Showing posts with label This is ME. Show all posts
Showing posts with label This is ME. Show all posts

Friday, July 5, 2013

Accident oh accident


Selama ni aku hanya menjadi penonton kepada pelbagai accident yang berlaku di depan mata mahupon di belakang. Sampai satu saat aku melalui sendiri detik-detik itu.

Cukuplah aku ceritakan diri ini ditimpa musibah, detail nya?
Cukuplah sekadar aku khabarkan yang aku yang salah dalam hal itu.

First time kena, sure gelabah. Lain kali elok2 la bawak kereta tuh. Cakap senior ku.
Bawak-bawak la bersabar, jangan mudah melatah. Nasihat member ku.
Dia nak bodykit baru lah tuh, saran sahabat baik ku.
Awak sabar la banyak-banyak k, sure ade hikmah disebalik yang terjadi. Nasihat dari yang tersayang
Ada la tuhan nak tunjuk ape salah kita. Nasihat dari mak yang sentiasa bersama

Terima kasih kepada mereka yang bersama.
Sekurang-kurangnya mampu aku melegakan hati yang resah ini.

Jutaan kemaafan ingin aku pohon kepada brader yang terkena musibah ni angkara aku. Sejujurnya aku cakap di sangat la baik. Even terang-terang salah aku, dengan keadaan motor yang bukan kepunyaan nya rosak teruk, dia masih mampu mengukir senyuman dan mengaku tu juga salah dia kerana terlalu laju. Harap dia baik-baik jer.


Pesanan kepada diri sendiri, hati-hati lah di jalan raya. Ingat pengguna lain, Ingat yang tersayang.

Wednesday, July 3, 2013

Aku


Sekali aku terasa, tak senang aku naik baik lagi.
Sekali kau sumpah aku macam tuh, tak senang kau nak tarik balik.


Itu aku, takpe kau boleh layan aku macam tuh.
Aku tak kisah kalau tu yang kau mahukan.
Kalau tu yang buat kau happy.

Kalau terasa nak menyumpah sekali pon, ingat tuhan, tengok situasi.
Jangan sampai menyesal kemudian hari.

Tuesday, July 2, 2013

Tidur ohh tidur


Lepas satu game, sambung game lain, habis game, sambung game baru.
12 tengah malam, sampai laa 3 pagi.
Lapar, cari makan kat bawah.

Dah kenyang sambung lagi main game.
Tengok2 jam dah pukul 7pagi.
'Ehh, dah pagi ke? Patut lah bising jer bunyi budak2 ni nak pegi sekolah'

Bercakap aku sendiri sambil mengeliat 2 3 kali.
Tapi pelik, aku langsung tak menguap sebagaimana orang yang sedang mengantuk tak tidur malam,
Cuba baring, tak terasa pulak nak tidur.
Cuba bangun, ehh larat pulak aku nak bangun.


Begitu la malam2 aku sejak dua menjak nih.
Penyakit susah nak tidur malam makin menjadi-jadi.
Tak kira la macam mana penat sekali pon badan,
Kalau habis awal tidur sure 3-4 pagi.

Terduduk, terkelip kelip memandang laptop,
Terus jari ni menaip di carian google pasal 'insomnia',
Insomnia = Penyakit susah tidur malam
Baca baca pasal insomnia nih,
Terus terfikir, aku dah kena penyakit nih agaknya.




Baca dalam 1 laman berkaitan insomnia,
Disenarai sebab sebab terjadi penyakit ni,
Banyak pula kaitan dengan aku.
Lepas ni confirm kena tidur awal,
Mampus aku kalau duk amal tak tidur kalau dah dapat kerja nanti.

Btw, sapa sapa nak tau pasal imnosia boleh refer sini
http://penyebab.org/penyakit-insomnia-susah-tidur


Wednesday, May 22, 2013

Bila diri rasa perlu untuk berubah.


Terduduk di bangku,
Merenung jendela yang terbuka luas,
Satu sengaja dibuka,
Lagi satu memang rosak menunggu masa untuk jatuh kebumi.

