Tuesday, June 23, 2015

Impian dan khayalan #Part22

Kita tak mungkin sama,
Kita jauh berbeza,

Disisi tuhan semua manusia sama darjat,
Semua nya hina, Hanya sekadar makhluk ciptaan-Nya yang lemah,

Tapi pada hakikat di dunia,
Pada pandangan manusia sesama sendiri,
Kita jauh berbeza,
Hidup kau dan aku tak kan mungkin sama pada masa sekarang,
Esok hari? InShaAllah mungkin. 
Rezeki kita esok hari tiada siapa tahu.

Aku mengimpikan sesuatu yang tak mungkin aku capai,
Aku berangan untuk memiliki apa yang tak mungkin aku dapat.
Aku termenung tiap hari mencari jalan macam mana untuk aku memiliki sesuatu,
Sesuatu yang tidak langsung memandang ku,
Sebagaimana apa yang aku ada sekarang.

Semakin aku berangan, Semakin aku kecewa,
Kadang-kadang kecewa dengan kehidupan aku sekarang,
Kadang-kadang kecewa dengan nasib hidup aku sekarang,

Tapi aku tak boleh mengeluh,
Kerana ini takdir ku,
Kerana ini suratan hidup ku yang terlebih dahulu ditetapkan oleh yang Maha Esa,

Aku tak patut jadi seperti orang lain,
Orang lain yang lebih kau pandang,
Orang lain yang jauh lebih baik kehidupan mereka daripada ku,
Orang lain yang jauh lebih mengerti terlebih dahulu apa erti kehidupan yang sebenar,

Tetapi apa kan daya,
Aku hanya sekadar manusia biasa,
Yang tak lari dari kesilapan,
Yang lemah dalam segala benda,

Dia ada segala apa yang diperlukan dunia sekarang,
Tapi aku?
Mengertilah kau bahawa aku hanya insan biasa,
Yang tak memiliki apa apa segala jenis harta duniawi sekarang.

Aku mempunyai beribu sebab sendiri,
Kenapa aku terdesak sehingga terluah sedikit daripada kekecewaan tu disini,
Aku tak mampu menipu dengan perasaan sendiri,
Aku ingin kau berubah,
Berubahlaa ke arah kehidupan agama kita yang sebenar,
Sementara kau masih tidak terlalu jauh tersasar dari jalan hidup kita sebagai seorang Islam,
Ya memang aku tak mengenali kau sebagaimana yang lain,
Tapi aku sendiri tidak mengerti kenapa aku masih ingin mencuba mengenali kamu.

Aku doakan yang terbaik untuk kau,
Seandainya dikala kau baca nukilan ini,
Kita tak lagi sama seperti kita mula-mula kenal.


Dia yang ingin ku miliki bahagia dengan bukan kehidupan sebenarnya. 
Semoga tuhan kurniakan cahaya dan petunjuk kepadanya. 
Semoga yang terbaik bersama dengan kehidupannya. 

How I want you to know that I'm glad I can know someone like you.
Coretan diatas hanya sekadar mainan perasaan dari diri ini.

Salam Ramadhan 1436H 


Monday, June 22, 2015

Salam Ramadhan Al-Mubarak Tahun 2015/1436H

Pejam celik, tidur bangkit,
Sedar tak sedar bertemu lagi kita dengan Ramadhan.
Alhamdulillah Allah pertemukan lagi kita dengan bulan mulia ini.
Alhamdulillah Allah masih memberi peluang,
Untuk kita manfaatkan sepenuhnya amal ibadat kita di bulan barakah ini.

Selamat Berpuasa Untuk semua Umat islam di serata dunia,
Tidak mengira darjat, tidak mengira asal usul,
Tidak mengira rupa,
Di sisi-Nya kita semua sama, makhluk ciptaan yang serba kekurangan.

Rebut la peluang keemasan ini,
Gandakan Amal Ibadat,
Jangan dilepaskan, 
Tiada siapa tau mungkin kita tak akan bertemu Ramadhan lagi akan datang.

INSHAALLAH


Ya Allah, Kurniakan la Hidayah-Mu kepada ku, kepada ahli keluarga ku, kepada sahabat handai ku, kepada saudara seislam ku. Moga-moga Ramadhan kali ini memberi beribu pengertian yang bermakna kepada kami semua. Amin