
tapi diri ini yang kurang pengetahuan terus-terus jer la mengaku salah,
macam pak turut pon ade,
tanpe mengetahui isi-isi yang perlu dibahaskan,
untuk membela diri yang terang-terang takde salah.
Malas nak cerita ape masalah,
selang tak lama tu,
dapat tahu yang hamba Allah ini memang banyak dibebani masalah,
sebelum diluahkan semua bara api didalam diri nya,
keatas orang lain yang langsung tak bersalah,
Takpe laa,
Diri ini masih mempunyai rasa hormat,
Bukan sayu, bukan takut,
namun hidup ini difikirkan masih memerlukan orang lain dalam semua hal.
biar Allah s.w.t yang judge keatas diri nya,
kerana hanya Dia yang maha adil lagi mengetahui.
P/s: Mengantuk, nak update banyak-banyak tak larat. Esok la jawabnye.
Sunday, May 6, 2012
Number One For Me : Thanks mom
Lagu baru yang tersangat laa best dari Maher Zain,
Lagu best, Penuh makna yang hendak disampaikan,
Irama lagu pon best,
Video yang memang sesuai dihasilkan,
9/10 tuk Video Clip baru tuk lagu Number One For Me by Maher Zain,
Di bawah naungan syarikat Awakens record,
Untuk itu,
Hendak aku sampaikan lagu ini,
Tuk mak aku yang tercinta,
Mom,
U are number ONE for me :)
Mum I’m all grown up now
It’s a brand new day
I’d like to put a smile on your face every day
It’s a brand new day
I’d like to put a smile on your face every day
Subscribe to:
Posts (Atom)