Matahari kian berdiri tegak di atas kepala,
Ohh, dah lewat rupenye.
Baru aku ingat, aku tido pon lewat semalam,
Tidak hairan bangun pon hampir nak ke zohor.

Sighh, keluhan secara sendirinya keluar,
Digapai Blackberry buruk dicucuk charger diatas meja,
Ternampak signal merah berkelip, Pasti ade text menanti untuk dibace,
Dibukak nye text tuh, 2 text baru menanti,
Satu dari sang dia, satu dari suatu nombor yang memang aku tak kenali,
Hati tertarik untuk bukak msg dari nombor misteri tuh,
Dibaca nya dengan penuh minat,
Habis jer bace terus hati rase bahagia untuk sementara,
Wahh, today is my day !

Text tu mengandungi semakan panggilan temuduga untuk bachelor pendidikan di UPM,
Macam-macam perasaan bermain di benak hati when habis jer bace text tuh,
Terkejut ade, terkedu pon ade, happy bukan kepalang, tp beruntung pon still ade.

Aku tak mengharap sangat untuk interview tuh,
Tp orang tua-tua cakap, cuba dulu bila dah nampak peluang,
Rezeki depan mata, tak baik ditolak.
Terus jer aku gapai tetikus dan keyboard,
Terus jer aku brows laman sesawang yg disebutkan dalam msg tersebut,
Masuk Ic, and thats it. I really got the interview !

Wednesday, January 2, 2013

1st day practical oiii ! #Part2


Sesampainye die ke tempat parking pelawat,
Turun die menjejak kaki keluar dari kereta,
Pandang die ke kanan dan kiri,
Kelihatan semakin banyak pelajar rush ke kelas masing-masing,
Ade berkumpulan, Ade berseorangan, Tak kurang jugak couple,
"Ahhh biase lahh tuh, Jngan lahh buruk sangka sangat dngan diorang tuh"
Terdetik dalam hati sendiri.

Cuaca agak tenang,
Walaupon lembab bagai baru dilanda hujan,
Tapi tu lah hakikat,
Sememangnya sekarang musim hujan.

Pandang diri sendiri ke cermin gelap kereta,
Baiki ape yang patut,
Tuck-in baju kemas-kemas,
"Tak kan nak selekeh kot"
But still nervous tu tak hilang-hilang.

Selesai preparations simple kat kreta,
Bergerak nye kaki menuju ke admin college,
Dalam perjalanan tuh,
Sempat jugak die terselisih dengan student kat sana,
Die perasan ade dari kelangan mereka memerhati gelagak seorang insan,
Yang tengah keruan nervous tak menentu,

Namun matanya tak kan pernah membalas pandangan mereka tuh,
Malu lahh weh,
Tak lelaki mahupon perempuan,
Tidak dipandang walau sedikit pon,
Maaflah sedikit malu, bukan lah kerek, bukan lah sombong,

Dipendekkan cerita,
Di pejabat admin diberitahu elaun selama 3 bulan akan disediakan,
"Ehh? Bukan aku baca surat tawaran tuh takde elaun ke?"
Rezeki lah tuh kot depa baik hati nak bagi jugak elaun.
Terima jer lahh dengan hati yang sememangnya tidak lekang dari memikirkan pasal duit.

Then aku diperkenalkan di Main Office jabatan Teknologi Maklumat.
"Whatttttt ! Semua perempuan ape cer wehh, tak kan office aku kat sini ?"
Sedikit terkejut, sedikit terkaku.
Tapi nasib baik aku ditempatkan kat lab lain.

But that's not the end.
Lab yg akan aku lepak selama 4 bulan tu sume lelaki,
Takpe lah, normal lah technician tuh lelaki kan.
Cuba membiasakan diri, Cuba meramahkan diri,
But, 1st question yg staff kat sane ajukan ?
"Pandai main futsal tak?"
Me said : "Boleh jer." Hahaha. Buku bertemu ruas lah jawabnye.

About 9pagi, keluar breakfast dngan dorang dulu.
Once of them ade tanye, "Banyak2 team EPL, team mane yang kau minat?"
Jujur hati ini menjawab bercampur dengan gurau senda,
"As long bukan Manchester United." Hahaha.

