Monday, May 1, 2017

Impian dan khayalan #Part24

1 tahun lebih blog ni terbiar tiada bertuan,

Hari ni dia kuatkan diri untuk coretkan sedikit kenangan,
Tak ketinggalan sedikit luahan,
Untuk dijadikan ingatan dan pengajaran,
Kepada diri sendiri di masa mendatang,
Yang tidak pasti hidup nya masih lagi lama,
Atau temui akhir nya nafas esok hari.

Kenapa post di slot ini selalu sedih?
Tak ubah seperti drama melayu?
Kenapa tidak luahkan sedikit kegembiraan?
Tidak kah pernah kau merasa gembira wahai si penulis?

Menarik persoalan itu.

Adakah perhatian yang engkau cari?
Adakah belas ikhsan dari pembaca yang engkau mahukan?

Pemerhati dan penganalisa kehidupan selalu berkata,
Dikala kita gembira,
Kita akan lupa Dia yang maha Esa,
Dikala kita senang, 
Dikala kita diambang kehidupan yang bahagia,
Kita mudah lupa untuk mengingatkan diri kita untuk bersyukur,

Bukan belas kesian yang si penulis mahukan,
Tapi disini sudah ibarat tempat dia meluahkan perasaan,
Meluahkan masalah yang langsung tak pernah berhenti melawat ruang hidup harian nya,

Kenapa perlu luah disini?
Tidak kah kau punya seseorang untuk luahkan apa yang terbuku di hati kau?

Ya, memang.
Ada orang yang dia boleh ceritakan apa yang dia rasa,
Ada tempat untuk dia luahkan segala masalah.

Tapi dia sedar,
Ada benda yang dia boleh kongsikan,
Ada benda yang dia perlu pendam sorang-sorang,
Dia taknak terlalu berharap kepada orang lain,
Dia cuba kuat, Dia cuba tabah dari hari ke hari,

Ujian, Masalah, Dugaan,
Tak putus-putus datang menemani hari-hari nya,
Dia cuba jadi positif yang mungkin,

Semua masalah itu datang nya dari Tuhan mu,
Semua dugaan itu tanda Dia sayang kan mu,
Semua ujian itu datang kerana tak mahu kau lalai dari hari ke hari,

Jangan la selalu mengeluh, 
Jangan la terlalu bersedih,
Bersyukur la, Jangan berhenti berdoa,
Hidup kau masih lagi senang jika dibandingkan dengan insan di luar sana,
Yang tidak kau ketahui lagi berat masalah nya.

Inshaallah, 
Banyak masalah si penulis dari hari ke hari,
Tapi itu bukan la menjadi penghalang,
Untuk dia kecapi apa yang dia impikan,
Untuk dia laksanakan impian dan harapan orang tua tercinta,
Dia cuba tabah,
Andai sebegini yang Maha Esa mahu menguji dirinya.


Si penulis mahu mencoretkan hal lain,
Tapi terlalu jauh pula dia merapu,
Inshaallah, akan dia coretkan di post yang lain.
Semoga dipanjangkan umur, Dipermudahkan urusan harian. Amin