Waalaikummussalam Duhai Hati,
Sekian lama tidak ku dengar khabar berita mu,
Apatah kau sihat-sihat sahaja?
Sekian lama aku tidak berkunjung ke sini,
Semakin bijak kau menyindir ku duhai Hati?
Tiada sedikit pon niat ku untuk menyindir mu duhai si penulis,
Aku hanya bertanya,
Salah kah aku memulakan coretan mu kali ini dengan sesuatu yang tampak manis di mata?
Baik lah, Engkau benar duhai Hati,
Maafkan aku.
Wahai si penulis,
Benar, aku ini adalah sebahagian dari kamu,
Aku tahu semua apa yang kamu rasa, apa yang kamu lalui,
Tapi sejak akhir ini selalu saja kamu bohongi aku,
Sehingga tidak mampu aku tafsirkan apa yang sebenarnya kau rasakan,
Pendirian mu tidak tetap seperti perwatakan mu,Jiwa mu mudah di pengaruh,Hati mu begitu mudah tewas di tangan godaan para 'askar' duniawi,
Seperti saja tidak perlu aku luahkan apa yang aku rasa,
Terlebih dahulu kau membuatkan aku terpaku begitu sahaja,
Ya wahai si penulis,
Disini hanya menjadi sebagai ruang terjemahan isi hati mu itu,
Kau sudah jadikan disini sebagai diari untuk kehidupan hari mu,
Cuma sedikit sangat, tidak la semua kau coretkan disini.
Duhai Hati,
Semakin hari semakin bertambah usia ku,
Semakin hari semakin pengalaman mendewasakan aku,
Aku yakin kali ini pendirian ku akan ku teguhkan sekuat yang mungkin,
Sampai bila aku harus menjadi diri ku yang lama bukan?
Masa tidak menunggu ku,
Mati pula tidak mengenal usia,
Duhai Hati,
Biar la aku berterus terang sahaja,
Sebelum mood aku untuk menulis hilang begitu sahaja,
Aku sayang dia,
Aku sayang kan apa yang bakal kami lalui bersama,
Aku tahu dia la yang terbaik untuk ku esok hari,
Nawaitu ku tidak pernah berubah dari awal aku kenali dia,
Aku tanamkan impian ku untuk kahwini dia,
Impian yang kadang-kadang pudar di hasut dugaan,
Impian yang kadang-kadang terus hilang di timpa musibah,
Tetapi kenapa sampai sekarang aku masih bertahan?
Kenapa aku masih disini walaupon aku diuji hebat saat sebelum nya?
Aku pasti tuhan sudah tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk hidup ku,
Aku pasti hanya tinggal usaha dan doa dari diri ini.
Aku berharap kesenangan yang aku hadapi hari ini,
Hanya tinggal dibalas dengan kesenangan esok hari,
Syabas duhai si penulis,
Kali ini aku benar kagum, aku bangga,
kerana aku telah menjadi sebahagian daripada drama mu sebelum ini,
Ya si penulis,
Andai itu yang telah tuhan tetapkan untuk mu,
Pasti akan tiba apa yang kau hajatkan,
Lambat atau cepat hanya mampu kita usahakan,
Yang menentukan hanya Dia yang Maha Esa,
Nasihat ku pada mu kali ini,
Kuat kan la semangat mu, teguhkan pendirian mu,
Kekalkan matlamat mu, jangan lagi engkau tersilap,
Banyakkan berdoa, banyakkan bersabar,
Tuhan maha mengetahui,
InshaAllah,
Semoga urusan mu dipermudahkan duhai si penulis.
Terima kasih duhai Hati,
Terima kasih...
Akan ku cuba yang terbaik demi kita,Demi keluarga ku sendiri.Semoga tiada lagi ribut badai melanda,Sesungguhnya aku tidak kuat.