After that, about 10pagi,
Bersama dengan staff-staff lain setup new lab dengan segala macam computer baru.
Agak rare jugak lah stuff pc baru tuh. Desktop Ienovo with I7. Graphic jngan cerita lah power nye.
"Untung student kat sini." Mengeluh sendiri sambil memuji pengurusan kat sini.

"Bila TATI nak tukar PC baru jugak kat lab aku tuh ye"

P/s : Maaf bnyak lagi nak diceritakan, tapi dah lewat, memandangkan esok kena bangun awal lagi tak mampu nak paksa jari ini untuk terus mengarang.

1st day practical oiii ! #Part1


Tepat jam 6.45 pagi die bangun mandi,
Tak pernah hayat die time cuti mandi sebegitu awal,
Tak pernah hayat die bersiap-siap sperti org nak pegi office,
Tak pernah hayat die bertanyekan tentang neck-tie di pagi buta-buta camtuh.

Tepat jam 7.30 pagi, dicapai nye sume bnde yang perlu untuk first day,
Laptop? Wajib lahhhh.
Log book? Surat report in? Guide line practical?
Ape lagi ehmmmm?

Atas meja makan terhidang mee goreng basah,
Ditemani secawan tea'o suam,
Ditinggal nye mee goreng, di gapai tea'o suam tuh.
Tak teringin makan awal2 pagi alasannya,

Pkul 7.45 pagi die dah ready nak keluar,
Diserta kan doa banyak-banyak,
Hembus kanan, hembus kiri,
Hembus kat kereta skali, Tak tau ape motifnya.
Nervous punye pasal.

Selesai sume urusan kat rumah,
Dipandu nye kereta tuh ke sebuah ipt,
Di sebuah Poli di atas muka bumi Malaysia ni,
Still banyak masa,
Sempat die menikmati pemandangan para pekerja rush ke office masing2,
But die pelik kenapa die perlu pandu kereta tuh laju-laju,
Di tengah kesibukan pagi itu,
Menjeling ke arah jam tangan, "Awal lagi lahh"
But Meter kereta still tak turun-turun,
Selalu 80-90km/h je keje.
Dah habit nak wat macam mane kan.

About 10min later,
Tibenye die di tempat yang dituju,
Dipacunye masuk kedalam,
Berhenti kat post guard,
Bagi salam, hormat skit tempat orang.

But rase nervous still ade,
More? Wait part 2.
More nervous part upcoming.

Monday, December 31, 2012

Selamat Datang 2013


Terjaga dari tidur,
Jujurnye about pkul 12pm baru aku terasa nak bangun,
Tido takde lahh lewat sngat,
Tapi dah ajar diri nihh bangun lewat2,
Camni lahh jadinye.

Bangun pon bukan nye aku bangun terus,
Termenung barang seminit dua,
Termenung mikirkan hari esok,

Kenapa dengan esok?

Pengalaman baru dalam hidup,
Praktikal disebuah kolej,
Dikalangan orang2 yang sudah lama bekerja,
Dikalangan student2 yang sibuk dalam hal mereka,
Di sebuah environment baru yang tak begitu asing bagi aku sendiri,

Mengeluh sendiri,
Keluhan seorang insan yang agak nervous,
Nervous memikirkan ape yang akan terjadi esok hari,
Nervous memikirkan mampukah permulaan yang baik dicipta,
Nervous memikirkan mampukah pengakhirannya pon baik,
InsyaAllah, Usaha Doa Tawakkal.

By The Way, hari nih dah 2013,
Selamat tahun baru untuk semua,
Aku takde sngat azam baru yang specified,
Tapi still ade,

"Azam apekah itu?"

