Wednesday, December 5, 2018

Impian dan khayalan #Part41 (Bersyukur)

Hati, dimanakah engkau?

Apakah engkau sudah gila?
Aku sentiasa ada dengan mu. 
Tanpa ku mampu kah kau hidup?
Tanpa ku mampukah...

Sudah sudah,
Sepatah persoalan ku, tidak berhenti jawapan mu ya.

Gurau malam wahai si penulis,
Sebagai penghibur diri mu jua,

Benar wahai hati,
Engkau la penghibur ku,
Setia kau bersama jatuh bangun ku, aku hargai.

Wahai si penulis,
Sesungguhnya setiap manusia ada sisi diri nya yang lain,
Dikala engkau ada nya aku,
Tetapi kau harus sedar, 
Ada lagi jasad lain yang sentiasa mengangkat mu ketika kau rebah,
Ada lagi insan lain yang sudi mengangkat mu ketika kau tiada apa-apa,

Ya duhai hati,
Aku sedar semua itu,
Dikala aku dilema dengan keresahan,
Dikala aku mengeluh tatkala apa yang ku inginkan tidak juga kesampaian,
Bila aku fikirkan balik,
Tidak benar sama sekali semua itu,
Keresahan ku hanya la mainan perasaan semata,
Keluhan ku hanya la bisikan syaitan untuk mengajar ku erti tidak bersyukur,

Duhai hati,
Tatkala aku sendirian,
Aku terfikir, aku sedar,
Begitu banyak nikmat yang aku perolehi tanpa sedar hari ini,
Begitu banyak 'anugerah dunia' ada pada ku, namun tidak pada orang lain,

Tapi.... Masih.....
Aku mengeluh, Aku sedih,
Aku selalu berdoa, kenapa yang lain dapat macam ni, aku tidak?
Aku selalu berdoa, kenapa apa aku inginkan tak selalu menjadi nyata?

Itu la silap mu wahai si penulis,
Sungguh nya engkau alpa didalam perlumbaan dunia, 
Taksub dalam mengejar sehingga menyakitkan,
Tanpa pernah menoleh sejenak kebelakang, 
melihat apa yang telah kau perolehi,

Ya benar duhai hati,
Tatkala aku fikirkan masalah ku hari ini,
Sering kali aku terdengar insan lain lagi besar musibah nya,
Lagi sakit 'azab' nya.
Terus air mata lelaki ku bergenang,
Hati ku tersentuh bila aku bandingkan tempat ku dengan dia,
Dan disitu aku teramat bersyukur dengan apa yang aku masih ada sekarang.

Aku tahu itu wahai si penulis,
Di sebalik kata-kata mu yang penuh buruk dan dusta,
Aku tahu didalam mu tidak begitu lagak nya,

Duhai hati,
Andai aku mampu, 
Ingin saja aku bantu semua yang memerlukan,

Wahai si penulis,
Jangan katakan 'Andai'!
Engkau sebenarnya sudah mampu,
Hanya masa dan keadaan sahaja yang masih lagi tidak berpihak kepada mu,

Hanya satu sahaja kali ini ingin aku nyatakan padamu,
Bersyukur la dalam apa jua keadaan sekali pun,
Sesungguhnya Allah amat menyukai umat nya yang bersyukur,
Bersihkan hati, Selalu la bersangka baik,

Jangan sesekali engkau menyimpan dendam dengan dunia ini,
Dunia sementara ini sememangnya kejam untuk kita umat agama yang satu ini,
InshaAllah Syurga yang kekal abadi menanti kita.

InshaAllah
Terima kasih duhai hati.


Monday, September 17, 2018

Impian dan khayalan #Part40 #PartIstimewa

Assalamualaikum si penulis,

Waalaikummussalam Duhai Hati,

Sekian lama tidak ku dengar khabar berita mu,
Apatah kau sihat-sihat sahaja?

Sekian lama aku tidak berkunjung ke sini,
Semakin bijak kau menyindir ku duhai Hati?

Tiada sedikit pon niat ku untuk menyindir mu duhai si penulis,
Aku hanya bertanya,
Salah kah aku memulakan coretan mu kali ini dengan sesuatu yang tampak manis di mata?

Baik lah, Engkau benar duhai Hati,
Maafkan aku.

Wahai si penulis,
Benar, aku ini adalah sebahagian dari kamu,
Aku tahu semua apa yang kamu rasa, apa yang kamu lalui,
Tapi sejak akhir ini selalu saja kamu bohongi aku,
Sehingga tidak mampu aku tafsirkan apa yang sebenarnya kau rasakan,

Pendirian mu tidak tetap seperti perwatakan mu,Jiwa mu mudah di pengaruh,Hati mu begitu mudah tewas di tangan godaan para 'askar' duniawi,

Seperti saja tidak perlu aku luahkan apa yang aku rasa,
Terlebih dahulu kau membuatkan aku terpaku begitu sahaja,

Ya wahai si penulis,
Disini hanya menjadi sebagai ruang terjemahan isi hati mu itu,
Kau sudah jadikan disini sebagai diari untuk kehidupan hari mu,
Cuma sedikit sangat, tidak la semua kau coretkan disini.

