Thursday, June 2, 2011

Dunia Akhir Zaman ~

"JENAYAH MEMBAWA PADAH" trademark Zakiah Anas dalam rancangan 999.. Suke tngk rncangan tuh sbb leh taw kejadian sebenar bila seseorang penjenayah tu kantoi ngan pihak berkuasa tak kire Polis, Kastam, or Pejabat Agama. Tp yg sedihnye skarang nih, kes2 jenayah terus bertambah. Manusia da hilang sifat kemanusiaan tu sendiri. Nape la leh jd cmtuh? Tak kn nk salahkn undang-undang tak ketat? Tak leh gak kan..

Kita imbau dulu jenayah yg bleh dianggap kejap dan tak boleh dipandang remeh oleh pelusuk masyarakat negara ni iaitu kes BUANG BAYI.. Jenayah JAHILIAH MODEN ni makin hari makin menjadi-jadi dengan 517 kes buang bayi dilaporkan dari 2005 hingga Jan 2011. Tu kes sampai JANUARI 2011, sekarang dh JUN 2011. Dah makin bertambah dh law dengar hari-hari jenayah ni lam media massa dan eletronik..

Jenayah angkara BINATANG ini yang terbaru adalah pada pukul 12tengah malam semalam apabila seorang bayi yang dipercayai baru sajer dilahirkan dengan masih bertali pusat telah dibuang dari tingkat 5 sebuah pangsapuri di Sentul Utara. Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu. Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan. Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan. “Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis.

Pengerusi Rukun Tetangga pangsapuri berkenaan, Ramli Abd Aziz, 43, berkata selama 17 tahun menetap di situ, ini kali pertama kejadian pembuangan bayi secara kejam berlaku. “Geram apabila difikirkan mereka melakukan perbuatan kejam itu dan sayu rasanya ketika saya melihat darah bayi itu yang keluar dari kepalanya.
 

Ape salah bayi-bayi sehingga diperlakukan begini? Mereka juga manusia yang ingin menikmati nikmat hidup atas dunia nyata.. Namun angkara binatang-binatang nih, mereka terbuang begitu sahaja. Kepada si pelaku nih, adakah mereka tak pikirkan dosa yang mereka akan tanggung selepas berbuat begini kepada janin hasil benih mereka sendiri? Di manakah sifat kemanusiaan mereka kerana label mereka sudah lebih bawah dari binatang kerana binatang pon masih syg kn anak2 mereka sendiri.

1 comment:

  1. pakcik~~~jgn mempamerkn wajah shy2 cat sy kat ctuh...haihhhh~~!! ;P

    ReplyDelete