Tak perlulah dimention kan disini,
Cukuplah untuk simpanan diri sendiri,
Cukuplah hanya hati ini yang tahu :)



Azam 2012 pon banyak lagi tertunggak,
Tak payah nak berazam-azam sngat lahh.
PFFFTTTTTT ~


Sunday, December 30, 2012

Dah last day 2012 rupanya


Setelah berjaya merajinkan diri update post dalam blog yang sekian lama tak terjaga,
Terdetik nak menaip satu lagi post,
Sementara masih terdapat idea,
Sementara jari-jari yang dah agak gelap nih masih rajin ingin menekan,
Sementara keadaan yg masih sngat lah tenang.

Disangka masih lagi 30.12 di waktu ini,
Mata menjeling kearah jam dinding yang tak puas mengingatkan diri ini tentang masa,
Lupa dah over 12 o'clock,
Surely dah 31.12.2012.
Last day untuk tahun 2012.

Next day dah 2013,
Sambutan New year? Tak terdetik di hati nak meraikan lebih2.
Konsert? Enjoy di mane2 bersama sahabat?
Teramatlah malas nak pergi mane2.

Bukan nak mengata, bukan juga pandai2 nak berbicara,
Tapi kadang2 cara kita meraikan sesuatu agak terlalu melampau,
Kadang2 cara kita menyambut kedatangan sesuatu yg baru tidak mengena dngan caranya,

"Nak cakap tak elok lah sambut New Year nih?"
That's not what I mean to buddy.
Yes betul 2012 dah nak tinggalkan kita,
Yes betul 2013 dah pon menjelang tiba,
Then is there a need to celebrate it too much?

"Alahh setahun sekali jer kot." Ehh?

Rasanya tak perlu lah melampaui batas sngat even nak celebrate new year skali pon.
Tak perlu lah nak daftar diri di tempat yang mampu menambah dosa diri sendiri,
Yang sedia ada memang banyak dosa nih,
Ingat, orang 'ketiga' sentiasa setia menemani kita untuk menyesatkan kita,
Lagi2 lahh di kesempatan yang terbuka luas nih.

Masing-masing dah mampu berfikir ape yang baik, ape yang tak elok,
Cukuplah muhasabah diri sendiri untuk sejenak,
Cukuplah berfikir sedetik tentang azam kita 2012 yg lalu,
Adakah kita dah achieve semua yang kita janjikan time nak masuk 2012 dulu?
Adakah kita dah layak nak janjikan benda baru untuk 2013 akan datang?


This may be my last post for 2012 :)

Wednesday, October 24, 2012

Segulung kertas yang penuh makna


Present english drama for subject Technical English III done !
Present project for Final Year Project also done !
Almost all quiz, and test for the rest of others subject already done !

Sedar tak sedar, dah penghujung semester 5 aku kat sini,
Sedar tak sedar, mungkin aku patut sedar,
aku dah di part yang terakhir untuk babak drama hidup aku kat kolej nih,
babak drama hidup sebagai seorang students yang mengejar segulung sijil,

segulung sijil yang menceritakan segala liku-liku yang aku hadapi,
segulung sijil yang bakal menentukan kemana hala tuju hidup aku selepas ini,
segulung sijil yang bakal menentukan perhitungan diri ini dengan harapan kedua ibubapa di kampung,

segulung sijil yang mungkin dilihat sebagai sekeping kertas yang digulung dan diikat cantik dengan ribbon,
ataupon mungkin dilihat sebagai sekadar suatu penghargaan atas kesabaran menempuh halangan hidup di kolej ini,
namun didalamnya terdapat seribu satu ucapan tahniah daripada saudara mara,
didalamnya juga terdapat seribu satu kenangan sepanjang usaha untuk mengapai kertas tersebut,

'Kertas' itu penting bagi aku,
ia permulaan bagi coretan hidup yang terpahat didalam hati,
ia penghargaan terbesar untuk segala jasa kedua ibubapa yang mungkin tak ternilai,
ia juga sebagai wakil bagi mengucap syabas dan tahniah kepada diri ini,
yang sanggup menyahut cabaran menempuh alam hidup baru ini sejak 2 tahun lebih yang lepas.

InsyaAllah lagi setengah tahun harus aku hadapi untuk segulung kertas itu,
InsyaAllah.. Dengan izin-Nya

Penghujung Cinta

Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu


P/s : Untuk kamu :)