Duhai Hati,
Semakin hari semakin bertambah usia ku,
Semakin hari semakin pengalaman mendewasakan aku,
Aku yakin kali ini pendirian ku akan ku teguhkan sekuat yang mungkin,
Sampai bila aku harus menjadi diri ku yang lama bukan?
Masa tidak menunggu ku, 
Mati pula tidak mengenal usia,

Duhai Hati,
Biar la aku berterus terang sahaja,
Sebelum mood aku untuk menulis hilang begitu sahaja,
Aku sayang dia,
Aku sayang kan apa yang bakal kami lalui bersama,
Aku tahu dia la yang terbaik untuk ku esok hari,

Nawaitu ku tidak pernah berubah dari awal aku kenali dia,
Aku tanamkan impian ku untuk kahwini dia,
Impian yang kadang-kadang pudar di hasut dugaan,
Impian yang kadang-kadang terus hilang di timpa musibah,

Tetapi kenapa sampai sekarang aku masih bertahan?
Kenapa aku masih disini walaupon aku diuji hebat saat sebelum nya?
Aku pasti tuhan sudah tunjukkan aku jalan yang terbaik untuk hidup ku,
Aku pasti hanya tinggal usaha dan doa dari diri ini.
Aku berharap kesenangan yang aku hadapi hari ini,
Hanya tinggal dibalas dengan kesenangan esok hari,

Syabas duhai si penulis,
Kali ini aku benar kagum, aku bangga,
kerana aku telah menjadi sebahagian daripada drama mu sebelum ini,

Ya si penulis,
Andai itu yang telah tuhan tetapkan untuk mu,
Pasti akan tiba apa yang kau hajatkan,
Lambat atau cepat hanya mampu kita usahakan,
Yang menentukan hanya Dia yang Maha Esa,

Nasihat ku pada mu kali ini,
Kuat kan la semangat mu, teguhkan pendirian mu,
Kekalkan matlamat mu, jangan lagi engkau tersilap,
Banyakkan berdoa, banyakkan bersabar,
Tuhan maha mengetahui,

InshaAllah,
Semoga urusan mu dipermudahkan duhai si penulis.

Terima kasih duhai Hati,
Terima kasih...


Akan ku cuba yang terbaik demi kita,Demi keluarga ku sendiri.Semoga tiada lagi ribut badai melanda,Sesungguhnya aku tidak kuat.

Sunday, June 24, 2018

Just another 'Aidilfitri'

Seminggu lebih 1 Syawal telah berlalu,
Ramadhan sudah lama pergi,
Entah ketemu atau tidak tahun hadapan nya,
Hanya tuhan yang maha mengetahui,

Merenung dia kembali,
Apa yang dia dapat di Ramadhan yg lalu,
Apa yang dia raikan di Syawal kali ini,

Bagi nya Ramadhan masih lagi sama,
Di awal nya semangat mengalahkan yang lain,
Di pertengahan sudah mula sibuk dengan dunia,
Di akhir nya mata dan minda hanya nampak raya.

Sebak dia mengenangkan nasib diri nya yang lalai,
Selalu sahaja dia berdoa agar tuhan kukuhkan hati dan iman nya,
Niat baik nya selalu ada,
Nampu lain pula pendapat jasadnya,

Harapan nya hanya satu,
Semoga dipertemukan lagi Ramadhan akan datang,

Aidilfitri mengajar dia erti bersyukur,
Tatkala dia mampu membeli berhelai baju baru,
Insan lain hanya mampu bersederhana sahaja, bahkan ada yang tidak punya apa-apa,
Tatkala dia mampu memiliki kasut baru,
Insan lain cukup gembira memiliki sepasang sepatu walaupun tidak seberapa nilainya,
Tatkala dia mampu kesana sini beraya dengan sebuah jentera,
Insan lain mungkin tidak sebaik seperti nasib diri nya,

Bersyukur la,
Apa yang kamu ada hari ini,
Ada insan lain yang tak punya apa-apa.
Apa yang insan lain ada hari ini,
Mungkin belum tiba masa untuk kamu miliki juga,

Sentiasa la berdoa,
Jangan pernah putus doa mu,
Tuhan maha mendengar, Dia selalu mendengar,
Kalau tidak hari ini,
InshaAllah pasti makbul doa mu esok hari,
Jika tidak esok nya,
Jangan berduka,
Tuhan mu tahu bila masa sesuai dia memakbulkan permintaan mu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018, 
Maaf Zahir dan Batin buat yang mengenali diri ini,
Semoga Aidilfitri ini membuka lembaran baru untuk kita bersama.